Thursday, 20 October 2016

MENGGANTUNG HARAPAN....



ASSALAMUALAIKUM...

Ada insan cita-citanya kesampaian. Banyak pula yang impiannya
kandas di tengah jalan. Betapa ramai yang mendambakan bahagia
di sepanjang perjalanan hidup. Mereka menemuinya dan hanya merasakan nikmatnya untuk sekelumit waktu sahaja. Terkadang kita menyangka bahawa panas itu akan membawa ke petang. Tetapi tanpa diduga, di tengah hari hujan ribut melanda datang. Kita mengharapkan malam yang indah bersama sinar bulan purnama. Namun hakikat yang perlu diterima, awan hitam tanpa diduga telah terlebih dahulu melindunginya.
Jika ini yang terjadi apakah kita harus berkeluh kesah? Sedangkan semuanya itu adalah di bawah takdir Allah. Mungkin ia sebagai suatu kifarah di atas dosa kita yang sering bertambah. Boleh jadi juga ianya adalah sebagai suatu ujian. Ujian untuk memantapkan taqwa dan iman. Untuk meninggikan mertabat insan.Reda dan pasrahlah apa yang terjadi. Pasti ianya adalah sesuatu yang terbaik untuk kita miliki.
Di dalam kehidupan ini apa pun nasib buruk yang terjadi usahlah kita kesali. Jangan salahkan nasib diri. Jangan pertikaikan perancangan Ilahi Pandang ke dalam dan muhasabahkanlah diri.. Malang yang datang timpa-bertimpa tanpa henti pasti di dalamnya banyak hikmah yang tersembunyi. Tabah dan redhalah pada ketentuan Yang Maha Suci. Kita ini hanya seorang hamba. Terimalah dengan rendah hati. Kepada-Nya kita kita kembali. Memohon hidayah, petunjuk dan rahmat-Nya sehingga ke akhir hayat kita nanti.
Renungkan dan fikir-fikirkanlah.

12 comments:

  1. Tingkap diterjah dingin pagi
    merasa sejuk dengan gelisah
    setiap insan pasti diuji
    mengapa dirajuk keluh kesah

    Merah sungguh lada hidangan
    lumrah hidup ada dugaan

    ReplyDelete
  2. INDAHNYA PNTUN KAKZAKIE KENA FIKIR LAMA NI NK MEMBALASNYA...TQ

    ReplyDelete
  3. Perkongsian yg baik utk renungan semua... t kasih kak PI

    ReplyDelete
  4. semoga Allah bantu saya juga kak PI. Dialah saja harapan saya

    ReplyDelete
  5. INSYAALLAH HANA...TKSH BERPEGANG KUAT DGN TALI ALLAH

    ReplyDelete
  6. HEH..HEH.. KESIP TU KALAU IKUT LORAT KEDAH RAMBUTAN XDE ISI ANIES...TAPI PAK ENGKU NI ORG NS MUNGKIN LAIN PULA MAKNANYA....TQ

    ReplyDelete
  7. benar kak..huhu tenang sebentar baca entri akak ni..muhasabah diri kembali.

    ReplyDelete
  8. Semua Allah dah atur kan dgn baik sekali.. jgn sesekali mengeluh... kan Kak? :)

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”