Thursday, 6 October 2016

KALAU SUDAH SABUTNYA TEBAL, TEMPURUNG MENJADI KEBAL...

ASSALAMUALAIKUM...



PANTUN-PANTUN PERIBAHASA PAK ENGKU
DATUK PATINGGI DARI CHERATING,
DUDUK SANTAP SAMA KELUARGA;
SETINGGI-TINGGI ORANG MELANTING,
JATUHNYA TETAP KE BAWAH JUGA.
Peribahasa : Setinggi-tinggi melanting, jatuhnya ke bawah juga.
Maksudnya: Perbuatan yang jahat itu pasti akan menerima balasannya.
TERASA BUNTU DI RIMBA BANAT,
MANA DI HALA JALAN TERSEKAT;
SABAR ITU PENGHILANG PENAT,
TEKUN PULA PEMBAWA DEKAT.
Peribahasa : Sabar penghilang penat, tekun pembawa dekat.
Maksudnya: 1. Berkerja dengan tekun dan sabar akan menghasilkan kejayaan juga akhirnya. Kerja yang dibuat dengan penuh kesabaran tidak akan berasa penat.
2. Orang yang sabar akan berhasil usahanya.
DISIANG SUDAH SI IKAN JAMBAL,
IKAN JEPUN GORENG BERSAMBAL;
KALAU SUDAH SABUTNYA TEBAL,
TEMPURUNGNYA PUN MENJADI KEBAL.
Peribahasa : Sabutnya tebal, tempurung pun menjadi kebal.
Maksudnya: Orang yang ramai sahabat atau kenalan tentulah tidak melarat hidupnya.
TINGGAL SEORANG DI RUMAH LESAK,
DI SEPI MALAM DUDUK BERSYAIR;
SAMBIL BERDIANG NASINYA MASAK,
SAMBIL MENYELAM MEMINUM AIR.
Peribahasa : Sambil berdiang nasi masak, sambil menyelam minum air.
Maksudnya: Membuat satu kerja dalam satu masa.
TIDAK JENUH AYAM BERKETAK,
AYAM BIRING BULU BAK KAPAS;
SAMBANG PENUH JALA TERLETAK,
LAUT KERING IKAN MENGHEMPAS.
Peribahasa : Sambang penuh jala terletak, laut kering ikan menghempas.
Maksudnya: Usaha yang mendatangkan hasil yang baik sekali.
ARAH KE BARAT BERTIUP BAYU,
DARI DERMAGA ANGIN SEMILIR;
SEBERAT-BERAT MANA PUN KAYU,
TERAPUNG JUGA DI DALAM AIR.
Peribahasa : Seberat-berat kayu, terapung juga dalam air.
Maksudnya: Fikiran seseorang itu biar bagaimana teguhnya dapat juga dihasut.
SI GADIS AYU KE PEKAN KUAH,
MEMBAWA JAMU BUAT JUALAN;
BAK POHON KAYU TIDAK BERBUAH,
BEGITULAH ILMU TANPA AMALAN.
Peribahasa : Laksana pohon kayu tidak berbuah.
Maksudnya: Ilmu yang tidak diamalkan tidak berguna.
BURUNG PUYUH DIBURU JANGAN,
LARI MENGHALA KE TALI AIR,
DIBURU BUDAK DIWAKTU PAGI;
KALAU PENGAYUH SAMA DI TANGAN,
PERAHU PULA SAMA DI AIR,
APALAH HENDAK GADUHKAN LAGI.
Peribahasaa : Apa digaduhkan, pengayuh sama di tangan, perahu sama di air.
Maksudnyaa: 1. Jika kedua-dua sama hajatnya harus dipejuangkan terus supaya tentu siapa mendapat; atau
2. Janganlah gentar melawan orang yang setara dengan kita kerana nasib kita di tangan Allah.
POKOK KEDONGDONG DI LAMAN JIRAN,
BERSAMA PALA BUAHNYA LEBAT;
BARANG DIKENDUNG JATUH BERCICIRAN,
YANG DIKEJAR PULA TIADA DAPAT.
Peribahasa : Yang dikendung (dikandung) berciciran, yang dikejar tiada dapat.
Maksudnya: Apa yang dicari itu tidak diperoleh, barang yang ada pula hilang atau habis.
BURUNG KETILANG TINGGI MENGAWAN,
HINGGAP SEJENAK DI POHOH LADA;
SUDAHKAH HILANG AKALMU TUAN,
KELDAI HENDAK DIJADIKAN KUDA?
Peribahasa : Keldai hendak dijadikan kuda.
Maksudnya: Orang bodoh hendak dianggap (dijadikan) orang pandai.
TINGGI RENDAH TANAH BERALUN,
POKOK DEDAP TEPI TELAGA,
JIKALAU SUDAH AIRNYA RACUN,
REMBESNYA TETAP RACUN JUGA.
Peribahasa : Jikalau sudah airnya racun, rembesnya pun racun juga.
Maksudnya: Jika asal sesuatu itu buruk, nescaya keturunannya pun buruk juga.
BUKIT BERTEBING TANAHNYA LEMBIK,
TEMPAT TERAMBAU SI RUAK-RUAK;
DI KANDANG KAMBING KITA MENGEMBEK,
DI KANDANG KERBAU KITA MENGUAK.
Peribahasa : Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak.
Maksudnya: Menyesuaikan diri dengan golongan yang dicampuri atau pada tempat seseorang itu berada.
PUAS DICARI DATUK HANG JEBAT,
SI KEMBANG CINA HENDAK BERJUMPA;
KENALKAN DIRI BAK PISANG LEBAT,
PASTI BENCANA DATANG MENIMPA.;
Peribahasa : Mengenalkan diri bagai pisang lebat.
Maksudnya: Mendapat bencana kerana angkuh.
BULUH KASAP TUMBUH DI TEPI,
TUMBUHNYA RAPAT MENJULANG TINGGI;
MENGUSIR ASAP MENGEJAR API,
UNTUNG TAK DAPAT SENDIRI RUGI.
Peribahasa : Mengusir asap mengejar api.
Maksudnya: Melepaskan keuntungan kecil yang sudah tentu kerana mengharapkan keuntungan besar yang belum pasti.
AWAN LARAT INDAH DIPANDANG,
DAYANG MAS MERAH DUDUK MENJAHIT;
TUAN IBARAT SI TIMUN DENDANG,
DI LUAR MERAH DI DALAM PAHIT.
Peribahasa : Bagai timun dendang, di luar merah di dalam pahit.
Maksudnya: Mulutnya manis tetapi hatinya busuk.

21 comments:

  1. Wkmsalam.
    Banyak ilmu yang kita dapat dari entri ini.
    Teruskan menulis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. TKSH WP SEKKADAR MENGONGSI INFO MOGA BERMENAFAAT.

      Delete
  2. ohh..banyak peribahasa yg akak tak pernah dgr PI..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan Kak Kam? Ada yang pertama kali saya nampak penggunaannya =)

      Delete
  3. Assalamualaikum kak, semoga sentiasa di dalam kebaikan dan rahmat-Nya.
    Puitis sungguh lantunan bahasanya. Buat saya terdiam seketika kerana kekaguman padanya. Peribahasanya juga belum pernah saya mendengarnya sebelum ini. 'Kayanya' bahasa kita...

    ReplyDelete
  4. salam jumaat kak... situasi dlm gambar mmg sllu terjadi..hanya mampu bersabar..
    wahhh..byk peribahasa boleh belajar ni kak..:)

    ReplyDelete
  5. nice share..
    salam jumaat..

    ReplyDelete
  6. macam2 peribahasa yang saya juga kurang tahu. nice one kak PI

    ReplyDelete
  7. PERIBAHASA LAMA JARANG YG TAHU KAN..TQ KAMSIAH

    ReplyDelete
  8. TKSH USTAZ YA PERBENDAHARAAN KITA AMAT KAYA MELIPUTI SEMUA BIDANG UNIK N INDAH

    ReplyDelete
  9. YA GEE..PAK ENGKU MMG ARIF DLM KESUSASTERAAN GINI KAK PUN XTAU SGT..TQ

    ReplyDelete
  10. SALAM JUMAAT ATIE..PERIBAHASA KITA AMAT BANYAK N RAMAI YG XTAU SEMUA..KAKPUN HEH..HEH

    ReplyDelete
  11. TKSH HANA SAMA2 KITA BELAJAR PERIBAHASA PULA YA.

    ReplyDelete
  12. Penuh maksud disebaliknya... menjadi peringatan buat kita semua. T kasih atas perkongsian ini kak PI

    ReplyDelete
  13. assalammualaikum kak...pantun yang berunsur pengajaran,sambil berhibur dengan bahasa yang indah sambil kita diterbiah.terima kasih kak

    ReplyDelete
  14. suka bait ni:

    MENGUSIR ASAP MENGEJAR API,
    UNTUNG TAK DAPAT SENDIRI RUGI.

    ReplyDelete
  15. bnyk peribahasa yang x familiar..thnks 4 sharing

    ReplyDelete
  16. marilah juga menjaga kata2 dalam blog niatkan mencurah ilmu..inshaAllah

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”