Sunday, 4 September 2016

MENANGANI EKONOMI MERUDUM...

ASSAMUALAIKUM
..






BERJIMAT CERMAT BERBELANJA

Dalam akhbar Cina hari ni, kalau pandai beli baca "China Press". Muka depan atas sekali sebelah kanan masalah ekonomi malaysia semakin teruk dengan nilai matawang jatuh, harga barang semakin naik.

Mereka menasihati orang ramai ikat perut dan berjimat tidak membeli barangan yang tidak perlu. Sedangkan akhbar Melayu hanya menyiarkan hiburan, kemalangan, bom sana sini, dadah, dan yang remeh-temeh melekakan Melayu..mereka tidak menyiarkan tajuk demikian takut rakyat panik..
Semua jenis perniagaan terutama kain baju hilang pendapatan lebih 50℅ termasuk Sogo. Pusat perniagaan Nilai 3 di seremban sepi, tokey besar pening, sumber dari tokey pakaian di pertama complex. Bank dah pun mula tutup cawangan-cawangan untuk kurangkan kos operasi. Mula-mula Maybank kemudian CIMB dan  pasti diikuti oleh bank-bank lain. Ekonomi mungkin akan meleset lagi.

Kalau dikaji tentang putaran ekonomi yang meleset setiap 10 tahun sekali memang kita sedang menghampiri. 1988, 1998, 2008 dan kini 2018. Oleh itu para sahabat, pakailah kereta yang ada, duduklah rumah yang ada, tangguh melancong dulu sebab cash amat perlu ketika ekonomi tak menentu.

Mungkin sebahagian simpan dalam bentuk saham @ emas. Nak beli rumah baru, tunggu sat, nanti dia akan jadi murah yang amat sangat. Masa tu belilah..sekadar ingatan buat diri sendiri & teman-teman yang memerlukan... dan jugak bisnes kedai makan Melayu pun teruk. Sekarang ni penuh yang berniaga adalah orang asing. Warga Negara/Melayu dah susah cari makan di tempat sendiri.

Sumber facebook

16 comments:

  1. Wkmsalam.
    Buat peringatan utk kita semua.

    ReplyDelete
  2. YA KITA PERLU HADAPINYA DENGAN BIJAKSANA...TKSH WP

    ReplyDelete
  3. Realitinya.Tq atas peringatn kak.

    ReplyDelete
  4. Semoga kita tidak leka hingga kehidupan menekan diri sendiri.. t kasih atas peringatan ini kak PI

    ReplyDelete
  5. Dah lama ekonomi merundum sebenarnya, cuma tak diviralkan, dan orang pun tak ambik tau sangat

    ReplyDelete
  6. kena spend juga duit supaya duit boleh bergerak. cuma elakkan membazir. kalau tak spend langsung lagi bahaya kepada ekonomi negara.

    ReplyDelete
  7. Cubalah PI bayangkan Hanjin sykt marine utk liner yg selalu sykt kakak kerja gunakan utk mengimport dari China pun boleh tutup apa lagi setakat sogo semua tu. Terkejut kakak Jumaat lepas baru dpt berita bila shipment kakak tergendala gara-gara tukar Liners. Kakak terpaksa inform agent sana tukar ke Evergreen.

    Ekonomi dunia terjejas apa lagi M'sia yg kecik. Corruption pulak bermaharajalela. Takut anak-cucu kita kelak apalah jadi. Sama-sama kita ingatkan anak-anak kita jgn terus terbuai dek berita kata ekonomi kita kukuh.

    ReplyDelete
  8. pandai akhbar melayu cover line kan.. macam nak memperbodohkan bangsa sendiri..
    makes me wonder apa lagi agaknya yg mereka cuba coverkan..

    p/s: kalau pandai baca beli "China Press" rasanya ayat yg betul. hehe.. kak paridah pandai baca tulisan cina ye? bestnyer! ^_^

    ReplyDelete
  9. my kakak dah cakap pasal ni minggu lepas bila officematenya yg berbangsa cina kecoh . Rasa sakit hati juga . Bayangkan nak beli ayam dan ikan pun terpaksa berkira-kira sedangkan itu adalah sumber protein selain telur yg anak buah suka ... saya dah set . nak belanja guna cash je . dlm bank jgn usik ... heheheee ... org bisnes mmg terasa sgt ... kesian .

    ReplyDelete
  10. YELA DIK KK SALING KITA BERINGAT..KK TENTU LBH MAKLUM SBB KK JUGA TERLIBAT DLM BISNIS KORPORAT...TKSH

    ReplyDelete
  11. BENAR TU MILA KEADAAN EKONOMI KITA MMG DH LAMA XSTABIL PUN...SEMUA KITA MERASAKANNYA...TKSH

    ReplyDelete
  12. KAKZAKIE SBG PEMAIN EKONOMI MESTI BANYAK TAHU TENTANG BAGAIMANA SEBENARNYA KEADAAN EKONOMI KITA KINI...RAMAI PEMBISNIS YG TERKESAN N MULA MENGELUH...KITA SBG PENGGUNA BIASA PUN HARUS BERSEDIA HADAPI RISIKONYA...TKSH

    ReplyDelete
  13. KITA KINI XMUDAH TERPENGARUH DGN SEBARAN AKHBAR SEMATA GEE...AKHBAR MEMAPARKAN APA YG DIBOLEHKAN SEMATA N PERLU PATUHI SYARAT N ETIKA N APA YG DISIAR AKHBAR XSEMUANYA BOLEH DIPERCAYAI...
    AYAT YG GEE MAKSUDKAN KAKPUN XBERAPA PASTI BETUL KE X...KAK BM NI XARIF SGT...ARTIKEL NI KAK CUBA EDIT APA YG BOLEH SAJA GEE

    ReplyDelete
  14. BETUL TU QV LA NI NK BERBELANJA MMG KENA BERKIRA...HARGA BARANG TERLALU TINGGI SEDANGKAN PENDAPATAN KECIL SAJA...BERBELANJA KALA PERLU SAJA NAMPAKNYA...TKSH

    ReplyDelete
  15. BERBELANJA MMG PERLU HANA AGAR ADA PERGERAKAN WANG DISAMPING MENYIMPAN JUGA...TKSH HANA

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”