Tuesday, 6 September 2016

CARA MENCIPTA PANTUN..

ASSALAMUALAIKUM…

MENULIS PANTUN DENGAN BETUL

Pantun adalah puisi tradisi Melayu yang indah dan diminati ramai. Ianya berkekalan sejak lama hingga kini. Kadensa lunak untuk pantun mengandungi 10 sukukata. Sampiran yang digunakan bertepatan dengan maksud dan persamaan rima di tengah dan hujung rangkap pantun tersebut. Pantun boleh dicipta dua rangkap, empat rangkap, enam rangkap dan lapan rangkap.

Cara mencipta pantun yang sempurna perlu mematuhi beberapa perkara.

1.      1.  Mulakan dengan huruf besar pada rangkap pertama dan diakhiri tanda koma.
2.       2.  Rangkap kedua perlu diakhiri koma bertindih
3.       3.  Rangkap ketiga diakhiri koma
4.  Rangkap keempat diakhiri tanda noktah


Kuih keria di atas para,
aneka juadah serta pengat;
bunga raya bunga negara,
kelopak merah marak semangat.
Pic Sayembara Puisi Terbuka Tabir Alam

25 comments:

  1. Tidak berjaya usaha gandakan,
    usah leka dan putus asa;
    bunga raya bunga kebangsaan,
    merah tanda gagah perkasa.

    Cikgu PI tolong cek pantun anak murid baru belajar ni hihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wanita melayu bersopan-santun
      pandai sungguh kak zakir berpantun
      ^_^

      Delete
  2. Selamat pagi....
    lewat singgah hari ini...
    dulu nieyl amek sastera spm..
    ada belajar buat pantun nie...

    ReplyDelete
  3. HEH..HEH..KAKZAKIE CPT BLJR TU KAK BAGI LIMA BINTANG...TKSH

    ReplyDelete
  4. Time sekolah dulu jer...Mrs. A belajar buat pantun.
    Sedih! memang takde bakatlah K.PI

    ReplyDelete
  5. SEKOLAH DULU BLJR BUAT PNTUN KAT SEKOLAH RENDAH JE NIEYL...TKSH

    ReplyDelete
  6. YELA MRS A KITA DULU BLJR SGT BUAT PANTUN TAPI XBERAPA TAHU CARA TULIS DGN BETUL...TKSH

    ReplyDelete
  7. saya memang fail bab2 pantun ni kak

    ReplyDelete
  8. jadi demikian itulah cara mencipta pantun agar hasilnya semakin layak disebut pantun...keren kang

    ReplyDelete
  9. YEKE TAPI SUKA MENIKMATI PANTUN PUN DH OK DP...TKSH

    ReplyDelete
  10. BETULLAH ML MENCIPTA PANTUN PERLU BETUL JAGA CARANYA...TKSH

    ReplyDelete
  11. Wkmsalam.
    Orang dulu2 memang terror berpantun.

    ReplyDelete
  12. waah..slma ni x ikut format pun..hihi

    tp sy minat gaya bahasa cmni

    Negara Malaysia aman dan selesa,
    berbilang bangsa di negara yang sama ;
    pandai sungguh ibunda berbahasa,
    membuatkan anakanda terkesima.

    lulus x? haha

    ReplyDelete
  13. PANTUN PUISI MELAYU LAMA WP MESTILAH ORG LAMA LBH EXPERT..HEH..HEH..KSH

    ReplyDelete
  14. PANDAI MAS BERPANTUN TAPI KADENSA LUNAK TERLEBIH SUKUKATA...SEPATUTNYA 10 SUKUKATA JE..
    KALAU NK DITULIS TAPI KALAU DISEBUT OK JE..XSEMPAT NK DIKIRA SUKUKATA DAH..TKSH

    ReplyDelete
  15. Terima kasih atas perkongsian akak...

    ReplyDelete
  16. TKSH ZUMAL...KAK ZAKIE MMG EXPERT BERPANTUN GEE..TKSH

    ReplyDelete
  17. hihi..x fhm kadensa lunak tu ap..

    ReplyDelete
  18. KADENSA LUNAK TU SUKUKATA DLM PANTUN MAS..KALAU DLM PUISI HAIKU DISEBUT ONJI..HEH..HEH..MCM TAU SGT JE

    ReplyDelete
  19. Menarik perkongsian ini kak PI... t kasih :)

    ReplyDelete
  20. hehehe tingat plak time CT kena ajar BM kat anak2 form1.. jenuh kepala pkir nak ajar pantun..

    ReplyDelete
  21. perkongsian yg baik.. lebih hebat pantun dulu kala yg mana pembayangnya sahaja sudah menjadi maksut tersirat disebalik makna pantun yg tersurat.. ada ternampak video orang share kat Fb macam mana pntun "buah cempedak di luar pagar" pun sebenarnya 2 baris pertama pantun (pembayang) sudahpun tersirat maksud yg ingin sisampaikan pada baris ke 3 dan ke 4, bila dikaji.

    bagaimana struktur pokok buah cempedak? buahnya tumbuh di pangkal pokok, bukan dahan.
    kenapa nak guna galah? sedangkan kalau buahnya di pangkal pokok, x perlu lagi guna galah, menampakkan kecetekan ilmu mengenai cara ambil buah cempedak.

    dan beberap lagi pantun lain yg sangat membuka minda bila kita bahaskan.. hebatnya orang dulu kala mencipta pantun..

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”