Wednesday, 31 August 2016

SALAM MERDEKA KE 59...

ASSALAMUALAIKUM...

Jalur Gemilang berkibar megah
     laung Merdeka nyaring bergema
warga cemerlang watan bertuah
    hari bermakna rai bersama


Tuesday, 30 August 2016

HAPPY BIRTHDAY BLOGGER NOHAS DAN ABQORI...

ASSALAMUALAIKUM...

SUDAH 30 OGOS 2016 HARI NI BERSAMAAN DENGAN RABU....ESOKNYA KITA WARGA MALAYSIA  AKAN MERAIKAN HARI KEBANGSAAN KE 59 DENGAN LOGO SEHATI SEJIWA...








RAMAI JUGA YANG MENCATAT KELAHIRAN SEMPENA HARI MERDEKA 31 OGOS...TAHNIAH KEPADA MEREKA.

TAPI NOHAS DAN ABQORI MERAIKAN ULANG TAHUN KELAHIRAN LEBIH AWAL SEHARI SEBELUM 31 OGOS HARI MERDEKA....DAN TENTULAH ADA JUGA DI KALANGAN BLOGGERS DAN VIEWERS YANG TURUT BERKONGSI TARIKH KELAHIRAN YANG BERTUAH INI....TAHNIAH DAN SELAMAT MENYAMBUT ULANG TAHUN KELAHIRAN BERSAMA BLOGGER NOHAS DAN ABQORI...

NOHAS ADALAH BLOGGER ORANG BUKIT http://al-pakri.blogspot.my/ BERASAL DARI PERAK DAN SEJAK LAMA MENJADI KENALAN PI TIKA MULA BLOGGING BERSAMA BLOGGER IRFA http://happyirfa.blogspot.com/  DAN KESUMA ANGSANA..http://kesumaangsana.blogspot.my/

NOHAS..SEORANG BLOGGER YANG RAMAH DAN SERING MENNERBITKAN ENTRY TENTANG SENIBINA DAN TRAVEL....MENARIK SEKALI
MUNGKIN BLOGGER NOHAS ADALAH SEORANG ARKITEK....PI AGAK SAJA.

ABQORI ADALAH CUCU PI YANG KETIGA....BUKAN MAIN PETAH BERCAKAP DAN KELETAH LAGI...KINI SUDAH ADA ADIK COMEL SEORANG PUTERI... SUKAHATI LAGI DIA MELAYAN ADIKNYA LANGSUNG TIDAK ADA RASA CEMBURU KERANA MAMANYA LEBIH MELAYAN ADIKNYA.



ABQORI DI PULAU REDANG



SIBUK NAK MENOLONG MURID MAMANYA MELUKIS/MEWARNA MURAL SEKOLAH

ABANG KEPADA ABQORI ARIFF PERNAH JUGA PI DENGAR MERENGEK MAMA TAK SAYANG ARIFF LAGI KALA ABQORI LAHIR....BEGITU JUGA AQIL ABANG KEPADA ARIFF PERNAH MENGULANG FRASA YANG SAMA KALA ARIFF LAHIR..


AQIL DAN ADIKNYA ARIFF BEBERAPA TAHUN LALU DI KAMPUNG ASAL MAKTOKNYA



ARIFF DAN ABQORI DI PULAU REDANG

PAPA ANAK-ANAK BERTIGA INI MENERANGKAN SESUATU SEBELUM MEMBENARKAN ANAK-ANAKNYA BERENANG DI LAUT


CUCU-CUCU YANG MEMBAHGIAKAN DAN MENCERIAKAN KEHIDUPAN PI.....TANPA KEHADIRAN KELIBAT DAN SUARA MEREKA SUNYI SEPI DUNIA PI RASAKAN...

Monday, 29 August 2016

REZEKI HUJUNG OGOS...

ASSALAMUALAIKUM...

GEMA PATRIOT


PI SUKA-SUKA SAJA SERTAI PERTANDINGAN MENULIS PUISI TRADISI SYAIR MERDEKA GEMA PATRIOT ANJURAN DBP NIAGA SEKALI ADA REZEKI  TERSANGKUT JUGA DI TEMPAT KETIGA...DAPATLAH HADIAH BOUCER BUKU RM 100...UNTUNG JUGA...BOLEHLAH MEMBORONG BUKU DI MUSIM CUTI SEKOLAH NANTI...

ANTARA KAWAN-KAWAN PENULIS YANG PI KENALI TURUT MENANG ADALAH SIFU TABIR ALAM, SITI NURZA, SITI ZAITON AHAMAD, SANIAH MASRI, LYNN LYNDA ARDI, HAMIDI YUDIN DAN RAMAI LAGI..


MAKAN BUAH SAMBIL BERPANTUN....

ASSALAMUALAIKUM...

Manis bersari buah pulasan,
Manis juga buah rambutan,
Manis senyum wahai insan,
Manis kekal jadi ingatan.




PANTUN SI BUAH NANAS
Hendak makan si buah nanas,
nanas muda sayur lemak,
dicampur pula ikan aya,
kalau berfikir secara bernas,
tenang dihati minda tak semak,
damai hidup jiwa bahagia.
Normasri Adabi

Poles bedak di waktu fajar
Serikan wajah hendak ke pekan
saya budak baru belajar
kalau salah tolong tunjukkan.

Berbinau mata disuluh mentari
menunggu hujan datang menyapa
pandai berkata bijak bistari
Santun sopan pemanis rupa


Sunday, 28 August 2016

TRAUMA DAN PRANOIA KERANA ANAK-ANAK

ASSALAMUALAIKUM...




HARI NI AHAD 28 OGOS 2016

APA AGAKNYA RENCANA HARI NI?....KALAU YANG SEDANG BERCUTI HARI MINGGU TENTU SEDANG SANTAI BERSAMA KELUARGA SAMBIL BELEK-BELEK AKHBAR SATU PERSATU SEBAB ADA YANG MELANGGANNYA DUA TIGA TERBITAN AKHBAR SEKALI....BANYAK INFO YANG DIPEROLEHI DENGAN MEMBACA AKHBAR YANG MENYAJIKAN ANEKA BERITA YANG BERLAKU DI PERSEKITARAN KITA ATAU DI LUAR NEGARA.

PELBAGAI KISAH YANG DIPAPAR ADA MENYEBABKAN TRAUMA DAN PARANOIA KEPADA KITA.....TERUTAMA KEJADIAN KEHILANGAN ANAK-ANAK KECIL PANTANG TERLEPA SEDIKIT DARIPADA PENGAWASAN IBU/BAPA/PENJAGA LANTARAN DILARIKAN/COLEK MEREKA YANG BERNIAT JAHAT DAN TIDAK BERTANGGUNGJAWAB SEPERTI KEJADIAN YANG BERLAKU DI KAMPUNG KEMENSAH KL BARU-BARU INI.

KEJADIAN YANG MENYEDIHKAN SEUMPAMA INI SERING BERULANG SABAN MASA SEHINGGA IBU/BAPA TERPAKSA MEMASTIKAN KESELAMATAN ANAK-ANAK MEREKA SEPANJANG MASA...BALIK SAJA DARI SEKOLAH ANAK-ANAK AKAN MEMERAP DI DALAM RUMAH DENGAN GRIL BERKUNCI KEMAS....KINI ANAK-ANAK SEKOLAH YANG TINGGAL DI KAWASAN BERISIKO JENAYAH SEPERTI DI BANDARAYA HANYA MERASAI KEGEMBIRAAN DUNIA ANAK-ANAK KECIL DI RUANG PERSEKOLAHAN SAJA

JENAYAH TERHADAP ANAK-ANAK KECIL BOLEH BERLAKU DI MANA SAJA TIDAK MENGIRA DI BANDARAYA ATAU DI DESA DAN IBU/BAPA YANG SAYANGKAN ANAK-ANAKNYA DAN TIDAK MAHU KEHILANGAN MEREKA PERLU BERHATI-HATI SENTIASA....TAMBAH TIDAK LAMA LAGI MUSIM PERCUTIAN MENJELANG SAMBUTAN IDIL ADHA JUGA CUTI SEMESTER SEKOLAH

SALING MENJAGA YANG TERSAYANG KERANA KESELAMATAN MEREKA KEUTAMAAN KITA....SUSAH PAYAH IBU BERTARUNG NYAWA MELAHIRKAN ANUGERAH TERINDAH SENANG-SENANG SAJA HENDAK DIRENGGUT KEBAHGIAN YANG DIMILIKI DARIPADA KITA...

MANA BOLEH JADI....

Saturday, 27 August 2016

PERGILAH SAYANG...

ASSALAMUALAIKUM...

PERGILAH SAYANG
Pergilah sayang
andai itu bisa
membahagiakan dirimu.
Aku tetap di sini
mengenang nasib diri
merintih kalbu
merindui masa lalu.
Andai esok
kasihmu menyapa
dikesuntukan waktu
mungkin aku sudah tiada.
Usah tangiskan
jangan sesal
inilah perjalanan
kita yang ditakdirkan.
PAK ENGKU
Senawang. N.S.
26.08.2016


KETENTUAN
Seketika
bertiup bayu
singgah di pelantar kasih.
Sekelumit waktu
berlalu
terkapar aku
merungkai
mimpi yang tak sampai.
Bisikan bayu
mengungkap bicara
duka lara
nyahkan semua.
Pasrah
tertusuk di dada
redha
ketentuan milik-Nya.
Sesungguhnya hidupku
di bawah takdir-Nya.
PAK ENGKU
Senawang

KENANGAN
Rumah usang
tak bertiang
dinding papan
berlubang
atap nipah
berlindung panas
hujan agar tak basah.
Tidur lantai simin
alas tikar mengkuang
selimut nipis
bantal kekabu
jahitan ibu
pengalas kepalaku
nikmat tak ternilaikan.
Nak makan beras tiada
ubi kayu rebus
pun jadi juga
cicah sambal belacan
kopi o secawan
perut teralas
tak di rungutkan
tak dikesalkan.
Makan minum
mandi air perigi
terletak jauh
tepi belukar
tak pernah gusar
rusuh mengeluh
Kenangan silam
pengalaman
guru sepanjang zaman
mengajarku erti ketabahan.
Kisah masa kecil
di desa terpencil
sudah berakhir
dan itu takdir
sejenak
mengajakku berfikir
bersyukur
setiap apa yang hadir
hingga hidup berakhir.
PAK ENGKU
Senawang. N.Sembilan.
22.08.2016

BERURUSAN DENGAN JPN...

ASSALAMUALAIKUM

SELAMAT BERHUJUNG MINGGU SEMUA...


HARI INI PI DIBAWA ANAK-ANAK KE PEJABAT JABATAN PENDAFTARAN NEGARA DI SENTUL KL....MENAIKI LIFT HINGGA KE ARAS 3...HAJAT PI NAK TUKAR KP SEBAB KP TU DAH TAK BOLEH DIBACA MAKLUMATNYA DAN MENYUKARKAN PI UNTUK BERURUSAN DI BANK...KALAU TAK DISEBABKAN ITU TAKDENYA PI NAK BERSUSAH PAYAH PERGI MENUKARNYA.

RAMAI JUGA YANG BERURUSAN DENGAN JPN KELIHATANNYA...TAPI ALLAH PERMUDAHKAN SEGALANYA...PI TUNGGU SEKEJAP SAJA SUDAH DIPANGGIL MENGADAP PETUGAS YANG MELAYAN PI BERADAB DAN RAMAH....TERIMA KASIH KEPADA PETUGAS JPN BERKENAAN....SEBENTAR SAJA URUSAN SUDAH SELESAI.

MENURUT PEGAWAI JPN ITU SEBULAN LAGI BARU PI MEMPEROLEHI KAD PENGENALAN BARU KERANA MASALAH CAP JARI YANG AGAK TIDAK SEIMBANG DAN PERLU KELULUSAN JPN PUTRJAYA...MASALAH JUGA TU...KEBIASAANNYA DI SINI DUA HARI SAJA KALAU TUKAR KP DAH BOLEH DAPAT KP BARU.

AMALAN PI SEKIRANYA HENDAK MENYELESAIKAN SESUATU URUSAN PI AKAN BERSOLAT SUNAT ISRAAQ DAN MEMBACA DOA NABI YUNUS SETIAP MASA...INSYAALLAH....LANCAR SAJA

Image result for doa nabi yunus sebanyak 40 kali

Friday, 26 August 2016

Segmen Bloglist By Akupenghibur.com

ASSALAMUALAIKUM...




{ Click banner di atas untuk sertai }

Hadiah :
 Bloglist untuk blog akupenghibur.com selama 1tahun
1 Blogger bertuah Feed Blog di Blog akupenghibur.com

Mula : 25 Ogos 2016 | Tamat :1 Sept 2016

Syarat-syarat wajib :

1. Tulis entry yang bertajuk Segmen Bloglist By Akupenghibur.com

2. Letakkan blog acik di bloglist blog kamu

3. Follow instagram  :
@acik21

4. Copy code di bawah dan paste ke ruangan html di blog kamu

- See more at: http://www.akupenghibur.com/2016/08/Segmen-Bloglist-By-Akupenghibur-com.html#sthash.Gtkamstc.dpuf

CINTAKAN WATAN..

ASSALAMUALAIKUM

SALAM JUMAAT MULIA

CINTAKAN WATAN/TANAH AIR DIMANA TEMPAT TUMPAH DARAH KITA ADALAH SOAL WAJIB KEPADA SEMUA WARGA NEGARANYA.....TIADA WATAN TENTU KITA AKAN DIGELAR PELARIAN YANG TIADA IDENTITI DAN ALAMATNYA...JADI BERSUKACITALAH KITA DENGAN BERSYUKUR KEPADA-NYA KERANA KITA ADALAH WARGA YANG MILIKI WATAN INDAH....DAN KITA AKAN PERTAHANKAN WATAN KITA SELAGI HAYAT DIKANDUNG BADAN...INSYA ALLAH.



Tahun 2016 menandakan negara Malaysia tercinta ini telah mencapai usia 59 tahun kemerdekaan. Tempoh 59 tahun merupakan jangkamasa yang sudah memadai untuk mematangkan setiap warga yang merdeka dan pastinya Hari Kebangsaan kali ini sesuatu yang sangat bermakna dan satu kesempatan untuk kita rakyat Malaysia sama-sama menggilap semangat patriotik, atau dalam bahasa arabnya dikenali sebagai hubbu'l watan, atau cintakan negara.  - IKIM

Thursday, 25 August 2016

NAIK MEMBILANG ANAK TANGGA...

ASSALAMUALAIKUM...




Burung kedidi burung kelicap
Burung helang di atas atap
Janganlah jadi nakhoda kasap
Hujung hilang pangkalpun lesap

Lalu melayah singgah merombak
Siap siaga hinggap di sipi
Payah payah dilambung ombak
Tercapai juga tanah yang tepi

Melangkah pulang hati menduga
Kata bertingkah soal rumi
Naik membilang anak tangga
Turun selangkah jejaklah ke bumi

Indah cuaca awan sejengkal
Lalu kuala ke pelabuhan
Kalau neraca palingan bungkal
Hati pula palingan Tuhan

Tenung makrifat renung berisi
Mengukir kata dengan pasti
Hindari sifat nafsu nafsi
Beraja di mata bersultan di hati

Apa dirancang dengan alasan
Agar tepat tidak tersipu
Kala disanjung hati menggunung
Kalau mencencang biar berlandasan
Kalau melompat biar bersetumpu
Kalau menjunjung biar bersenggulung

Kebaya kelabu kebaya nyonya
Dimakan usia lupus serinya
Menghela lembu dengan talinya
Menghela manusia dengan akalnya

Angin semilir laju menghilir
Jatuh  atap tepi telaga
Biar air sama air
Sampah tetap ke tepi juga

Kain selempang dijangkau pacat
Putus semangat hendak menukang
Orang tempang jangan dicacat
Ingat-ingat hari belakang

Sayur peria bercampur cuka
Ulam pegaga siapa pemunya
Siapa dia yang makan nangka
Dialah juga terkena getahnya


Wednesday, 24 August 2016

Book Giveaway by Abam Kie and Friends

ASSALAMUALAIKUM...




Jika nak join, sila klik banner di atas.

Jom join Book Giveaway by Abam Kie and Friends!

Syarat-syarat:

1. Follow blog Abam Kie dan penaja2 berikut:

Abam Kie
Bin Muhammad
Henrietta Jose
Cik Noor
Lea Azleeya
Shahida Mohamed

 2. Buat entri bertajuk "Book Giveaway by Abam Kie and Friends"

3. Letak banner dekat entri.

4. Backlink kan ke sini.

5. Publish!

6. Tinggalkan link entri giveaway anda di ruangan komen entri ini sahaja.

Buku-buku dan novel menarik menanti para pemenang bertuah!

1 buah buku X 2 pemenang oleh Bin Muhammad.
1 buah novel dan 1 penanda buku X 3 pemenang oleh Henrietta Jose
1 buah buku X 1 pemenang oleh Cik Noor 
1 buah novel X 1 pemenang oleh Lea Azleeya
1 buah novel X 2 pemenang oleh Shahida Mohamed
1 buah novel X 1 pemenang oleh Gadis Misteri
1 buah buku X 2 pemenang oleh Abam Kie

Hadiah terjamin kepada peserta pertama dan terakhir! Top up RM5!

Pemilihan pemenang : pemilihan 100% secara undian oleh Abam Kie :)

Mula : 20 Ogos 2016
Tamat : 9 September 2016 2.

Tuesday, 23 August 2016

HAIKU BERSAJAK...

ASSALAMUALAIKUM...



GEMALA MERDEKA

Sejernih mutiara putih
gemerlap bak butiran embun
bulat mahu cernaan minda
menyatu-padu gagasan arah tujuan
nan satu.

Milikinya
merasa merdeka
menikmati merdeka
kongkongan tiada
bebas sepenuhnya
benarkah?

Leka merdeka maksima
keliru akal budi
keterbatasan tetap hakiki.
Menjunjung merdeka diri
disanjung peribadi
mahkota mercu maruah.

PARIDAH ISHAK
SELAYANG UTAMA
21 OGOS 016


Monday, 22 August 2016

SONETA CERITA HUJAN...

ASSALAMUALAIKUM...

Di petang hari ini sementara menanti waktu Solat Maghrib, jom kita bersoneta. Soneta 'Cerita Hujan' mengimbaskan kembali kenangan bersama ibu tercinta. Selepas bermain hujan dan dirotan oleh ibu tersayang namun tak pernah merasa jera. — at Taman Matahari Heights, Senawang.

SAMBUTAN HARI WANITA PERINGKAT KEBANGSAAN 2016...

ASSALAMUALAIKUM...




MAJLIS SAMBUTAN HARI WANITA KEBANGSAAN 2016
25 OGOS 2016 (KHAMIS) @ 1 TGH HINGGA 5 PTG
PICC, PUTRAJAYA
* Tatacara Pemakaian : Pakaian Pejabat
* Tema : Merah Jambu/Pink
BERIKUT ADALAH MEREKA YANG AKAN HADIR
MEWAKILI GAPENA.
1. SN Dato’Dr.Zurinah Hassan @ Zurinah Hassan
2. Datin Siti Hanifah Madarsa @ Siti Hanifah Madarsa
3 Hjh Mahaya Mohd.Yassin @ Mahaya Mohd Yassin
4 Dr. Raja Rajeswari Seetha Raman @ DrRaja Rajeswari Seetha Raman
5 Haslina Usman @ Haslina Usman
6 Norazimah Abu Bakar
7 Kasmahwali @ Kasmahwati bt. Abdul @ Kasmahwati Abdul Gani
8 Ruzilawati bt buyong @ Datin Ruzie
9 Ruslina Mat Rakib @ Ruslina Rmr
10 Azlinda Husin @ Azlinda Linda
11 Norasma Wan Abib @ Nor Asma
12 Kalsom binti Azid @ Kalsom Azid
13 Siti Salbiah binti Zahari
14 Shafini Binti Raisha @ Flora Ixora
15 Siti Raihani Mohamed Saaid @ Raihani Mohd.Saaid
16 Paridah Ishak @ Paridah Ishak
17 Teh Kamariah Bt. Mohd Noor @ Teh Kamariah
18 Sermaini Pien.@ Kak Maini Sermaini Pien
19
20 Teratai Abadi
Sebarang kemusykilan sila hubungi melalui whatsApp.
Salam Hormat,
Norazimah Abu Bakar
Setiausaha Projek
GAPENA


PS...
MEMANG SUKA MENDAPAT JEMPUTAN UNTUK MENGHADIRI MAJLIS KERAIANTERTENTU TANDA PENGUNDANGNYA MENGINGATI DAN MENGHARGAI KITA....TAPI APAKANDAYA KEUZURAN DIRI PI HANYA MAMPU MEMBALAS DENGAN UCAPAN SETINGGI-TINGGI RASA TERIMA KASIH....PADA MINGGU LEPAS ADA JUGA JEMPUTAN KE MAJLIS MERAIKAN SASTERAWAN NEGARA DATO' ZURINAH HASAN DI HOTEL BANGI PUTRAJAYA....SANGAT MERIAH SEKALI MAJLIS TU DENGAN ACARA PERSEMBAHAN YANG DIATUR SEBAIKNYA....SEBENARNYA PI TAK HADIRPUN...HANYA MEMBACA STATUS DI UPDATE PUAN NORAZIMAH ABU BAKAR SETIAUSAHA PROJEK GAPENA.

HAIRAN JUGA KAN BAGAIMANALAH PI PENULIS PICISAN YANG JARANG BERKARYA DI MEDIA MASSA SERING NAIK NAMA UNTUK ACARA GRAND BEGITU?....TAK PELIK SANGATPUN KERANA PI BERPELUANG MENJADI AHLI PENITA/PENULIS WANITA DI BAWAH GAPENA/GABUNGAN PENULIS NASIONAL...YANG MENGANGGOTAINYA ADALAH PENULIS-PENULIS HEBAT YANG BANYAK MENULIS BUKU DAN PELBAGAI KARYA HEBAT LAGI MENGAGUMKAN.

SEGAN PULA HENDAK BERADA DI TENGAH GOLONGAN INI SEDANG PI BUKAN SESIAPA...HANYA BLOGGER NAIF YANG MENULIS MERAPU SESUKA HATI DI BLOG SAJA HEH...HEH..

LAGIPUN SUDAH TIDAK DAPAT BERDUNIA DENGAN PPELBAGAI AKTIVITI KEMASYAKATAN DI LUAR SANA SUDAH SEKIAN LAMA...

DUNIA PI HANYA SEKITAR RUANG LINGKUP KECIL DITEMANI SEBUAH KOMPUTER...

TAPI MASIH BOLEH SENYUM DAN BERKETAWA OKLAH TU KAN... 

Sunday, 21 August 2016

GURU DAN MURIDNYA...

ASSALAMUALAIKUM...




Once upon a time
Teringat anak murid tahun satu ..16 tahun lepas..sedap namanya yusuf rabbani..tiap kali jawab soklan apakah cita cita kamu.
Pasti jawapannya cita cita saya ialah menjadi seorang Tok kadi.jawapannya x pernah berubah samada dlm buku latihan mahupun dalam peperiksaan.Moga cita2 kamu kesampaian wpun dimana saja kamu berada Yusuf Rabbani..
masih teringat cikgu rotan kamu.kamu ada sedikit nakal.suka sakat kawan..tapi kamu x nangis..kamu kata tak sakit..lagi cikgu naik hantu masa tu..ialah cikgu kan darah mudo maso tu..semalaman cikgu tak dapat lelapkan mato..diasak pelbagai soklan..sakitkah kamu..marahkah kamu..esok pagi2 cikgu berlari2 mencari kamu.tak sabar nak jumpo kamu..tp perhimpunan sekolah pulak...cikgu berdoa moga dpat jumpa kamu..
sapo ado nampak yusuf rabbani..akhirnya cikgu dapat tanya soklan tu masa loceng terakhir kringggg..
Oh Yusuf tunggu atuk eh kek bus stand..
cikgu pun berlari tak hingat
Sambil jerit yusuf yusuf..alhamdulillah kamu ado kek bus stand tu..
Cikgu mendekati kamu.tak terkeluar suara dari anak tekak ni.tetiba je kering
Yusuf cikgu nak tanya semalam cikgu rotan kamu sakit tak
Dia geleng.tak keluar suara.
Cikgu pegang bahu kamu.yusuf cikgu minta maaf.cikgu x patut marah kamu mcm tu.cikgu ikut sangat perasaan sakit hati lps kamu kata tak sakit masa cikgu rotan tgn kamu tu..maaf kan cikgu ye
Sambil cikgu tepuk2 belakang kamu..
Masa tulah air mata kamu bergenang..masa cikgu rotan kamu x nangis..tp saat cikgu minta maaf dari kamu..kamu menangis..cikgu pun nangis masa tu..cikgu pun risau kito nangis kek bus stand tu..esok tu kamu dtg sekolah x nakal dah..cikgu pun hepi dtg sekolah..cikgu meme tak boleh jadik cikgu sejak tu..kelas cikgu paling riuh sampai guru besar dtg ke kelas.
Kelas kamu paling bising kata guru besar
Hahah cikgu x nak rotan kamu dan kawan2
Kamu semua terlalu comel
Moga kalian menjadi org yg berguna kpd agama bangsa dan negara

Wall fb Marliani Ariffin

Saturday, 20 August 2016

BONSAI BERBUNGA PENUH......

ASSALAMUALAIKUM....

SELAMAT BERHARI MINGGU....JIKA DI HALAMAN ADA PASU-PASU BONSAI BOLEHLAH DITRIM DAUN DAN RANTINGNYA AGAR BENTUKNYA KEMAS DAN MOLEK DIPANDANG....BONSAI YANG DIJUAL BIASANYA AMAT MAHAL KALAU NAK DIBELI TAPI KALAU MAMPU OK JER....BONSAI BOLEH DITANAM DAN DIBENTUK SENDIRI...PALING MUDAH GUNAKAN BUNGA KERTAS....SENTIASA DIGUNTING DAUN DAN DIPOTONG RANTINGNYA...JADILAH BONSAI APAKALA BENTUKNYA RENDAH BANTUT.







PENCARI ORKID/ANGGERIK HUTAN...

ASSALAMUALAIKUM...

ADA YANG MENJADIKAN AKTIVITI MENCARI ANGGERIK LIAR YANG TUMBUH MELATA ATAU DI POHON SEBAGAI KERJAYA YANG MENGUNTUNGKAN....TERUTAMA MEREKA YANG TINGGAL BERHAMPIRAN HUTAN RIMBA DAN ARIF DALAM SELOK-BELOK PERJALANAN DI HUTAN.....BANYAK KEDAPATAN ANEKA ANGGERIK TUMBUH LIAR YANG BOLEH DIJUAL KEPADA PEMBELI/PENGUSAHA NURSERI ORKID UNTUK DIJADIKAN SUMBER PENDAPATAN.

TAPI JIKALAU TIADA PENGALAMAN ATAU PENGETAHUAN BERKENAAN HUTAN JANGANLAH BERANI-BERANI MEMBAWA DIRI KE DALAMNYA DENGAN TUJUAN NAK CARI POKOK ANGGRIK LIAR YANG CANTIK SEBAB BIMBANG TERSESAT PULA....MENYUSAHKAN ORANG LAIN PULA NAK MENCARI KITA HEH..HEH..

DAN JANGAN TAK TAHU ALAM HUTAN BUKAN ALAM KITA DAN PENUH DENGAN MISTERINYA.









PIC FACEBOOK

Friday, 19 August 2016

SEUNTAI HAIKU...

ASSALAMUALAIKUM...

pinggir Kyoto -
"geisha" berkimono
santun budaya


UJIAN ALLAH SWT..

ASSALAMUALAIKUM…

SALAM JUMAAT MULIA

MENGHADAPI UJIAN ALLAH


Bagaimana menghadapinya? Dengan penuh rasa reda dan kesabaran. Mudahkah melakukannya? Memang tidak semudah diucap bibir. Tapi walau apa cara sekalipun kita sudah berdepan dengan situasi yang menguji jiwa raga kita. Lagipun bukan kita seorang di uji dengan dugaan yang kita rasa amat perit. 

Sejak nabi Adam alaihissalam dicipta Allah Maha Pencipta, kemudian diciptakan pasangannya wanita Hawa, bunda umat manusia dan hidup berbahagia dalam keindahan Syurga namun Allah membenarkan Iblis menggoda pasangan itu agar memakan buah khuldi yang menjadi larangan Allah swt.

Justeru tercampaklah kedua-duanya ke dunia. Bukan bersama tapi terpisah. Bayangkan bagaimana perasaan hati kita terpisah dengan yang tersayang kala sedang menikmati rasa kasih sayang. Setelah 40 tahun berpisah barulah ditemukan Allah swt di Jabal Rahmah Mekah.  

Ujian Allah kepada nabi-nabi ulul azmi daripada yang pertama hingga 25 tidak sanggup rasanya kita hadapi. Kitakan bukan insane terpilih dan kita tiada daya menghadapi ujian berat itu. Lalu berdoalah kita sesungguh hati agar dihindari ujian Allah samaada kecil atau besar. Dan kita doakan sahabat-sahabat kita dan mereka di sekitar kita yang diuji musibah yang tak diingini agar segera dilepaskan Allah swt segala azab atau diringankan. Ujian dalam kehidupan ini berbeza-beza antara satu sama lain.


Jangan pula kita berkomen sesuka hati tentang sesuatu kejadian itu. Bimbang kita pula akan diuji dengan dugaan yang serupa. Sudahnya menangis tak berlagulah jawabnya.

Thursday, 18 August 2016

RUMAH MERDEKA...

ASSALAMUALAIKUM...


RUMAH MERDEKA

Jari terluka menitis darah
titis darah usah diseka
rumah pusaka waris bermuzakarah
bertelagah bersengketa seketika


Lebat gugusan buah markisa
harum kuini bawa ke sini
rumah warisan anak bangsa
dulu kini kekal harmoni


Manggis muda buah kedondong
atas jerejak bunga tanjung
Rumah pusaka tempat berlindung
bumi dipijak langit dijunjung



Kayu alang sarang penyengat
kain kasa dipotong reja
Keris bersilang lambang semangat
anak bangsa berhati waja


Sulur peria jalar merata
upih pinang membalut nangka
bersatu bersetia bersepakat kata
berkasih sayang tanpa wasangka



Di sinilah kita melestarikan segenap harapan
seluruh impian

hanya di sini
di rumah pusaka ini