Tuesday, 23 August 2016

HAIKU BERSAJAK...

ASSALAMUALAIKUM...



GEMALA MERDEKA

Sejernih mutiara putih
gemerlap bak butiran embun
bulat mahu cernaan minda
menyatu-padu gagasan arah tujuan
nan satu.

Milikinya
merasa merdeka
menikmati merdeka
kongkongan tiada
bebas sepenuhnya
benarkah?

Leka merdeka maksima
keliru akal budi
keterbatasan tetap hakiki.
Menjunjung merdeka diri
disanjung peribadi
mahkota mercu maruah.

PARIDAH ISHAK
SELAYANG UTAMA
21 OGOS 016


17 comments:

  1. salam merdeka
    pada nama dan makna
    pada sejarah dan diri
    pada merdeka hakiki
    kerana merdeka kita
    adalah merdeka seorang hamba

    ReplyDelete
  2. SALAM MERDEKA PHAIS...SUKA MEMBACA SAJAK PHAIS YG PUITIS...TKSH

    ReplyDelete
  3. SALAM MERDEKA EJULTZ NANTI SINGGAH

    ReplyDelete
  4. Wkmsalam.
    Fuuh, bahasa orang seni,
    Indah tetapi sukar dimengerti.

    ReplyDelete
  5. XSUSAH MANAPUN NAK FAHAMKANNYA WP...TKSH

    ReplyDelete
  6. Salam Merdeka Kak PI,
    Sajak yang Indah
    Maaf Kak..lama dah x singah








    ReplyDelete
  7. SALAM MERDEKA FIDAH...XMENGAPA KAK PUN ADA MASA XDPT NK BW MENYINGGAH LAMAN KWN2...TQ

    ReplyDelete
  8. Salam merdeka...dah 59 tahun..

    ReplyDelete
  9. selamat menyambut merdeka kak PI =)

    ReplyDelete
  10. selamat menyambut hari merdeka kak PI ...

    ReplyDelete
  11. Dalam kelembutan bait kata, terselit semangat yg membakar...

    ReplyDelete
  12. SALAM MERDEKA DIK KK ..SENTIASA BERSEMANGAT WAJA HEH..HEH TKSH

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”