Friday, 19 August 2016

UJIAN ALLAH SWT..

ASSALAMUALAIKUM…

SALAM JUMAAT MULIA

MENGHADAPI UJIAN ALLAH


Bagaimana menghadapinya? Dengan penuh rasa reda dan kesabaran. Mudahkah melakukannya? Memang tidak semudah diucap bibir. Tapi walau apa cara sekalipun kita sudah berdepan dengan situasi yang menguji jiwa raga kita. Lagipun bukan kita seorang di uji dengan dugaan yang kita rasa amat perit. 

Sejak nabi Adam alaihissalam dicipta Allah Maha Pencipta, kemudian diciptakan pasangannya wanita Hawa, bunda umat manusia dan hidup berbahagia dalam keindahan Syurga namun Allah membenarkan Iblis menggoda pasangan itu agar memakan buah khuldi yang menjadi larangan Allah swt.

Justeru tercampaklah kedua-duanya ke dunia. Bukan bersama tapi terpisah. Bayangkan bagaimana perasaan hati kita terpisah dengan yang tersayang kala sedang menikmati rasa kasih sayang. Setelah 40 tahun berpisah barulah ditemukan Allah swt di Jabal Rahmah Mekah.  

Ujian Allah kepada nabi-nabi ulul azmi daripada yang pertama hingga 25 tidak sanggup rasanya kita hadapi. Kitakan bukan insane terpilih dan kita tiada daya menghadapi ujian berat itu. Lalu berdoalah kita sesungguh hati agar dihindari ujian Allah samaada kecil atau besar. Dan kita doakan sahabat-sahabat kita dan mereka di sekitar kita yang diuji musibah yang tak diingini agar segera dilepaskan Allah swt segala azab atau diringankan. Ujian dalam kehidupan ini berbeza-beza antara satu sama lain.


Jangan pula kita berkomen sesuka hati tentang sesuatu kejadian itu. Bimbang kita pula akan diuji dengan dugaan yang serupa. Sudahnya menangis tak berlagulah jawabnya.

11 comments:

  1. Ujian Allah pelbagai cara...moga tabah menghadapinya

    ReplyDelete
  2. BENAR TU QHAIFA PERLU TABAH HADAPI UJIAN ALLAH

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah.
    Sabar dan redha dengan ujian Allah adalah sebaik-baik jalannya

    ReplyDelete
  4. ya ujian ALLAH..dan kehidupan ini tak pernah lepas dengan ujian :(

    ReplyDelete
  5. Wkmsalam.
    Mudah2an Allah menguji kita dengan perkara yang baik2 saja.

    ReplyDelete
  6. semoga kita dpt menghadapi segala ujian dgn tabah...ujian itu rencah kehidupan..

    ReplyDelete
  7. 40 tahun terpisah.. bukan sesuatu yang mudah tu. InsyaAllah kak, moga kita sama2 diringankan beban daripada ujian2 yg berat. aminn..

    ReplyDelete
  8. W'salam Kak Paridah,
    Semoga kita tabah menghadapi ujian-Nya..

    ReplyDelete
  9. Semoga Allah sentiasa permudahkan perjalanan hidup kita semua dgn sepenuh keberkatan dan kasih sayangNya... aamiin ya Rabbalalaamiin...

    ReplyDelete
  10. assalamualaiki ... kita perlu sentiasa bersedia mental dan fizikal untuk menghadapi ujian di depan sana ... perjalanan hidup setiap manusia tidak sama ... semoga kita semua kuat , tabah dan redha melaluinya .

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”