CERPEN
PADAM
OLEH:
PROF IRWAN ABU BAKAR.
"Arnab.
200 cucuk.”
Dua ratus
cucuk sate arnab dipesannya! Hai, berapa lama dia mahu duduk-duduk di restoran
ini bersama isteriku? Berapa lama dia mahu mempermainkan “emosi wanita”
isteriku? Berapa lama dia mahu menggoda isteriku?
Dia sedang
duduk di meja 17 itu, disusuri waktu sambil menunggu tetamunya dengan sedulang
sate arnab dan segelas jus limau nipis di atas meja di hadapannya. Dia
kelihatan amat riang dan yakin. Namun ada kegelapan pada sinar matanya. Ada
durjana pada teleng kepalanya. Dia sabar menanti. Namun apabila tetamu yang
dinanti-nantinya tidak tiba juga setelah hampir setengah jam, dia menjadi
resah. Sesekali dia melihat imej mukanya di dalam cermin. Sesekali dia menyikat
rambut jarangnya. Menyembur pewangi nafas “Listerine” ke mulut. Dan semakin
lama semakin gelisah dia.
Izwan
memerhatikan raut dan riak gelagat lelaki yang berumur kira-kira 35 tahun itu
dari meja yang berhampiran. Dengan mata yang menikam tajam. Dengan hati yang
menjeruk dendam. Mereka sama-sama berada di Restoran eSastera. Lelaki itu ialah
rakan sembang internet yang kerap berinteraksi dengan isteri Izwan di alam siber
sejak kebelakangan ini. Kini sudah seminggu lebih Izwan menyamar sebagai
isterinya dan bersembang siber dengan lelaki itu sehingga Izwan (yang disangka
lelaki itu ialah isteri Izwan) mencadangkan untuk bertemu di restoran eSastera
ini.
-
Bagaimana kalau kita bertemu di alam nyata?
+ Wow, tentu boleh. Esok? Di Restoran eSastera?
- Beres. Jam 10.00 malam.
+ Kita makan sate arnab. Berapa cucuk sdr nak?
- 200 cucuk, hahaha.
+ Wow, tentu boleh. Esok? Di Restoran eSastera?
- Beres. Jam 10.00 malam.
+ Kita makan sate arnab. Berapa cucuk sdr nak?
- 200 cucuk, hahaha.
Sengaja
Izwan meminta pertemuan itu kerana ada urusan hati yang mahu diselesaikannya dengan
jantan kurang ajar itu!
Satu jam
lelaki itu menunggu. Setengah jam dia riang yakin, setengah jam dia resah
gelisah. Sempat dia membaham lima cucuk sate arnab dan menghabiskan segelas jus
limau nipis. Dan melangsaikan senaskhah majalah hiburan. Kerana buah yang
ditunggunya tidak gugur-gugur, dia mengangkat punggungnya dan meninggalkan
Restoran eSastera. Ada kekecewaan tercoret pada air mukanya. Ada kekesalan
terpancar di matanya
.
Dalam
gelap malam kota yang diterangi lampu-lampu jalan, Izwan mengekori kereta
lelaki itu sehingga Wira biru lautnya itu berhenti di garaj rumah teres dua
tingkatnya. Itu sahaja maklumat yang Izwan perlu tahu − alamat kediaman lelaki
itu.
Berlumba
Izwan dengan kilat. Izwan bergegas ke sebuah warung siber 24-jam. Izwan perlu berhati-hati
dalam urusannya ini. Beroperasi dari warung siber lebih selamat kerana sukar
dijejak. Jika Izwan beoperasi dari rumah atau pejabat, identitinya dapat
dijejaki dengan mudah melalui alamat IP.
Isteri
Izwan seorang wanita yang baik. Alim dan tidak pernah meninggalkan sembahyang.
Mereka berjanji sehidup semati, timbul tenggelam bersama-sama, walau apapun
yang berlaku, walau ganas taufan melanda. Memang Izwan akui yang kadang-kadang
isterinya kesunyian apabila Izwan ke luar bandar dengan tugas-tugasnya. Tapi
isterinya memahami hakikat bahawa Izwan terpaksa bertugas untuk mencari wang
ringgit bagi menyara hidup mereka. Isterinya dapat menerima hakikat itu. Memang
dia faham dan dapat menerimanya. Namun isterinya berubah sikap apabila diganggu
lelaki ini. Isteri Izwan telah memasuki alam penuh khayal dengan keseronokan
bersembang di internet tanpa menyedari implikasi bahawa perbuatannya itu
merupakan perbuatan curang kepada suami.
Isteri
Izwan dan lelaki itu pada mulanya berinteraksi di alam maya apabila mereka
terserempak di suatu chat room secara kebetulan. Pada masa itu, interaksi siber
antara mereka berlaku pada peringkat biasa sahaja. Peringkat suka-suka.
Peringkat main-main. Seronok-seronok. Tiada ikatan emosi.
- Dah
makan.
+ Dah.
- Hari ini masak lauk apa?
+ Tak masak lauk. Goreng mihun sahaja.
- Mihun pun sedap. Hahaha.
+ Hahaha.
+ Dah.
- Hari ini masak lauk apa?
+ Tak masak lauk. Goreng mihun sahaja.
- Mihun pun sedap. Hahaha.
+ Hahaha.
Kemudiannya
medan interaksi mereka telah dipindahkan ke instant messenger. Di situ, lelaki
itu memulakan perbincangan tentang isu-isu peribadi. Hubungan antara mereka
mahu diintimkannya lagi, lebih daripada hanya sepasang penyembang kasual di
alam siber.
- Sdr dah
kahwin ker?
+ Dah. Dah 35 tahun umurku.
- Umur kita sama sebenarnya.
+ Ya ker?
- Banyak masa untuk bersembang di internet, nampaknya. Kerja rumah dah buat?
+ Tinggal sorang. Kerja apa sangatlah hendak dibuat.
+ Dah. Dah 35 tahun umurku.
- Umur kita sama sebenarnya.
+ Ya ker?
- Banyak masa untuk bersembang di internet, nampaknya. Kerja rumah dah buat?
+ Tinggal sorang. Kerja apa sangatlah hendak dibuat.
Sefasa
selepas itu, dia mula pula memper-mainkan “emosi perempuan” isteri Izwan dengan
membincangkan hal-hal yang melibatkan hati dan perasaan. Maklumlah, isteri
Izwan selalu tinggal berseorangan. Selalu kesunyian.
- Kita
berdua beremosi sama nampaknya. Sama-sama berbintang Taurus. Jenis emo.
+ Betul. Saya memang emo orangnya.
- Saya berasa sdr sedang kesunyian.
+ Taklah. Saya biasa sahaja.
+ Betul. Saya memang emo orangnya.
- Saya berasa sdr sedang kesunyian.
+ Taklah. Saya biasa sahaja.
Sefasa
lagi selepas itu, mereka telah mula berbincang tentang urusan harian
masing-masing pula. Siapa buat apa di mana. Hal yang biasanya dibincangkan oleh
pasangan suami isteri sahaja.
- Hari ini
banyak kerjalah. Nak basuh kain baju. Pastu nak gosok pula. Tak boleh sembang
lama-lama. Gtg. Jumpa esok. Bye.
Suami
tiada di rumah. Anak tiada. Dalam keadaan ini, kerja rumah minimum. Tentu
kebosanan boleh terubat jika dapat berkomunikasi dengan orang yang rajin
melayan emosi dan nafsu.
- Suami ke
mana hujung minggu ni?
+ Penang. Ada urusan perniagaan.
- Betul ker? Ker dia gi cari awek lain? Hahaha.
+ Taklah. Mengarut sahaja sdr ni!
- Kan elok kalau sdr pun ada teman. Jangan asyik memendam rasa.
+ Teman untuk apa?
- Duduk-duduk bertukar perasaan. Dan mengadu hal. A shoulder to cry on.
+ Saya ok begini.
- Saya rasa sdr tak ok. Sdr sahaja memendam rasa. Entah di manalah dia sekarang. Entah dengan siapalah dia sekarang.
+ Penang. Ada urusan perniagaan.
- Betul ker? Ker dia gi cari awek lain? Hahaha.
+ Taklah. Mengarut sahaja sdr ni!
- Kan elok kalau sdr pun ada teman. Jangan asyik memendam rasa.
+ Teman untuk apa?
- Duduk-duduk bertukar perasaan. Dan mengadu hal. A shoulder to cry on.
+ Saya ok begini.
- Saya rasa sdr tak ok. Sdr sahaja memendam rasa. Entah di manalah dia sekarang. Entah dengan siapalah dia sekarang.
Izwan
menyedari apa yang sedang berlaku apabila membaca rekod-rekod sembang itu yang
memang disalurkannya ke cakera keras. Rupa-rupanya, mudah sekali bagi lelaki
yang “entah siapa-siapa” untuk menggoda seorang wanita di alam siber.
Barangkali orang mudah terpikat di alam siber kerana rakan sembang di hujung
talian adalah misteri dan sentiasa dibayangkan di minda sebagai manusia ideal
yang diidam-idamkan. Dan setelah menyusup gerbang masuk ke alam siber, kekadang
orang terlupa bahawa fizikalnya masih berada di dunia nyata dan masih
dipengaruhi undang-undang dan peraturan dunia nyata
.
Pada suatu
peringkat, interaksi dengan isteri Izwan telah sengaja diseret oleh lelaki itu
ke lembah orang bercinta, dengan menggunakan istilah pasangan yang sedang
berkasih sayang seperti “cantik”, “rindu”, “sayang” dan sebagainya.
- Sdr
tentu seorang yang cantik.
+ Taklah.
- Apabila perempuan berkata “tak”, maksudnya “mungkin”.
+ Hahaha...
- Eh, ke mana semalam, tak masuk ke internet? Saya rindu. Sdr tak rasa rindu?
+ Emm... mungkin.
- Apabila perempuan berkata “mungkin”, maksudnya “ya”.
+ Eh, awak nakallah.
- Hahaha... Kenapa ek, apabila perempuan bercakap, lain di mulut lain di hati?
+ Saya tak macam tu. Saya bercakap betul. Kalau saya ajak sembahyang, takkanlah maksudnya saya ajak tidur.
- Apa? Ajak saya tidur?
+ Taklah.
- Apabila perempuan berkata “tak”, maksudnya “mungkin”.
+ Hahaha...
- Eh, ke mana semalam, tak masuk ke internet? Saya rindu. Sdr tak rasa rindu?
+ Emm... mungkin.
- Apabila perempuan berkata “mungkin”, maksudnya “ya”.
+ Eh, awak nakallah.
- Hahaha... Kenapa ek, apabila perempuan bercakap, lain di mulut lain di hati?
+ Saya tak macam tu. Saya bercakap betul. Kalau saya ajak sembahyang, takkanlah maksudnya saya ajak tidur.
- Apa? Ajak saya tidur?
Hal ini
tidak boleh jadi. Seorang perempuan yang telahpun diijabkabulnya dan terpaksa
bersendirian di rumah, digoda lelaki iblis ini. Entah-entah lelaki itu memang
mengenali mereka berdua, mana tahu!
Terkesan
Izwan akan sedikit perubahan pada diri isterinya sendiri. Kekadang, fikiran
isterinya melayang entah ke mana walaupun Izwan di sisinya. Apakah emosi
isterinya terperangkap di alam siber sewaktu dirinya beredar meninggalkan kelir
komputer?
“Dayuslah
aku jika aku biarkan semua ini berterusan! Aku mesti mengambil sesuatu
tindakan. Aku mesti mengambil tindakan tegas!” Begitu kata hati Izwan. Izwan
melangkah tegas. Dipindahkannya komputer dari rumah ke pejabat. Dia memberitahu
isterinya bahawa komputer itu telah diserang virus amat berbahaya “LoverBugs”
dan perlu dibaiki. Kemudian Izwan mengambil alih hubungan sembang isterinya
dengan lelaki itu, dengan berlakon sebagai isterinya! Sememangnya Izwan
mengetahui username dan password yang digunakan isterinya dalam sistem instant
messaging itu. Memang tidak ada rahsia antara mereka berdua.
Malam ini,
lelaki itu kecewa kerana pertemuan pertama kali di alam nyata yang dirancangnya
tidak menjadi. Izwan sendiri berpuas hati dengan apa yang terjadi malam itu.
Semuanya berada pada landasan seperti yang dirancangnya.
Sebaik-baik
sahaja Izwan mengambil alih sebuah komputer di suatu sudut tersorok di warung
siber itu, dia log masuk dengan menggunakan nama pengguna dan kata laluan
isterinya lalu meninggalkan pesan kepada lelaki itu:
+ Maaf tak
dapat datang tadi. Gigiku sakit, macam mana nak makan sate arnab? Hahaha...
Selepas
itu, Izwan log keluar dari ruang sembang itu. Dia terus dengan tugasnya yang berikutnya
seperti yang telah lebih seminggu dirancangnya. Dengan menggunakan alamat rumah
lelaki itu, Izwan dapat menjejaki rekod diri lelaki tersebut di semua pengkalan
data rasmi.
Izwan
menggodam pengkalan data Jabatan Pendaftaran Negara dahulu. Dia mahu padamkan
semua informasi yang mengesahkan kewujudan lelaki itu. Dan dalam beberapa
minit, lelaki itu sudah tidak wujud lagi secara rasmi. Kemudiannya, Izwan ke
pengkalan data Polis Diraja dan Jabatan Pengangkutan Jalan pula. Dan bank-bank
yang dilanggani lelaki itu. Dalam 45 minit, Izwan selesai menjalankan tugasnya.
Semua rekod rasmi tentang kewujudan lelaki itu telah berjaya dipadamnya.
Kepakaran
Izwan dalam bidang komputer bukan kepalang uniknya. Dia raja hacker. Lebih
daripada 50 peratus syarikat-syarikat besar ICT negara ini mengupahnya untuk
menguji keselamatan sistem komputer masing-masing. Namun tidak pernah terfikir
olehnya bahawa kepakaran itu akan digunanya untuk tujuan ini: tujuan peribadi
bagi membuktikan yang dia bukan seorang lelaki yang dayus.
Pada jam
1:15:34 pagi, kewujudan rasmi lelaki kurang ajar itu telah habis kena DELETE.
Dan, dalam sistem tanpa kertas yang sedang dilaksanakan sekarang, hal ini
bererti bahawa lelaki itu tidak diiktiraf lagi kewujudannya. Kewujudannya kini
tidak lagi diakui. Malah tidak dapat dibuktikan melalui rekod yang sah.
Izwan
menghantar kepada isterinya sms yang telah dimanipulasinya:
+ I luv u.
Miss u. Sweet dreams!
Dan dalam
sistem sms itu, direkodkan bahawa Izwan telah menghantar mesej itu dari suatu
lokasi lain, 400 kilometer jauhnya dari tempat dia berada.
Tugas
Izwan di dunia maya telah selesai.
Izwan
beredar dari warung siber itu. Dia memandu keretanya kembali ke rumah lelaki
tadi. Langkah seterusnya ialah untuk dia DELETE kewujudan fizikal lelaki itu
dari dunia nyata. Tentu Izwan tidak menghadapi apa-apa masalah akibat
daripadanya. Siapa yang hendak ambil kisah atas kehilangan seorang manusia yang
tidak wujud? Dan tugas ini amatlah mudah untuk dilakukannya dengan bantuan
sepucuk pistol kecil bergilap amarah dan dendam yang tersembunyi di saku kecil
seluarnya!
TAMAT
e.sastera.com
Padam
ReplyDeleteSuram
Hitam
Malam
Ter delete dendam
Salam...
hmm mendelete dendam...tq aisayu.
DeletePadam
ReplyDeleteSuram
Hitam
Malam
Ter delete dendam
Salam...
wsalam...tq.
ReplyDeleteAssalamualaikum Puan. Paridah...
ReplyDeleteInilah cerpen yang saya sangat suka baca....jalan ceritanya....maksud saya ada unsur2 penyiasatan....macam cerita Hardy Boys...Lima Sekawan...Tujuh Sekawan...
wsalam fida...inilah cara menulis cerpen yg patut dicontohi penulis2 cerpen fida...tq.
Deletewaallaikumsalam
ReplyDeletemaaf belum sempat membaca cerpen wan Prof Irwan Abu Bakar yang berjudul Padam dan yakin menarik sangat pasti...nanti malam balik lagi lah ya
cerpen karya seorang prof mestilah hebat...ada masa singgah baca ya...tq.
ReplyDeletebahayanya kalau lelaki begitu benar-benar wujud.. penuh dengan dendam.. menarik cerpen ini..
ReplyDeletemrk yg suka menyusahkan org ni elok dipadamkan saja heh..heh...cerpen yg kreatif nukilan penulis hebat...tq aiza.
Deletewahh..mcm citer Hollywood...tapi itulah realiti sekarang ni..FB, whatsapp, chat room..jadi punca perceraian..
ReplyDeletehebatkan cara penulisan prof ni gambaran situasi semasa melalui cerpen...tq nohas.
ReplyDeleteFuhh... lelaki spt ini mmg patut dilenyapkan di muka bumi ni... mmg tak patut hidup... penulisan yg sgt hidup dan mencubit emosi pembaca... thanks sharing kak PI... :)
ReplyDeletehmm elok dipadam saja kan KK...tq...cerpen yg menang hadiah sastera bukan mudah nk hasilkannya.
Deletearghhh..."LELAKI" tu....x suka!!!
ReplyDeleteheh..heh..xsuka dipadamkan saja JM...tq.
DeleteAlhamdulillah bisa jumpa cerpen seperti ini yang saya suka sekali
ReplyDeleteterima kasih debe dilacious menyukai cerpen ini.
Deletejalan cerita yg hebat ikut arus semasa..
ReplyDeletesetuju dgn noor...cara menulis cerpen yg elok dicontohi...tq
ReplyDeletecerpen yang mempunyai nilai pengajaran buat penggemar dunia cyber..berhati2 semua...
ReplyDeletecerpen mmg perlu ada nila mesej yg berguna kpd pembaca kan cikgu...tq.
DeleteSekarang ni, macam-macam jenis orang ada..Kena hati2 selalu.
ReplyDeleteyela fidah kena hati2 dgn kwn2 siber jgn terlalu yakin kita xkan diuji spt citer cerpen itu. tq.
Deletealah tak puas baca...pendek sangat...jalan cerita best...
ReplyDeletenama pen cerita pendek yan...mestilah pendek..cerpen yg sgt menarik ...tq
ReplyDeleteCerpen pendek je klu panjang tu novel btw cerpen ni mmg best padat&ringkas.....;-)
Deletespesis mcm ni laa yg patut dinyahkan dari muka bumi!!! ;-)
ReplyDeleteheh..heh..betul tu anies...padamkan saja...tq.
ReplyDeleteAgak2 sape yg nak dipadamkan tu ye...???
ReplyDelete