Saturday, 21 November 2015

GUBAHAN AGAR-AGAR KERING UNTUK HANTARAN...

ASSALAMUALAIKUM...

WALAU HUJAN TURUN DI SANA SINI DAN ADA TEMPAT DILANDA BANJIR KILAT TAPI MAJLIS PERKAHWINAN YANG KEBANYAKANNYA DIADAKAN SEMPENA CUTI SEKOLAH TETAP BERLANGSUNG DENGAN MERIAHNYA DI MANA SAJA...

DAN ANEKALAH HANTARAN YANG DISEDIAKAN PIHAK PENGANTINNYA TERMASUK KUIH MUIH.

ANTARANYA AGAR-AGAR KERING....KALAU MEMBUATNYA SECARA TRADISI PERLU MENGERINGKAN DI BAWAH PANAS MENTARI....RASANYA TERAMATLAH MANISNYA...
KINI PROSES MENGERINGKANNYA TAK PERLU LAGI CARA BEGITU...LEBIH CEPAT DAN MUDAH GUNA TEKNIK TEKNOLOGI MASAKAN TERKINI.

Resepi : Agar-Agar Kering
Bahan-bahannya :
  • 30 gm agar-agar tali
  • 2 cawan gula pasir
  • 1 cawan gula batu
  • 8 cawan air
  • Perasa/pewarna mengikut selera masing-masing
Cara-caranya :
  1. Rebus agar-agar kering dengan air sehingga mendidih.
  2. Masukkan gula batu sebab gula batu lambat cair. Biar gula batu hancur
  3. Masukkan gula pasir.Biar mendidih lagi.
  4. Masukkan adunan kedalam loyang. Masukkan pewarna dan perasa mengikut selera masing-masing.
  5. Setelah sejuk bolehlah dipotong. Jangan potong terlalu kecil sebab agar-agar mengecut selepas kering. (yang ni kakakecik tersilap p potong comel2 gitu hehe)
  6. Jemur agar-agar. Disini perlukan kesabaran ye. Sesekali balik2kan agar2 supaya kering sekata. Jemur sehingga agar-agar betul2 kering dan tidak melekat. Kalau cuaca panas elok 3-4 hari pun dah okey.
  Resepi kakakecik.blogspot.







PIC IFFY LYA.


‪#‎Cantikkan‬?? Comeikan??. haaa ini namanyer bunga agar2 kering pelbagai perisa versi hantaran...yg nie dah ada bertuan.....sapa yang berminat nak tempah untuk sebarang majlis boleh berbuat demikian 2 minggu lebih awal yer....sgt sesuai untuk doorgift dan hantaran....
‪#‎wassap‬ 0184747230@ Call 0194318134.

20 comments:

  1. Cantik sekali agar agarnya kak..kreatif... pasti sangat lezat.. cocok untuk hantaran pengantin ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya achmad fazri cantik n sedap sesuai dibuat hantaran mjlis khwin r tunang..tq.

      Delete
  2. Replies
    1. cantik n mudah saja nk buat tu...tq cikgu etuza.

      Delete
  3. wahh, cantik..syg nak makn..')

    ReplyDelete
    Replies
    1. syg nk mkn tengok jer wawa..heh..heh...tq.

      Delete
  4. Chantiknya...tapi kena sabar nampaknya nak tunggu kering tu...Takut masa proses jemur dah kena ngapp :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena buat bnyk2 fidah sambil jemur smbil ngap xhbs semua heh..heh...tq fidah.

      Delete
  5. Cantik ..kreatif..agar2 ni rumit..

    ReplyDelete
    Replies
    1. agar2 ni dibentuk dahulu sebelum dikeringkan...cantik kan yan...tq.

      Delete
  6. Replies
    1. agar2 kering ni sedap tapi manis sgt anies...tq.

      Delete
  7. cantik gubahannya kak paridah..

    ReplyDelete
  8. cantik n kreatif kan aiza...tq.

    ReplyDelete
  9. Cantik bila digubah jadikan jambangan bunga.

    Musim hari raya ada juga kak Zai buat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yela zai mesti ada seni menggubahnya...pandai juga zai buat agar2 ke ring ya...tq.

      Delete
  10. Cantik bila digubah jadikan jambangan bunga.

    Musim hari raya ada juga kak Zai buat.

    ReplyDelete
  11. Masa Cikna tunang ritu maksu ade sponsor agar2 kering ni tp belah lelaki yg dapat & atas dasar xmalu Cikna suh 'si dia' simpankan sekuntum bunga agar2 klu xleleh air liur kita....;-)

    ReplyDelete
  12. yeke...cikna mesti terpikat dgb rupanya yg cantik comel tu...tq.

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”