Tuesday, 10 November 2015

BERKASIH SAYANG...KASIH SEPANTUN TULISAN PINGGAN...

ASSALAMUALAIKUM...

HIDUPLAH DENGAN BERKASIH SAYANG IKHLAS WALAU DENGAN SESIAPA SAJA...APALAGI DENGAN MEREKA YANG DEKAT DI HATI KITA....TERUTAMA IBU BAPA KITA...SUAMI/ISTERI KITA (YANG DAH BERSUAMI/ISTERILAH TU...)...ANAK-ANAK KITA...KAKAK/ABANG/ADIK KITA...SAUDARAMARA KITA...JIRAN-JIRAN KITA...KAWAN-KAWAN KITA DAN MUSLIMIN/MUSLIMAT SEKALIANNYA....DAN SELURUH KEJADIAN-NYA.



Kasih sayang kita terhadap suami atau suami terhadap isteri, biarlah bak kata peribahasa "Kasih sepantun tulisan pinggan". Kasih yang tak kunjung hilang atau padam buat selama-lamanya. Pun begitu jugalah diharapkan kasih sayang terhadap teman sejati. Mesra pergaulannya hingga ke akhir hayat. Sesungguhnya "Kasih itu semangat atau roh yang buta", kerana apabila hati sudah kasih, ia tidak memilih hanya yang baik dan cantik sahaja. Begitu juga, "Kasih tidak bersekutu dengan bijak" iaitu apabila hati sudah kasih, maka akan hilanglah cacat celanya. Namun begitu berhati-hatilah memilih kasih. Ditakuti kita akan kecundang di akhirnya nanti.


SELASIH RIMBUN DENGAN SERANGAN
   PIMPIN MENJULANG PINGGIRAN TAMAN
KASIH SEPANTUN TULISAN PINGGAN
   TAK MUNGKIN HILANG DITELAN ZAMAN.


TERTINDIH BATU GOH PELATA
    TODAK BERTUTU JANGAN TERPIJAK
KASIH IU ROH YANG BUTA
    TAK BERSEKUTU DENGAN BIJAK..



GRAFIK PAK ENGKU.

14 comments:

  1. Replies
    1. panntun2 pak engku mmg indah sgt...tq MKL.

      Delete
  2. kadang saya merasa heran dengan akak satu ni, kalau sudah menyairkan kata dalam puisi, indah sangat

    ReplyDelete
    Replies
    1. xyah heran sgt dik chilembu thea...yg indah sgt tu puisi/pantun pak engku bukan puisi akak...tq

      Delete
  3. rajinnye mak Pah berpuisi., hihi2

    ReplyDelete
    Replies
    1. heh..heh..bukan puisi makpah tu wak..tq 3 lalat.

      Delete
  4. jadikan kasih sayang sebagai pelengkap kehidupan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. pelengkap kehidupan yg penting tu aiza...tq

      Delete
  5. Semoga hidup dipenuhi dengan kasih sayang

    ReplyDelete
  6. aman dunia jika hidup kitta dipenuhi rasa kasih syg..tq fidah.

    ReplyDelete
  7. pantinmelayu yang indah sekali..teruskan mengkongsi budaya kita

    ReplyDelete
  8. amalkan berkasih sayang agar hidup sentiasa tenang... :):)

    ReplyDelete
  9. apa ertinya hidup jika kontang kasih sayang

    ReplyDelete
  10. kasih sayang adalah pelengkap kehidupan

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”