Sunday, 18 October 2015

KELABU MATA ...DENGAN DUIT....

ASSALAMUALAIKUM...

Bismillahhirrahmanirrahim ...

Assalamualaikum wtb
Nak share sedikit nih.

pic google images.

MONEY GAME.
Saya tengokk dari dulu sampai sekarang orang Malaysia ni mudah sangat terpengaruh dengan begitu banyak skim yg dikatakan sebagai money game. banyak nama yg digunakan bagi mengaburi mata masyarakat untuk mengatakan bahawa skim itu betul.

Yang saya nak highlight kat sini adalah berkenaan halal atau haram sesuatu skim itu. Untuk tentukan sesuatu skim itu halal memerlukan beberapa orang yang pakar dalam bidang shariah untuk menghalusi sesuatu skim ini. Dan mereka yang duduk dalam board shariah ini adalah bukan calang calang orang, mereka mahir dalam Hadith, ayat ayat Al Quraan dan juga perundangan Islam. Mereka ini memang pakar dan keputusan mereka tu adalah berdasarkan sumber sumber dari yang saya sebutkan diatas.

Kalau ada mana mana skim yang kata skim mereka tu halal, mintak dia orang listkan panel shariah mereka yang membuat keputusan akan ke halal lan skim yang mereka katakan. Jika ada sila teliti siapakah mereka mereka ini
.
Kita jangan lupa segala tindakkan kita itu akan ditanya oleh Allah kelak. Jangan kerana wang mata jadi kelabu. Saya tak katakan bahawa sapa yang masuk akan rugi sebab skim ini akan berjalan selagi mana ada orang yang percaya kata kata mereka yang dah pun masuk. Yang penting nak di highlight adalah berkenaan halal atau haram sesuatu skim itu. Kalau haram, cubalah fikirkan sedalam dalamnya apa akan jadi pada kita kelak. Bila dah masuk for sure kita pulak akan kempen gila gila sbb nak kan pulangan berlipat kali ganda. Ni semua saham akhirat kita yg akan kita bawa. Kalau benar benar halal Alhamdulillah. Tapi jika di sebaiknya .... moga Allah merahmati Tn Tn, Pn Pn & Cik Cik sekalian
.
Jangan jatuhkan sesuatu hukum sebelum ianya diperhalusi oleh mereka yang pakar. Ada juga yang kata selagi majlis fatwa tak kata haram maknanya ia di bolehkan. Fikir dulu sebelum berkata kata sebab bagaimana majlis fatwa nak tau apa yang kita buat. Sepatutnya kita yang approach dia orang sebelum buat sesuatu skim ataupun melalui panel shariah kita.

Orang begini for sure akan kata macam macam bukan sebab nak bantu tapi ada udang disebalik batu iaitu habuan dunia yg di cari. Macam macam alasan yang terfikir dek akal akan digunakan untuk menghalakan cara mereka
.
Kesian kat orang orang yang hari hari dok jemaah kat masjid pun boleh terpengaruh dek sebab pendapat orang yang tak bertangunjawab mempengaruhi mereka dengan cara mereka menghalalkan sesuatu skim.
Mintak maaf saya bukan orang pandai tapi ni hakikat dan jika benar kita rasa apa yg kita buat itu betul jumpalah pihak tertentu utk kita confirmed apa yg kita buat tu betul.

Harap mendapat manfaat
Maafkan saya atas sebarang kesilapan dalam menulis fakta ini.
Terima Kasih

Perkongsian Ramle Alwee seorang pengurus bank terkenal.

22 comments:

  1. agak lancar line..klik terus entri baru..semoga kita terhindar dari jadi hamba duit tu PI

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke bagus tu.
      insyaAllah moga2 terhindar dipergunakan duit...tq cikgu etuza.

      Delete
  2. duit bukanlah segala2nyer, tp segala2nyer nk pakai duit tuu., huhu2

    ReplyDelete
    Replies
    1. segala-galanya perlukan duit kan..wak..tq.

      Delete
  3. jangan kelabu atau gelap mata kerana duit.. ingatlah rezeki bukan datang bergolek, tapi perlu diusahakan secara jalan yang betul..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya kena pegang kemas2 kata2 aiza tu agar xnyesal sbb rugi...tq

      Delete
  4. duit memang bisa membuta warnakan mata dan pandangan manusia, sesekali mata warnanya berubah jadi hijau, di lain waktu berubah jadi berwarna kuning...dan kali ini disini, mata akak admin berubah jadi kelabu

    ReplyDelete
    Replies
    1. warna mata berubah selalu gara2 duit ya chilembu thea heh..heh..tq.

      Delete
  5. perlukan duit untuk terus hidup tapi jangan sampai cepat kelabu mata di sebabkan duit... jgn mudah terpedaya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yela atie jgn mudah terpedaya kerana duit..tq.

      Delete
  6. Kena hati-hati selalu dan angan mudah terpengaruh. Orang sekarang sangat kreatif, boleh buat macam2 skim dan produk, terserah kita untuk menilai dan mengkaji mana yang baik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yela fidah mudah2an kita bijak menilai apa saja tawaran buat duit banyak kpd kita...tq.

      Delete
  7. Saya dulu-dulu pernah terjebak dengan Pak Man Telo. Entah macamana lah boleh terpengaruh dengan ajakan kawan. Lesap le juga beberapa ratus. Nasib baik belum dapat hasilnya dah terbongkar tak betul. Kalau ribu-riban lesap huhuhu menangis tak berlagu le jawapnya. Lepas tu ada kawan cerita pasal beli emas. Dengar pun memang best je sebab tiap-tiap bulan masuk akaun hasilnya tapi terfikir juga macamana boleh ada hasil tiap-tiap bulan walhal cuma beli seketul je. Tapi yang emas tu takde lah mencuba takut scam juga macam yang lain. Nak cepat kaya le kununnya tapi pun terfikir juga hasilnya tu halal ke haram. Macam tak rasional je ke saya yang tak faham konsep. Apa pun sekarang kena fikir 1000 kali, manalah ada jalan nak kaya cepat selagi kita tak usaha kan.

    ReplyDelete
  8. kita walau dh setup minda xkan terjebak dgn skim buat duit segera tapi dgn pujukan rakan baik xterdaya kita menolaknya notie tu yg tersangkut juga...lagipun kita kenali kawan kita tu sbg org yg sgt baik n boleh dipercayai...bukan notie sorang yg terkena ramai lagi yang lain...kalau itu ujian-Nya. sekali terkena tentu akan lbh berhati-hati.
    tq notie berkongsi pengalaman n info juga.

    ReplyDelete
  9. Zaman bertuankan duit skunk ni, pernah terbaca org yang berpangkat ustaz pun turut terpengaruh.....;-(

    ReplyDelete
  10. YELA CIKNA DUIT NI AURANYA BOLEH PENGARUHI XKIRA SIAPA...TQ CIKNA.

    ReplyDelete
  11. Macam-macam orang offer skim cepat kaya ni Kak PI cuma 'permainan' & 'pakej' saja berbeza.. Apa pun bulatkan tekad : bukan mudah jd kaya tanpa usaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yela LZ skim ni diubah cara sana sini tapi sebenarnya nak mengenakan mrk yg mudah terpengaruh,,,tq.

      Delete
  12. pd sy laa...semua ni berpunca dr sikap malas berusaha. kalau rajin dan berusaha, mereka tak kan terlibat dgn benda2 mcm ni..sy sedih bla tgk ramai bangsa kita yg mudah rapuh dgn hal2 spt ni

    ReplyDelete
  13. ramai yg berminat nk jadi kaya segera tanpa usaha ni anies

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”