PANTUN-PANTUN PERIBAHASA PAK ENGKU
SAWAH LAMA PADINYA HUMA,
PADI DISABIT BANYAK YANG SAMBANG,
HUJAN RIBUT BERLARI PULANG,
KAKI TERSANDUNG JALAN YANG LICIN;
APAKAH KENA PADA TEMPATNYA,
TELINGA RABIT DIPASANG SUBANG,
KAKI UNTUK DIPAKAIKAN GELANG,
JARI KUDUNG DIMASUKKAN CINCIN?
PADI DISABIT BANYAK YANG SAMBANG,
HUJAN RIBUT BERLARI PULANG,
KAKI TERSANDUNG JALAN YANG LICIN;
APAKAH KENA PADA TEMPATNYA,
TELINGA RABIT DIPASANG SUBANG,
KAKI UNTUK DIPAKAIKAN GELANG,
JARI KUDUNG DIMASUKKAN CINCIN?
Peribahasa : Telinga rabit dipasang subang, kaki untut dipakaikan gelang,
jari kudung dimasukkan cincin.
Maksudnya : Pemuliaan kepada yang tidak patut dimuliakan.
jari kudung dimasukkan cincin.
Maksudnya : Pemuliaan kepada yang tidak patut dimuliakan.
SENJA LEWAT BERTEBAR-TEBARAN,
BURUNG JENJANG TERBANG BEBAS,
TERBANG CANDIK KE POHON DUKU;
KERJA DIBUAT ADA ATURAN,
KALAU PANJANG BERI BERUAS,
KALAU PENDEK BERI BERBUKU.
BURUNG JENJANG TERBANG BEBAS,
TERBANG CANDIK KE POHON DUKU;
KERJA DIBUAT ADA ATURAN,
KALAU PANJANG BERI BERUAS,
KALAU PENDEK BERI BERBUKU.
Peribahasa : Kalau panjang beri beruas, kalau pendek beri berbuku.
Maksudnya : Sesuatu pekerjaan itu hendaklah dibuat atau dikerjakan
menurut aturan yang semestinya.
Maksudnya : Sesuatu pekerjaan itu hendaklah dibuat atau dikerjakan
menurut aturan yang semestinya.
SUDAH DIKUNYIT SUDAH DIGARAMI,
IKANNYA BUKAN SI IKAN BUJUK;
KALAU DAH LANGIT NAK TIMPA BUMI,
BOLEHKAH DITAHAN DENGAN TELUNJUK?
IKANNYA BUKAN SI IKAN BUJUK;
KALAU DAH LANGIT NAK TIMPA BUMI,
BOLEHKAH DITAHAN DENGAN TELUNJUK?
Peribahasa : Kalau langit hendak menimpa bumi, bolehkah ditahan dengan
telunjuk?
Maksudnya : Orang kecil tidak akan dapat mengelakkan diri daripada
diperalatkan oleh orang besar.
telunjuk?
Maksudnya : Orang kecil tidak akan dapat mengelakkan diri daripada
diperalatkan oleh orang besar.
BERTIUP BAYU BUNGA PUN GUGUR,
BUNGA MELATI HARUMNYA LAMA;
IBARAT KAYU MATI BERPUNGGUR,
MANUSIA MATI BIARLAH BERNAMA.
BUNGA MELATI HARUMNYA LAMA;
IBARAT KAYU MATI BERPUNGGUR,
MANUSIA MATI BIARLAH BERNAMA.
Peribahasa : Kayu mati berpunggur, manusia mati biar bernama.
Maksudnya : Manusia mati biarlah meninggalkan jasa dan nama yang baik.
Maksudnya : Manusia mati biarlah meninggalkan jasa dan nama yang baik.
KE MANA NONA BERJALAN TUNDUK,
KE KUALA NERUS BELI GELINYA;
KALAU KAYUNYA SUDAH BENGKOK,
MASAKAN LURUS AKAN BAYANGNYA.
KE KUALA NERUS BELI GELINYA;
KALAU KAYUNYA SUDAH BENGKOK,
MASAKAN LURUS AKAN BAYANGNYA.
Peribahasa : Kayu sudah bengkok, masakan lurus bayangnya.
Maksudnya :Orang yang biasa bercakap bohong tentu tidak dapat
dipercayai kata-katanya
Maksudnya :Orang yang biasa bercakap bohong tentu tidak dapat
dipercayai kata-katanya
DIASAH PISAU TERLUKA TANGAN,
DUDUK SEORANG TEPI TERATAK;
SEPANTUN KASAU DENGAN BUMBUNGAN,
PUTUS PENGARANG MAKANYA RETAK.
DUDUK SEORANG TEPI TERATAK;
SEPANTUN KASAU DENGAN BUMBUNGAN,
PUTUS PENGARANG MAKANYA RETAK.
Peribahasa : Sepantun kasau dengan bumbungan, putus pengarang
maka retak.
Maksudnya : Suami isteri yang amat akrab dan tiada berpisah sampai
mati.
maka retak.
Maksudnya : Suami isteri yang amat akrab dan tiada berpisah sampai
mati.
PANJI SEMARANG DARI MAJAPAHIT,
BERSAMA PANGLIMA PAKAI SELEMPANG;
DUDUK SEORANG BERSEMPIT-SEMPIT,
DUDUK BERSAMA BERLAPANG-LAPANG
BERSAMA PANGLIMA PAKAI SELEMPANG;
DUDUK SEORANG BERSEMPIT-SEMPIT,
DUDUK BERSAMA BERLAPANG-LAPANG
.
Peribahasa : Duduk seorang bersempit-sempit, duduk bersama berlapang-
lapang.
Maksudnya : Duduk seorang sempit fikiran, duduk bersama lapang fikiran
kerana kita dapat bermesyuarat atau tolong menolong
lapang.
Maksudnya : Duduk seorang sempit fikiran, duduk bersama lapang fikiran
kerana kita dapat bermesyuarat atau tolong menolong
GUNUNG JERAI TEBINGNYA RUNTUH,
MATI DEKAN DIHIMPIT KAYU;
LENGGENG BAGAI SIRIH YANG JATUH,
TAK TAHU AKAN DI TAMPUK LAYU.
MATI DEKAN DIHIMPIT KAYU;
LENGGENG BAGAI SIRIH YANG JATUH,
TAK TAHU AKAN DI TAMPUK LAYU.
Peribahasa ; Lenggang bagai sirih jatuh, tak tahu di tampuk layu.
Maksudnya : Seorang yang teramat menyombongkan diri sendiri.
Maksudnya : Seorang yang teramat menyombongkan diri sendiri.
TIADA PELITA LILIN DIPAKAI,
DIPASANG NYONYA HABIS SEBUNGKUS;
MENJALAR MELATA POHON TEMBIKAI,
SAYANG BUAHNYA DIMAKAN TIKUS.
DIPASANG NYONYA HABIS SEBUNGKUS;
MENJALAR MELATA POHON TEMBIKAI,
SAYANG BUAHNYA DIMAKAN TIKUS.
Peribahasa : Menjalar melata pohon tembikai, sayang buah dimakan
tikus.
Maksudnya : Indah dan gagah pada zahirnya saja tetapi batinnya tidak
baik.
tikus.
Maksudnya : Indah dan gagah pada zahirnya saja tetapi batinnya tidak
baik.
BURUNG KEDIDI MELAYANG TERBANG,
POHON KAPAS TUNGGAL SEBATANG;
UMPAMA MANDI DI AIR KIAMBANG,
PELAK LEPAS GATAL PUN DATANG.
POHON KAPAS TUNGGAL SEBATANG;
UMPAMA MANDI DI AIR KIAMBANG,
PELAK LEPAS GATAL PUN DATANG.
Peribahasa : Bak mandi di air kiambang, pelak lepas gatal pun datang.
Maksudnya : Mendapat sesuatu yang bermanfaat tetapi aknirnya
menyusahkan.
Maksudnya : Mendapat sesuatu yang bermanfaat tetapi aknirnya
menyusahkan.
DATUK PADUKA JALAN BERLENGGANG,
DI TEPI KALI MENYUSUR PULANG;
MALANG CELAKA SI RAJA GENGGANG,
TUAK TERBELI TUNJANG HILANG.
DI TEPI KALI MENYUSUR PULANG;
MALANG CELAKA SI RAJA GENGGANG,
TUAK TERBELI TUNJANG HILANG.
Peribahasa : Malang celaka Raja Genggang, tuak terbeli tunjang hilang.
Maksudnya : Ditimpa kecelakaan, kekecewaan atau kesusahan.
Maksudnya : Ditimpa kecelakaan, kekecewaan atau kesusahan.
BUAH NANAS DIKUPAS POTONG,
KUNING WARNA SEDAP DIMAKAN;
HARI PANAS DAPAT BERLINDUNG,
MISKIN KE MANA NAK DISOROKKAN.
KUNING WARNA SEDAP DIMAKAN;
HARI PANAS DAPAT BERLINDUNG,
MISKIN KE MANA NAK DISOROKKAN.
Peribahasa : Hari panas dapat berlindung, miskin ke mana disorokkan.
Maksudnya : Jangan malu mengakui akan kekurangan diri agar orang
mahu menolongnya.
Maksudnya : Jangan malu mengakui akan kekurangan diri agar orang
mahu menolongnya.
DI DAHAN RENDAH TUMBUHNYA SAKAT,
POKOK CEMPEDAK TEPI PERIGI;
KALAU SUDAH SAYAPNYA SINGKAT,
JANGANLAH HENDAK TERBANG TINGGI.
POKOK CEMPEDAK TEPI PERIGI;
KALAU SUDAH SAYAPNYA SINGKAT,
JANGANLAH HENDAK TERBANG TINGGI.
Peribahasa : Sayap singkat hendak terbang tinggi.
Maksudnya : Hendak melakukan sesuatu yang melebihi kesanggupan
atau kemampuan diri.
Maksudnya : Hendak melakukan sesuatu yang melebihi kesanggupan
atau kemampuan diri.
BUDAK-BUDAK BERLARI-LARI,
DI TEPI PANTAI TERJENGKET-JENGKET;
SEBAB TIDAK TAHU MENARI,
KATAKANLAH LANTAI JONGKANG-JONGKET.
DI TEPI PANTAI TERJENGKET-JENGKET;
SEBAB TIDAK TAHU MENARI,
KATAKANLAH LANTAI JONGKANG-JONGKET.
Peribahasa : Sebab tidak tahu menari dikatakan lantai jongkang-
jongket.
Maksudnya : Sebab tidak tahu hendak membuat sesuatu pekerjaan itu
dikatakanlah perkakas yang salah.
jongket.
Maksudnya : Sebab tidak tahu hendak membuat sesuatu pekerjaan itu
dikatakanlah perkakas yang salah.
Sekian.
Salam khamis...
ReplyDeleteSinggah pagi melawat kawasan :)
salam khamis nieyl..
Deleteheh..heh..tq rajin melawat kwsan.
begitu simbolik..
ReplyDeletesimbolik membawa maksud tersirat...tq nohas.
DeleteSinggah melawat baca pantun. Sungguh berseni penuh kiasan..")
ReplyDeletetq wawa rajin singgah membaca pantun.
DeleteIndahnya pantun lama-lama. Sungguh dalam makna disebalik maksud pantun tersebut. Sis PI lawa lah gambar sawah padi tu. Rasa tenang je lepak dibawah pohon pelam memandang sawah padi menghijau.
ReplyDeleteyela notie pantun2 berperibahasani halus berseni...budaya Melayu kita.
Deletesawah bendang n rumah kampung melambangkan identiti Melayu kita...
kala petang duduk bawah pohon pelam di permatang bendang dibuai bayu mengimbau kenangan lalu...tq notie.
Peribahasa Melayu indah bunyinya...
ReplyDeleteya indah sgt zumal...tq
Deletepermainan bahasa yang amat mengkagumkan..inilah antara budaya Melayu .Yakni pantun yang harus dipertahankan..teruskan karya berbahasa
ReplyDeletepantun peribahasa digubah indah pak engku yg arif dgn bidanngnya..kak tukang share jer cikgu...tq,
DeleteIndahnya pantun dan kiasan orang lama
ReplyDeleteorang lama gemar berpantun berperibahasa utk menyatakkan maksud...tq fidah.
DeleteDulu masa sekolah cukup suka dengan bahasa melayu lama berbanding bahasa melayu moden.. ;)
ReplyDeleteyekke..minat sastera Melayu lama ni...bagus tu...tq aizamia.
ReplyDeleteKalau di suruh memberi maksud pantun di atas, ada diantaranya memang xdapat nak jawab. Terlalu berkias dan tinggi sangat mainan bahasanya. Itulah ketinggian ilmu dan kehebatan bahasa Pak Engku
ReplyDeleteYA BM ...KAK MMG TIADA PERBENDAHARAAN KATA YG KLASIK INDAH NI SBB TU SELALU TERPESONA DGN GAYA BHASANYA YG BERKIAS MENYIMPUL MAKSUD...KAK TUKANG SHARE SAJA...SESIAPA YG BERMINAT BOLEH MERUJUKINYA...LA NI PAYAH NK DITEMUI BUKU2 MENGENAI SEMUA NI...TQ
ReplyDeletemmg x boleh kak Paridah heeeee
ReplyDeleteHEH..HEH..MUSTAHIL KAN...TQ JM.
ReplyDelete