Monday, 25 May 2015

TURKI ANGKUT PELARIAN ROHINGYA.

ASSALAMUALAIKUM...

Warga Prihatin's photo.

Erdogan, Presiden Turki mengejutkan dunia apabila mengarahkan armada perangnya mengutip semua pelarian Rohingya yang terlantar di perairan kita. Bukan itu sahaja, Erdogan malah menghulurkan bantuan segera 1 juta Dolar kepada badan penyelamat antarabangsa untuk pelarian Rohingya.
Perasan kita bercampur baur antara gembira, terharu, malah sedih dan juga malu sewaktu menerima berita mengejutkan ekoran tindakan berani dan pantas ketua kerajaan Turki itu.
Rasa syukur, gembira dan terharu kerana dalam pada kita kesedihan melihat saudara kita Rohingya disiksa, masih ada rasa insaf atas dasar persaudaraan dan kemanusiaan dari sebuah kerajaan Islam dari Timur Tengah / Eropah.
Telah sekian lama kita memerhatikan sifat tidak perduli di kalangan kerajaan negara Islam yang melihat pembunuhan dan penindasan terhadap umat Islam di rantau itu. Lebih menyedihkan lagi melihat umat Islam sendiri saling bercakaran dan berbunuhan sesama sendiri.
Rasa malu dan kesal sebagai umat Islam di rantau ini kerana kita ‘terlalu berkira-kira’ dalam usaha memberikan pertolongan dan perlindungan kepada saudara kita. Sudahlah berita kesengsaraan dan penindasan terhadap mereka kurang mendapat perhatian dunia, malah kita juga sukar untuk menghulur bantuan ke sana.
Rasa kesal pula terbit kerana saudara kita yang berjaya mengharungi lautan untuk lari dari penindasan itu dan telah pun berada di perairan kita tidak ‘segera’ kita bantu. Semakin lama kita 'termenung berkira-kira' semakin ramai yang terkorban dan sengsara di lautan samudera.
ERINE ERDOGAN - USWAH SRIKANDI WIRAWATI TURKI
Alhamdulillah. Dalam pada ramai first lady atau isteri pemimpin negara-negara dunia memasang badan bermegah-megah dan bermuka-muka, kita dapat saksikan jiwa prihatin Erine Erdogan, seorang srikandi contoh dari negara Islam.
Ketika kami kongsikan gambar-gambar lawatan beliau ke Myanmar bersama Menteri Luar dan Pasukan Palang Merah Turki, ramai yang tidak menyangka bahawa itu adalah isteri seorang Presiden negara Islam yang ada nama.
Beliau yang banyak menangis di sepanjang lawatan itu berjaya menampilkan bahasa badan yang tulus dan ikhlas. Berita dan pemerhatian dari lawatan itu tentunya dibawa pulang bagi menggantikan rasa simpati dengan tindakan suaminya yang berbentuk empati.
Emine dan Erdogan juga banyak membuat lawatan dan menghulurkan bantuan kemanusiaan di kem-kem pelarian negara-negara bergolak seperti Somalia, Syria, Palastine dan sebagainya. Itu ciri keprihatinan yang harus dicontohi.
Inilah contoh isteri pemimpin yang diidam-idamkan oleh seluruh umat manusia, khususnya oleh umat Islam. Sudahlah berwajah ayu dan redup, malah penuh dengan ciri keibuan dan keprihatinan. Pasti peranan Emine Erdogan menjadi sumber inspirasi dan penguat semangat kepada kepimpinan Presiden Turki itu.
Tidak dapat kami bayangkan sebanyak mana doa rakyat Rohingya yang sekian lama terbiar tertindas itu untuk pemimpin dan kerajaan Turki ini.
APA YANG TELAH MALAYSIA DAN INDONESIA SELAKU NEGARA ISLAM ASEAN LAKUKAN?
Hampir 5 juta pembaca artikel Rohingya melalui video kompilasi yang kami upload beberapa hari lepas. Kebanyakannya mencemuh kerajaan masing-masing kerana tidak bergegas membantu pelarian Rohingya.
Majoriti pembaca menyarankan agar kita bertindak balas secara diplomatik sebagai membantah penindasan kerajaan Myanmar terhadap umat Rohingya.
Ramai sekali menyarankan agar Malaysia menghantar pulang semua pekerja Myanmar yang sedang bekerja di negara ini dan digantikan dengan warga Rohingya. Yang kurang sabar pula asyik meluahkan marah dengan ungkapan ingin membalas dendam dengan membunuh rakyat Myanmar yang beragama Budha.
Segelintir masyarakat Malaysia mempertahankan kerajaan dengan mengatakan bahawa selama ini pun kita telah banyak menolong mereka. Ada yang mengutuk sikap pengotor dan pemalas pelarian Rohingya yang telah sekian lama berada di sini. Ada kalanya mereka ini turut dikatakan kurang ajar kerana tidak menghormati rakyat tempatan.
Tidak kurang yang menyatakan kebimbangan bahawa jika sudah terlalu ramai pelarian Rohingya di sini, apa yang telah terjadi kepada kebanjiran rakyat asing yang dibawa masuk waktu zaman British dahulu bakal berulang kembali. Akhirnya rakyat pribumi akan kehilangan hak dan terpaksa bersaing dengan mereka dalam serba serbi.
Ada pula yang mengecam pelarian Rohingya ini sebagai pengecut kerana tidak mahu mempertahankan hartabenda, kaum keluarga dan kedaulatan agama bangsa mereka di sana. “Berterusan menolong mereka akan membuatkan mereka manja dan akan membebankan kita. Lagipun masih ramai rakyat kita yang memerlukan perhatian kita”, ujar mereka.
APA YANG SEWAJARNYA KITA LAKUKAN ?
Satu kelemahan yang paling ketara ialah kita agak lembab dalam urusan kemanusiaan begini. Kita seharusnya meletak ke tepi dahulu segala sentimen agama, bangsa dan fahaman politik apabila berhadapan dengan isu ini.
Cuba sorot kembali kronologi tragedi Tsunami di Aceh 26 Disember 2004 dahulu. Hanya 3 hari selepas tragedi itu, dikhabarkan sudah ada kapal asing yang 'singgah'. Ribuan anak-anak dan warga Acheh dibawa keluar 'secara senyap' atas dasar kemanusiaan oleh masyarakat antarabangsa. Waktu itu kerajaan Indonesia baru terhegeh-hegeh mahu menubuhkan jawatankuasa bencana.
Atas dasar itu jugalah hari ini kita lihat Acheh begitu bermurah hati untuk menghulurkan bantuan. Padahal mereka sendiri bukan dalam kecukupan dalam serba serbi. Semuanya atas dasar pelajaran yang mereka ambil dari pengalaman mereka sendiri yang pernah tersiksa dan menerima bantuan antarabangsa. Orang kata "Hanya Jauhari yang kenal Manikam".
Soal sikap pengotor, malas, kolot dan sebagainya bagi kami adalah masalah kecil. Kita harus pertimbangkan juga tahap kehidupan mereka yang kekurangan dalam serba serbi. Mereka ketinggalan lebih 50 tahun di belakang kita.
Dengan pendekatan pendidikan dan penguatkuasaan, kami yakin cara hidup mereka boleh dibentuk agar tidak jauh ketinggalan berbanding kita. Dengan itu mereka mungkin boleh kita jadikan saudara untuk sama-sama memainkan peranan membangun negara. Kebetulan kita juga kekurangan tenaga kerja.
Merujuk isu kebiadaban dan ancaman politik serta ekonomi terhadap pribumi negara ini, kami yakin ia boleh dibendung melalui kaedah penguatkuasaan dan sekatan politik. Paling utama ialah pendekatan pendidikan samada melalui sekolah, media, dan sebagainya. Kita boleh ulangi tausiah untuk mengingatkan semula asal usul mereka secara istiqomah agar mereka tidak mudah lupa diri.
Apapun, mereka ini lari ke mari kerana teraniaya. Lagipun kita bantu mereka atas dasar persaudaraan seagama dan atas simpati sesama manusia. Oleh itu kebimbangan tentang ancaman kepada penduduk setempat itu agak tipis kerana situasi mereka tidak sama dengan kemasukan warga asing ketika zaman British dahulu. Apapun elok juga kita ambil langkah berhati-hati.
Ungkapan untuk membunuh rakyat Myanmar yang beragama Budha adalah tidak wajar kerana itu bukan ajaran Islam. Beberapa Sami Myanmar juga membantah penglibatan para Sami dalam mempromosi kebencian dan pembantaian kerana itu juga bukan ajaran agama mereka. Kita pun tidak suka orang luar bunuh saudara ISLAM kita yang tidak berdosa hanya kerana perbuatan segelintir yang menyimpang dari ajaran agama kita.
PERANAN KERAJAAN
Tindakan menteri Luar Turki dan Emine Erdogan melawat Myanmar telah memberi kesan yang amat baik sekali. Mereka bukan sahaja melawat umat muslim Rohingya, malah turut melawat warga Myanmar beragama Budha. Mereka telah menzahirkan misi kemanusiaan dan kedamaian sejagat yang adil, murni dan saksama.
Bantuan dari rakyat biasa dan NGO Antarabangsa ke Myanmar dipersulit. Alangkah baiknya jika ramai lagi pemimpin negara dan isteri masing-masing mengambil langkah yang sama kerana mereka ada kekebalan diplomatik. Sekurang-kurangnya ia memberikan tekanan diplomatik kepada kerajaan dan rakyat Budha di Myanmar. Malu dan silu sedikit untuk mereka berbuat sewenang-wenang kerana sedar bahawa 'dunia Islam sedang memerhati’ tindak tanduk mereka.
Kami ada menawarkan bantuan untuk menerima beberapa ratus pelarian ini namun masih belum mendapat laluan secara legal. Oleh itu, apabila ramai yang mendesak Warga Prihatin menganjurkan tabung bantuan kemanusiaan untuk Rohingya, kami tidak berani umumkannya buat masa ini kerana masih tidak nampak jalan yang sah bagaimana dana sumbangan itu boleh disalurkan untuk membantu mereka secara legal.
Oleh itu, kami saran agar kerajaan membuat tawaran khas kepada NGO atau syarikat bagi membantu pengambilan mereka melalui satu proses dokumentasi yang mudah. Buat sementara waktu, kami harap kerajaan dapat himpunkan mereka di satu tempat khas seperti di kem, pulau dan sebagainya. InsyaAllah akan ada banyak NGO dan syarikat yang sanggup mengambil mereka bagi mengurangkan beban kerajaan. Yang penting bagi kerajaan ialah melakukan inisatif untuk izinkan mereka mendarat di negara kita dahulu.
Tangisan pemimpin wanita kita semasa mengulas isu Rohingya di dewan kelmarin amat menyentuh sekali. Namun, ia sedikit mengecewakan apabila ia lebih kepada menyalahkan Tsu Chi. Selebihnya sekadar luahan pilu yang tidak menghasilkan sebarang pelan tindakan yang mampu menyelamatkan pelarian Rohingya untuk kali ini. Apapun, kita tidak menafikan pertolongan yang pernah dihulurkan kerajaan kepada Rohinya selama ini.
KESIMPULAN
Bayangkan setinggi mana kesyukuran dan suntikan semangat umat Rohingya di Myanmar apabila menerima lawatan pemimpin dunia Islam. Sekurang-kurangnya mereka nampak sinar harapan. Tidaklah mereka berputus asa kerana tidak diperdulikan oleh saudara seagama dan masyarakat dunia. Sesungguhnya doa dari golongan yang dizalimi ini amat mustajab sekali.
Janganlah takut rugi dengan sedikit belanja dan pengorbanan kita, khususnya terhadap anak-anak yatim yang berjaya sampai ke negara kita. InsyaAllah, jika kita lakukan kerana Allah, nanti akan Allah ganti melalui cara lain. Jika tidak di dunia, InsyaAllah di akhirat sana. Jika kita berjaya didik anak-anak itu menjadi soleh, sudah pasti ia menjadi penerus amal setelah kita tiada.
Isu Rohingya ini telah mendapat perhatian dunia. Oleh itu keberadaan mereka di negara kita ini akan turut membawa masuk ramai pelawat. Di samping boleh menyuburkan industri pelancungan. Ia juga turut membawa bersama bantuan kemanusiaan masyarakat dunia untuk pelarian ini yang bakal menghasilkan aliran dana dan insyaAllah turut menyuburkan ekonomi negara kita.
Sesungguhnya ganjaran paling besar dari Allah dan umat manusia ialah apabila kita membantu saudara kita yang dalam kesusahan.
WARGA PRIHATIN

27 comments:

  1. 'action speaks louder than words'..contoh pemimpin Islam yang baik..dua2 suami dan isteri..

    ReplyDelete
    Replies
    1. benar tu xperlu ckp banyak kan...suami isteri yg prihatin kesusahan org lain ni...tq bohas.

      Delete
  2. Alhamdulillah .. at least nasib dieorang terbela juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya syukur alhamdulillah...tq dorset pink.

      Delete
  3. I just thinking.. tapi kalau Malaysia bawak masuk pelarian ni ke dalam Malaysia, banyak belanja yang Malaysia nak tanggung.. nanti next time lagi ramai pelarian yang dating ke Malaysia. skrang ni pun Malaysia dah jadi macam bukan Tanah melayu, dengan bangla nya, Nepal Nye, Indonesia Nye, semuanya nak duduk kat malaysia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Malaysia berkongsi dgn ramai bukan warganegara rezekinya namun rezeki Allah maha luas tapi hak kita sbg ketuanan yg sebenar perlu dijaga sebaiknya...tq dorset pink.

      Delete
  4. Mereka bukan berkata aje tapi mereka bertindak.
    Kalau umat Islam yg lain masih tak sedar lagi tak tahulah.
    Bayangkan kalau mereka boleh kata selagi ada laungan azan bermakna di situ ada saudara kita. Kita wajib membantunya. Betullah... itu saudara kita..

    ReplyDelete
    Replies
    1. benartu bukan nato non action talk only..bersyukur sungguh dgn pertolongan Allah membela rohingya melalui pemimpin Turki yg berwibawa ini..jikalau kita menolong balasan n ganjaran Allah sudah pasti...tq kakzakie.

      Delete
  5. Alhamdulillah. Sekurang kurangnya masih ada yang mahu membantu...
    Part lain??..eermmm...malas nak komen.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah...komen apa yg patut jer fidah heh..heh..

      Delete
  6. Alhamdulillah. Sekurang kurangnya masih ada yang mahu membantu...
    Part lain??..eermmm...malas nak komen.

    ReplyDelete
  7. saudara2 kita berada di seluruh pelosok dunia perlu saling bantu membantu dgn kelebihan masing2...kitapun membantu setakat daya kita...tq fidah.

    ReplyDelete
  8. Semoga Allah melindungi saudara kita ini.....sedih tiap kali membaca tentang Rohingnya.. :(


    Jemput singgah ke blog saya:
    http://blogmummyrifqiy.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah...pasti Allah lindungi hamba2nya yg teraniaya...tq sue sue...
      nanti singgah blog sue.

      Delete
  9. Saya juga heran, kenapa semuanya menolak kecuali Aceh, eh itu kok gambarnya Indonesia menolak, padahal Aceh kan termasuk Indonesia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. apa yg nak dihairankan dgn kartun tu Msia pun banyak membantu menyediakan tempat singgah, memberi rawatan perubatan makanan n sebagainya tapi kartun mnggambarkn Msia menolaknya...tq comtell cell.

      Delete
  10. Ada jugak baca kisah ni...macam2 perasaan ada..

    ReplyDelete
  11. perasaan kita berbaur kan bunda...sedih pilu simpati...terbayangkan jika nasib kita begitu...tq bunda.

    ReplyDelete
  12. Alhamdulillah.. satu tindakan yg terpuji. Semoga Allah memberkati segala usaha yg murni ini... aamiin

    ReplyDelete
  13. syukur alhamdulillah..insan mulia yg prihatin kesusahan org lain...tq khir khalid.

    ReplyDelete
  14. harap2 negara lain dpt ikut jejak langkah turki ini

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”