Saturday, 30 May 2015

NENGULI PAU CANTIK SEDAP...

ASSALAMUALAIKUM...

BAGAIMANA HENDAK MENGHASILKAN PAU YANG BULAT CANTIK ELOK SEKATA DAN SEDAP PULA YA? SESETENGAHNYA YANG MEMILIKI KEMAHIRAN DAN KEPANDAIANNYA LOKEK PULA HENDAK BERKONGSI DENGAN YANG LAIN YA...KONONNYA DAH JADI RAHSIA TRADISI KELUARGA. TERUTAMA PADA MEREKA YANG JALANKAN PERNIAGAAN TERSEBUT. SEGALANYA RAHSIA....KALAU RAMAI YANG TAHU CARANYA MEROSOT PULA NIAGA MEREKA SEBAB RAMAI YANG TAU BUAT PAU SENDIRI DAN TAK MAHU MEMBELI LAGI. LEBIH-LEBIH LAGI DIKHUATIRI AKAN ADA PERSAINGAN DENGAN MEREKA YANG MULAI MENCUBA MENCEBURI PERNIAGAAN SERUPA.

ILMU KAN ANUGERAH ALLAH....KALAU DIKEMBANGKAN BESAR MENAFAAT DAN GANJARAN PAHALANYA...DI SIMPAN SAJA DIBAWA MATI TENTU RUGI JUSTERU TIADA SIAPA YANG MEWARISINYA. REZEKI  ALLAH JUGA MAHA LUAS...YANG RAJIN BERUSAHA PASTI MENDAPAT HABUANNYA. TAK PAYAH NAK RISAU APAPUN.

.
JOM KITA BUAT PAU...SEBELUM TU SEDIAKAN BAHAN-BAHANNYA DULU.

Resepi Pau Lembut Gebus 

Bahan-bahan: 
  • 250 gram tepung gandum
  • 100 gram / ml air suam
  • 50 gram gula castor 
  • 3 gram dry yeast (3/4 sudu kecil)
  • 1 sudu besar shortening
  • 1 sudu besar dough softener
  • 1 sudu kecil bread softener 
  • 1/2 sudu kecil baking powder

Bahan sampingan : 
  • Daun pisang / kertas A4/ cooking sheet dipotong sebesar 2 x 2 inci 

Cara Membuatnya : 
  1. Masukkan semua bahan-bahan ke dalam bread machine mengikut turutan, air suam, dry yeast, tepung gandum, baking powder, bread softener, gula castor, dough softener dan shortening.
  2. Pilih menu 'dough' dan on kan bread machine.
  3. Keluarkan doh dari Bread Machine setelah doh siap diuli dan direhatkan kali pertama lebih kurang selama 15 minit sahaja. Tidak perlu menunggu sehingga doh siap di uli sepenuhnya atau selama 1 1/2 jam.
  4. Bahagikan doh kepada 10 bahagian.
  5. Masukkan inti kegemaran anda dan tutup kemas.
  6. Letakkan di atas daun pisang / kertas A4 / cooking sheet.
  7. Biarkan naik 2 kali ganda.
  8. Panaskan pengukus. Bila air telah mendidih, masukkan pau dan kukus selama 10 minit.
  9. Angkat dan sedia untuk dihidangkan. Selamat Mencuba!
KONGSIRESEPI.COM.


PIC SEPUPU PI SALMI JUSUH BERSAMA ISTERI DAN ANAK-ANAKNYA MENGULI PAU.


CANTIK BULAT DAN GEBUS HASILNYA.





24 comments:

  1. Memang gebus ni...sedapnya..
    Sgt setuju dgn statement kat atas
    Ilmu itu anugerah Allah, kalau dikembangkan, besar manafaatnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yela fidah ilmu yg elok tu wajar dikongsi ramai...tq

      Delete
  2. Replies
    1. sedap ni dimakan sdg panas kan...tq budi purnomo.

      Delete
  3. Wahh bestnya.. sedap klu makan panas2 ni.. gebu je.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. homemade lps siap kukus boleh terus makan...tq khir khalid.

      Delete
  4. wow..bestnya, homemade pau..dua2 suka..yg inti manis dan inti pedas..

    ReplyDelete
  5. sedapnya.. especially berintikan kacang.. haihhh.. jadi lapor pulak memalam camni

    ReplyDelete
  6. CT suka pau yg 3/4 ada inti.. tp jrg jumpa unless kalo buat sendiri kan ? slalunya org letak inti sket je hehehe..

    ReplyDelete
  7. perghhhh..sedapnya kak.. teringin juga nak buat kuih pau ni nanti. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. buatlh faarihin tumpang ada minat tu....tq

      Delete
  8. Gebunya tentu rasa dia pun sedap.

    Ramai juga yang kak zai jumpa orang yang kedekut resepi tapi sekarang semua boleh dapat melalui internet.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mudah la ni zai dh ramai yg suka berkongsi resepi di internet...tq zaitun.

      Delete
  9. Gebunya tentu rasa dia pun sedap.

    Ramai juga yang kak zai jumpa orang yang kedekut resepi tapi sekarang semua boleh dapat melalui internet.

    ReplyDelete
  10. Assalaamu'alaikum wr.wb, Kak Paridah Ishak... alhamdulillah, saya mohon untuk copy paste resepinya kak. mahu mencuba kerana anak-anak sangat suka makan pau. Terima kasih kepada Kak Paridah dan sepupunya juga kerana memberi resepi yang bermanfaat untuk semua. Setuju kak, ramai yang kedekut memberi resepi yang benar kerana bimbang rugi. Pada hal berkongsi resepi itu besar ganjarannya pada kita selama resepi pemberian kita digunakan. Salam manis dari Sarikei, Sarawak. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam dik fatimah...resepi utk dikongsi menurut pemiliknya tu...sedap ni dibuat utk santapan keluarga....tq

      Delete
  11. kak sedap kalau pau buat sendiri.. nyum nyum

    ReplyDelete
  12. akk buat then hntr kt sy bleh? hahahah

    ReplyDelete
  13. heh..heh..boleh jer tunggu ya..tq anies.

    ReplyDelete
  14. Sedapnya... boleh minta sikit tak?

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”