Saturday, 30 May 2015

JALAN-JALAN MENJEMPUT KE KENDURI KAHWIN....

ASSALAMUALAIKUM....

ADAT MENJEMPUT KE KENDURI PERKAHWINAN YANG BAKAL DIADAKAN ADALAH BUDAYA KITA SEJAK LAMA DAN BERTERUSAN HINGGA KINI. SETELAH BERTANDANG MENJEMPUT JIRAN TETANGGA, JIRAN SEKAMPUNG, SAHABAT HANDAI TENTULAH TIDAK LUPA MENGUNDANG SAUDARA MARA YANG TINGGAL BERJAUHAN.  PANJANG PULA LANGKAH YANG DI ATUR YA....

WALAU BOLEH MENJEMPUTNYA VIA MSG WHATSAPP EMAIL DAN ANEKA GAJET CANGGIH YANG MEMUDAHKAN INFO KOMUNIKASI TAPI LEBIH AFDAL BERTEMU MUKA MENGHULUR SALAM MENYAMPAIKAN UNDANGAN. ...MEREKA YANG DIKUNJUNGI PUN  BERBESAR HATI DAN TERASA DIINGATI.

MENGHADIRI KENDURI SETELAH DIJEMPUT TU WAJIB KECUALILAH JIKALAU ADA KEUZURAN YANG TIDAK DAPAT DIELAKAN.

BANYAK PULA KENDURI KAHWIN SEMPENA CUTI SEKOLAH MENJELANG RAMADAN NI YA...

PIC AKTIVITI KELUARGA EMAK SAUDARA PI  MENJEMPUT SAUDARA-MARA KE MAJLIS PERKAHWINAN ANAKNYA YANG BONGSU.










21 comments:

  1. adat yang makin dilupakan sebab dah banyak sangat cara lain kan..huhu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. TAPI BAGI YG MASIH PENTINGKAN ADAT CARA GITU MASIH DI PRAKTIKAN...TQ SALBIAH M.

      Delete
  2. Sana kahwin sini kahwin dah musim tambah pulak cuti sekolah.

    Kalau ada kelapangan memang elok datang kerumah untuk menjemput.

    ReplyDelete
    Replies
    1. BANYAK KENDURI KAHWIN MUSIM CUTI SEKOLAH NI ZAI...TQ

      Delete
  3. Menjemput sendiri buat hati susah nak mengundurkan diri. Terasa diri dihargai...

    ReplyDelete
    Replies
    1. BENAR TU KALAU DIJEMPUT CARA GITU SUSAH NK UZURKAN DIRI...TQ NIEDA.

      Delete
  4. Sekarang ni orang ramai dok update Event kat Facebook & jemput orang kat situ.
    Macam kes hantar kad hari Raya, makin lama makin pupus & diganti dgn pengiriman melalui Whatsapp & laman sosial. Bila difikir balik, betullah kak PI, keseronokannya kurang di situ..

    Pergi Jengka 4 rupanya. Saya pun orang Jengka (?) jugak.. HIHI ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. WAH G ORG JNGKA 4 YA...RAMAI KAWAN2 SAUDARA2 KAK AREA SITU J4 J5 J3 J6...PENDEKATA SELURUH JENGKA TU ADA KAITANNYA...KAK KAT UJ JER...TQ QV

      Delete
    2. TQ GEE. KITA ORG FELDA PHG YA GEE.

      Delete
  5. klu jemput kengkawan , ok je guna media sosial . tapi lu saudara mara , moleklah serahkan sendiri kad jemputan . adab dan adat kena jaga dan kekalkan ... klu tak nanti saudara mara tak nak datang ... heheheee

    ReplyDelete
  6. YELA QV KALAU JEMPUT KAWAN2 MRK FAHAM N XKISAH JEMPUTAN DGN FON SAJA TAPI KALAU DGN SAUDARA MARA NI KENA DGN ADAT DAN BUDI BAHASANYA...TQ

    ReplyDelete
  7. Orang sekarang memang guna media sosial aje bila menjemput. Tapi kalau sedara mara, ada baiknya jemput sendiri.
    P/s : walaupun kampung husband kat Temerloh, tapi belum pernah sampai kat Kumai lagi :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. BENAR TU FIDAH ADAT MENJEMPUT SAUDARA2 DGN KUNJUNGAN TU MASIH DIAMALKAN N MOGA BERTERUSAN.
      KUMAI DEKAT JER DGN TEMERLOH ..RASANYA KAK PUN BELUM SAMPAI HEH..HEH..
      TQ FIDAH.

      Delete
  8. Ramai dah tak mengamalkan tradisi beradap mcm ni kan.. syukurlah. Saudara yg dijemput pun pasti terasa dihargai sgt. Pahala pun dapat, subhanallah.. semoga silaturrahim bertambah berkat semuanya... aamiin.

    ReplyDelete
  9. ADAT YG BAIK ELOKLAH DIAMALKAN BERTERUSAN N DIKEKALKAN...DGN CARA GINI SILATURAHIM DIPERERATKAN...TQ KHIR KHALID.

    ReplyDelete
  10. musim cuti sek
    ni ramailaaaa org yang kawen.. nak standby jawapan nape CT tak kawen lagi.. yg sebok ramai hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuti sekolah mmg musim kenduri kahwin kan ct...tq.

      Delete
  11. Musim cuti sekolah memang popular sungguh dengan cerita kahwin. =)

    ReplyDelete
  12. fenomena biasa sejak lama kan faarihin...tq

    ReplyDelete
  13. musim cuti sekolah kan...sana sini org menjemput kenduri kahwin ;-)

    ReplyDelete
  14. ya anies..musim gantung periuk kata orang...tq anies.

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”