Monday, 30 March 2015

TITI HAYUN TAMBAH BERAYUN...

ASSALAMUALAIKUM...



Letaknya 3 km dari Pekan Yan atau 40 km dari Alor Setar. Dihiasi denai-denai hutan sepanjang 1km untuk menuju ke Air Terjun Puteri Mandi yang mempunyai mitosnya yang tersendiri. Antara kemudahan rekreasi yang disediakan untuk pengunjung adalah chalet, surau, gerai makanan, kawasan meletak kenderaan, pondok rehat, dewan terbuka, tandas awam, tempat persalinan dll. 

TEMPAT PERKELAHAN DI KAKI GUNUNG JERAI INI SANGAT INDAH ALAM SEMULA JADINYA. SERING DIKUNJUNGI RAMAI KERANA DI SINI TERDAPAT PELBAGAI KEMUDAHAN SEPERTI CHALET UNTUK WISATAWAN MENGINAP DAN BERLAMA-LAMA DI SINI BERAKTIVITI YANG DISUKAI.

KECERIAAN DAN KEDAMAIAN SUASANANYA TERKOCAK DENGAN BERITA YANG MENGGEMPARKAN APABILA BEBERAPA PELAJAR YANG BERKELAH DI SINI DIJANGKITI PENYAKIT KENCING TIKUS YANG DIGERUNI KERANA BOLEH MEMBAWA MAUT.
PIC GOOGLE SEKADAR HIASAN.

PI ADA JUGA MEMBACA BLOG KAWAN-KAWAN YANG MENCERITAKAN PENGALAMAN MEREKA BERCUTI DI SINI. ADA YANG TIDAK BERPUASHATI DENGAN TEMPAT PENGINAPANNYA YANG DISELENGGARA ALAKADAR SAJA, TIDAK BERSIH, TIDAK KEMAS, TERLALU BANYAK KEKURANGANNYA. ADA YANG KOMPLEN TENTANG SAMPAH SARAP YANG MENYEMAKAN PANDANGAN DI KAWASAN PERKELAHAN.

NAMPAKNYA MDY (MAJLIS DAERAH YAN) PERLU MEMBERI PEMANTAUAN YANG KHUSUS KEPADA TEMPAT INI AGAR KEINDAHANNYA LESTARI TERJAGA DIKENALI KERANA KEUNIKAN KEINDAHAN ALAM SEMULA JADINYA. BUKAN SEOLAH MENJADI SEBUAH MIMPI BURUK YANG TIDAK MAHU DIALAMI LAGI PARA PENGUNJUNGNYA..

SEBENARNYA PI BERASAL DARI DAERAH SINI. BERSEKOLAH DI SMY DAN RAMAI KAWAN-KAWAN PI YANG TINGGAL DI KAMPUNG ACEH TEMPAT PERKELAHAN TITI HAYUN TERLETAK.

KALA MUSIM BUAH-BUAHAN PELBAGAI JENIS BUAH-BUAHAN BOLEH DIPEROLEHI DARIPADA DUSUN-DUSUN BUAH-BUAHAN SEKITAR SINI. POTENSI TARIKAN PELANCONGAN MEMANG MELIMPAHKAN REZEKI KEPADA PENDUDUK KAMPUNG YANG TERLIBAT DALAM  PELBAGAI KEGIATAN YANG BERKAITAN DENGAN PELANCONGAN SEPERTI PERNIAGAAN MAKANAN DAN TEMPAT PENGINAPAN BERKUALITI PENGURUSANNYA,

SEMOGA TITI HAYUN SENTIASA BERAYUN DIJEJAKI LANGKAH-LANGKAH UNTUK MELIHAT DAN MANDI MANDA DI AIR TERJUN PUTERI MANDI YANG INDAH DIKELILINGI ALAM SEMULA JADI HUTAN RIMBA DI KAKI GUNUNG JERAI YANG JERNIH DINGIN AIRNYA, TIDAK DICEMARI KUMAN LIPTOPIROSIS/KENCING TIKUS JUSTERU KEBERSIHAN PERSEKITARANNYA TIDAK TERJAGA.

12 comments:

  1. Wah dengan air terjun
    Sepoi-sepoi Titi hayun
    pasti tetus berayun
    dibelai sejuk embun

    ReplyDelete
    Replies
    1. BENAR TU..INDAHNYA GUBAHN KATA ANISAYU...

      Delete
  2. Assalaamu'alaikum wr.wb, pemandangan air yang nyaman tentu menyegarkan minda saat ingin direhatkan. Untungnya di tempat Kak Paridah ada Titi Hayun yang indah ini. Di tempat saya, sukar mencari kawasan seperti ini kerana jauh dari suasana hutan yang menghijau rimbun. Salam manis dari Sarikei, Sarawak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. WSALAM...SARIKEI NI KWSN BANDAR KALAU JLN JAUH KE PEDALAMAN SGT BNYAK TU KALAU ADA KELAPANGAN JLN2LAH NIKMATI KEINDAHN ALAM SEKITAR KITA...TQ FATIMAH..

      Delete
  3. Nyaman pemandangan yang menenangkan hati.

    ReplyDelete
    Replies
    1. di sini kwsn perkampungan dusun buah2an lin..tq.

      Delete
  4. Pernah tahu tentang Titi Hayun nie, tapi sekali pun tak pernah pergi ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. cantik tempat perkelahn di kaki gunung jerai ni zumal.

      Delete
  5. dgn membaca blog nilah saya tahu byk benda termasuk titi hayun ni ...

    ReplyDelete
  6. heh..heh..yeke blog qv jg terbaik n bnyk info terkini...tq.

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”