Monday, 30 March 2015

PANTUN-PANTUN INDAH OTHMAN K.LEE...

Assalamualaikum...

Jom berbalas pantun bersama sdra Othman K.Lee.



BUNGA SEMARAK DI DALAM NYIRU
KAIN KERUDUNG KAIN SUTERA
YANG DICORAK WARNA KELIRU
SURAM MENDUNG MENYERAP LARA.



SEKIAN LAMA MENGANYAM RINDU
SAMBIL BERADU DI DINI MALAM
KALA BERSAMA SEDAN SEDU
KENANGAN LALU INGATAN SILAM



YANG DISERU BERIBU BATU
NAMUN MENJELMA DI DEPAN MATA
KERANA RINDU KERANA MAHU
SEKADAR MENYAPA BERTUKAR KATA.


SETIAP LANGKAH JEJAKNYA HILANG
WALAU DICARI KE MANA-MANA
MOGA ARAH TIDAK TERHALANG
KEMAHUAN DIRI PASTI TERLAKSANA.



MENTARI SENJA HAMPIR TENGGELAM
WARNA BERGANDA DI KAKI LANGIT
HATI DURJA DI BAWAH MALAM
JANJI TERTUNDA RASA TERSINGGIT.

20 comments:

  1. Berjalan kaki membawa melati
    Melihat langit berwarna biru
    Pantun pantunnya indah sekali
    Bisa membuatku menambah ilmu

    ReplyDelete
    Replies
    1. pohon merimbun di tepi kali
      tinggi amat pohon pinang
      memang pantun indah sekali
      jiwa tersemat rasa tenang...tq Achmad fazri pandai berpantun.

      Delete
  2. Assalamualaikum kak,
    Nak berpantun tak gheti...hehe..
    Tapi dulu masa kecik2 dulu selalu dengar rancangan berbalas pantun di Radio Pahang (masa tu radio 3 kuantan) kelolaan allhyarham Chuari Selamat. Seronok dengan kefasihan penjual dan pembeli pantun tersebut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam..dik ustaz...yeke..kak ikuti juga radio 3 phg ni..plbgai progrmnya yg mnarik terutama kuliah agama...sesekali gr berbls pntun jg...tq abuikhwan.

      Delete
  3. seketika berlari di tepi taman,
    mencari hati penawar lantun
    pantun ini hanya dengan berteman,
    berdatang ke sini singgah berpantun

    ReplyDelete
    Replies
    1. bersopan santun tiap ketika
      walau dimana kita berada
      kita berpantun suka-suka
      kala bersua sambil berjeda...tq acik.

      Delete
  4. wahh..ramai yg berbalas pantun disini...suka2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. relaks rasa hati dpt berpantun suka2...tq nohas.

      Delete
  5. Indahnya bahasa disusun buat kita yg membacanya terpegun walaupun kelihatannya bukan berbangsa Melayu. Makin ramai org non-melayu yg bijak berpantun..

    ReplyDelete
    Replies
    1. pantun2 karya beliau ini mmg sgt indah berseni...tq kakzakie.

      Delete
  6. Atau nama dia letak OK Lee sebenarnya tapi Othman?
    Kakak baru terperasan..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. xmengapa...sdra othman k.lee seorang penulis n sering mengambil bhgian dlm program terbitan radio Singapura...Singaporean ni..

      Delete
  7. Kadang sindiran menghidang maksud yang tersirat.
    Indahnya bahasa melayu sarat dengan berbagai kiasan, pantun bagi menyatakan peraasaan
    buah fikiran dan pandangan. Salam ceria selasa Paridah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. org Melayu kita berpantun, berkias, berbidalan dgn mksud tersirat agar lbh lunak x terlalu berterus terang lynn..tq

      Delete
  8. Seronoknya membaca pantun ni tapi kak zai tak pandai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak pun sama xpndai tapi minat dgn pantun ni...tq zaitun.

      Delete
  9. Baca pantun nie teringat kat bos zumal ada suruh buatkan pantun semalam untuk dia ^^

    ReplyDelete
  10. wah berbakat mnulis pntun juga zumal ni...tq

    ReplyDelete
  11. nk jual pantun...terkial2 lg ;-)

    ReplyDelete
  12. heh..heh..merendah diri tu...tq anies.

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”