BUAT PUERI-PUTERIKU...
Puteriku manis jangan menangis
airmatamu dibuang habis...
jangan berlagu huhuhuhu.
Sandarkan resah dan pilu
dibahuku
bahu ibumu
yang satu.
Hamburkan segenap gejolak rasa
yang melanda jiwa
yang menggugah jantung hati
hingga hampir mati.
Ibumu ini pengunsi duka yang setia
pengubat lukamu yang siaga
saban waktu saban ketika
sejak lama.
Jangan menangis lagi
aduhai puteri kesayangan ibu
sayunya menyiat rasa nyilu sukma
melihatmu berderai airmata.
Tegarkan rasa
walau apa saja
siksaan perih
membuatmu pedih
membuatmu sedih
lontarkan jauh-jauh
sekadar rasa bukan apa-apa.
Mari berganding tangan
bersama ibu yang tidak pernah kelelahan
mengejar impian seindah lukisan.
Kisah semalam
bukan penentu esok yang mendatang suram.
Allah menguji takdir-Nya
kepada hamba-hamba yang dicintai-Nya.
Bersabarlah puteri-puteriku
hikmah Allah besar untukmu
rencana tiada sempurna Allah menggendala
justeru Allah tahu
yang terbaik untukmu
puteri-puteri kesayanganku.
Karya
PARIDAH ISHAK
TAMAN SELAYANG UTAMA.
alahai sedih la pulak ni kenapa ni Idah, ada kena mengena dgn sesiapa ke? bawa bersabar ya setiap apa yg Allah berikan pasti ada hikmah nya
ReplyDeleteSEDIH YA..BERSAJAK N MEMBACANYA DGN HATI TU....TQ NOORIAH.
ReplyDeleteAssalamualaikum kak,
ReplyDeleteJangan bersedih, air mata itu mahal harganya. Bersabar dengan setiap ujian kerana disebalik ujian itu pasti ada kebaikan yang mungkin tidak mampu untuk kita tafsirkan hikmahnya. Namun, andai menangis itu mampu menggembirakan, maka menangislah...wahai puteri
WSALAM DIK USTAZ AIR MATA ITU MMG SGT BERHRGA TAPI JIKALAU HATI BERSEDIH XBT
DeleteXTERDAYA MENAHNNYA DRPD JATUH DI PIPI..HUHUHU...TQ
Indahnya puisi tu Kak Paridah.
ReplyDeleteHingga ke akhir hayat, seorang Ibu, tidak akan sekali kali melepaskan pegangan tangan anaknya. Bahu ibu menjadi tempat bersandar dan hati ibu jugalah yang akan turut merasa segala kepedihan.
YALAH FIDAH IBU ITU TEMAN SETIA ANAK2NYA HINGGA AKHIR HAYATNYA...TQ FIDAH.
DeleteSetiap apa yang berlaku itu ada hikmahnya.
ReplyDeleteSemoga puteri-puteri itu sentiasa tabah menghadapi segal dugaan yang mendatang.
BENAR TU MOGA TABAH HADAPI UJIAN ALLAH..TQ FAARIHIN
ReplyDeletesetiap dugaan itu mendewasa dan mematangkan... kesedihan pasti ada di antaranya...tapi usah diratapi dan dikesali selamanya
ReplyDeleteBENAR TU SESUATU YG BERLAKU DGN IZIN-NYA BERSABAR BANYAK2...TQ ANIES.
ReplyDelete