Sunday, 22 March 2015

BIHUN SIAM CILI PADI...

ASSALAMUALAIKUM...

SESEKALI MENGGORENG BIHUN STYLE SIAM PULA MENGGUNAKAN CILI PADI YANG PEDAS TU. KALAU TIDAK MAHU GANAKAN CILI PADI TUKARLAH DENGAN CILI KERING DUA TIGA TANGKAI SAJA...TIDAKLAH TERLALU MENYENGAT KEPEDASANNYA. SELAMAT MEMASAK DENGAN PENUH RASA CINTA UNTUK KELUARGA KERANA ALLAH....


BIHUN SIAM CILI PADI.


Bahan-Bahan:
300gm bihun - direndam lebih kurang 1/2 - 1 jam
2 labu bawang besar - dikisar
4 ulas bawang putih - dikisar
15 batang cili padi-dikisar (kalau nak lebih pedas sila tambah cili padi)
3 sudu makan udang kering (rendam sebentar) - dikisar
15 ekor udang sederhana besar - dibuang misai dan ekornya yang tajam cuci bersih dan toskan
2 pohon sawi - dipotong
1 batang lobak merah di hiris batang mancis
1 sudu makan serbuk ayam pasti sedap knorr
3 sudu makan sos tiram
1 sudu makan gula
garam (ikut rasa)
1- 1 1/2 cawan air
sedikit minyak untuk menumis
Cara:
1. Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bahan yang diblend bawang, cili padi, udang kering hingga agak garing dan berbau wangi, masukkan air, bahan2 perasa, biarkan mendidih sebentar

2. Bila dah mendidih masukkan lobak merah serta batang sawi, masukkan bihun dan balikkan hingga rata, rasakan kesesuaian rasa garam kalau kurang tambah, masukkan sawi, balik-balikkan hingga bihun agak kering dan boleh matikan api.
3. Hidangkan dengan hiaskan bersama bawang goreng dan daun bawang/sup hiris dan tomato hiris.
.



RSEPI LIKE PAGE MEE N PASTA FB.

10 comments:

  1. wahh..sedapnya..besar2 udangnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. letak udang besar bnyk2 baru sdp bihunnya....tq nohas.

      Delete
  2. baru tahu slalu bihun putih letak lada hitam.. guna cili api je pun boleh rupanya.. aduhaii..

    ReplyDelete
  3. Kalau saya... lagi pedas lagi sedap!

    ReplyDelete
  4. yeke...selera muda tu..kak ni lidah dh nipis..pedas dh xberkenan...tq BM.

    ReplyDelete
  5. Sedap ni Kak Paridah..Rasanya mesti mabeles
    Kalau saya...lebih suka letak sayur banyak2

    ReplyDelete
  6. ada yg suka mkn mi r mihun sayurmayurnya diketepikn...tapi kak suka sayur mcm fidah...tq fidah.

    ReplyDelete
  7. 15 biji cili padi? memang pedas berdesing ni kak

    ReplyDelete
  8. pedas sgt tu ya...kurangkn jumlhnya...tq Jm.

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”