Saturday, 10 January 2015

PANTUN SELOKA SENYUMLAH SENYUM...

ASSALAMUALAIKUM...


PANTUN SELOKA
SENYUMLAH SENYUM....PAK ENGKU.
SENYUMLAH SENYUM SEMANIS MADU
AGAR TERUBAT HATI YANG PILU
SENYUMAN TERLUKIS GAMBARAN PERASAAN
HATI YANG RIANG JUGA JIWA YANG RAWAN.
Displaying IMG-20150108-WA0001.jpg
SENYUMAN ADA BERBAGAI RUPA
MENGIKUT KEADAAN DIITU KETIKA
BAYANGAN PERASAAN KERANA GEMBIRA
BEGITU JUGA SEWAKTU BERDUKACITA.
SENYUM YANG PALING MENARIK SEKALI
SENYUM MANIS YANG KITA BERI
MENAMPAKKAN KEJELITAAN YANG EMPUNYA DIRI
WAJAH KELIHATAN TAMBAH BERSERI.
SENYUM KAMBING DAN SENYUM SINIS
MENGEJEK MENYINDIR TAK HABIS-HABIS
IA IBARAT SEPERTI KUDIS
BANYAK HATI KAN LUKA TERGURIS.
SENYUM KUCING SENYUM BAHAYA
IA MENGANDUNGI MUSLIHAT SEGALA
BERHATI-HATILAH BERHUBAYA-HUBAYA
SUPAYA DIRI TIDAK TERPEDAYA.
KETIKA MARAH SENYUM DIUKIRKAN
SENYUM KANYUR IA DINAMAKAN
IA DIBUAT SEAKAN-AKAN
SUPAYA TAK TERLIHAT API KEMARAHAN.
SENYUM SUMBING PUN ADA JUGA
SAMA SEERTI SENYUM SERONG-SERONG BAHASA
IA SENYUMAN YANG SEDIKIT SAHAJA
TIADA MEMBAWA APA-APA MAKNA.
SENYUM RAJA TERDAPAT SAMA
SENYUM JUGA DIBUAT SENGAJA
TIADA MENGANDUNGI APA-APA MAKNA
TAK LEBIH SEPERTI SENYUM PURA-PURA.
SATU LAGI SENYUMAN MESRA
TERUKIR SEMASA BERTENTANG MATA
KEIKHLASAN DI HATI DI WAJAH TERTERA
SIAPA MELIHAT TERASA BAHAGIA.
TERSENYUM SIMPUL ADALAH TANDA
IA MENUNJUKKAN HATI YANG GEMBIRA
MUNGKIN JUGA GELI HATI YANG TAK TERKIRA
BOLEH MEMBUATKAN DIRI TERTAWA.
DIKALA BERDUKACITA TERSENYUM HAMBAR
BIASA DISEBUT SENYUMAN TAWAR
WALAU DI WAJAH SENYUM DILAKAR
HENDAK DISURUKKAN SEDIH MEMANGLAH SUKAR.
SENYUMAN DIPANDANG PALING INDAH
LAHIR DARI BIBIR BAK DELIMA MEREKAH
DIPANDANG IA TAK SUDAH-SUDAH
HATI BERDEBAR RESAH GELISAH.
SENYUMAN JUGA ADALAH UBAT
HATI YANG SAKIT DAPAT DIRAWAT
BEGITU JUGA SENYUM MEMIKAT
DI DALAM JIWA CINTA TERPAHAT.
MEMANG BENAR APA DILUAH
SENYUMAN ITU ADALAH SEDEKAH
BUAT PELERAI HATI YANG GUNDAH
PERKARA YANG MEMANG DISUKAI ALLAH.
ADA JUGA SENYUMAN HANYA DI LUARAN
TETAPI HATI MENANGIS DI DALAM
ITULAH NAMANYA SENYUM DALAM TANGISAN
PERKARA YANG BIASA TAK PERLU DIHAIRANKAN.
JADI, SENYUMLAH SENYUM SETIAP HARI
WALAU KEPADA DIRI SENDIRI
KENANGKAN SEGALA YANG INDAH YANG KITA LALUI
BUANGKAN SEMUA YANG MENGGURIS HATI.
IKHLAS DARI: PAK ENGKU
SEKIAN TAMMATUL AL KALAM.

15 comments:

  1. Assalamualaikum kak.
    Wah, pantun mengenai senyuman.Sedekah yang tidak perlu mengeluarkan belanja iaitu senyuman. Oleh itu, jom kita semua berikan senyuman yang berkualiti.

    **Sedikit pembetulan: TAMMATUL AL KALAM, dalam kaedah nahu sepatutnya ditulis TAMMATUL KALAM @ TAMMAT AL-KALAM...tq

    ReplyDelete
  2. wsalam dik ustaz...ok jom senyum sokmo weh...tq komennya nanti Pak Engku ambil perhatianl tu sbb nahu bahasa arab ni lain sikit.

    ReplyDelete
  3. Salam kenal dari Che Mid..masuk sini dari blog kak Zaitun. Sudi-sudikan jenguk saya ya..senyum!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. SALAM KENAL CHE MID...KAK DH SINGGAH BLOG CHE MID...TQ

      Delete
  4. akak dtg kesini dengan senyuman...

    ReplyDelete
  5. Smile ^_^
    jom singgah ke blog saya

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ PENGHUNI 80 ...DH SINGGAH BLOGMU DGN SMILE...TQ

      Delete
  6. semuanya sedap pantun..menarik juga kan buat entry pantun boleh tersenyum tau...)

    ReplyDelete
    Replies
    1. YEKE...PANTUN2 TENTANG SENYUMAN BUAT KITA TERSENYUM...TQ CIKGU.

      Delete
  7. garfik dekat blog ni..mantap juga rasanya sebab update selalu..cuma tuan blog tak nak cerita ja..tahnia ya..kena senyum ya blog trafik mantap

    ReplyDelete
  8. YEKE..BIASA2 SAJA CIKGU...UPDATE SATU N3 SARI JER KALAU RAJIN 2 N3. TRFAFIK AKHIR2 NI MENURUN JUGA ...NTAHLAH SUKAR JUGA NK UPDATE BLOG DGN N3 YG DISUKAI VIEWS...TQ CIKGU ETUZA.

    ReplyDelete
  9. Datang jumpa akak bersama senyuman manis... Sedekah sikit jer :)

    ReplyDelete
  10. senyuman manis menyegar jiwa...tq DIK BM.

    ReplyDelete
  11. Burung kenari terbang kembara
    Berhenti singgah di Kota Melaka
    Senyum sendiri tanda gembira
    Membaca pantun indah belaka

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”