Thursday, 13 November 2014

HIMPUNAN PETUA DULU-DULU...

ASSALAMUALAIKUM....




Himpunan Pantang Larang Orang Melayu Beserta Maksudnya

Kita dibesarkan dengan bermacam-macam adat dan pantang-larang. Mari kita berkongsi pantang larang orang tua-tua dahulu bersama dengan sebab dan apa sebenarnya di sebalik alasanya. Antaranya adalah:~

Tidak boleh lalu bawah kain jemuran
kerana - nanti pening kepala @ sakit kepala sebenarnya - takut kain jumuran jatuh. satu hal nak cuci semula.

Tidak boleh makan berpindah tempat
kerana - takut kahwin ramai, sebenarnya - dah satu tempat makan bersepah, takut sepah tampat lain pulak.

Anak gadis tidak boleh duduk di tangga rumah
kerana - takut lambat jodoh, sebenarnya - payah nak lalu lalang

Tidak boleh meniarap sambil lipatkan kaki ke atas
kerana - takut ayah@ibu meninggal, sebenarnya - akan sakit dada dan kaki menjadi kebas

Anak gadis tidak boleh menyanyi sewaktu memasak
kerana - akan dapat suami tua, sebenarnya - takut masakan hangus @ tak sedap

Lepas makan curah sedikit air minum dlm pinggan
kononnya supaya tak kering rezeki, sebenarnya nak basuh pinggan nanti senang

Tak boleh bertindih pinggan masa makan
- takut kahwin ramai. padahal susah nak cuci banyak pinggan

Bakal pengantin tak boleh berjumpa dalam seminggu sebelum kahwin
- nanti pendek jodoh. walhal nak menambahkan kerinduan antara pasangan pengantin.

Masuk dalam rumah sewaktu senja
- nanti disorok hantu. Sebenarnya waktu solat maghrib singkat. Takut x sempat.

Jangan bersiul waktu malam
- takut ular masuk rumah. Sebenarnya suara siul sumbang. Janggu orang nak tido

Jangan bukak payung dalam rumah nanti ular masuk rumah
- padahal taknak membahayakan orang dalam rumah takut tercucuk payung

Pantang larang orang tua-tua bila membuat tapai :
Masa nak bungkus, x leh bising - takut x masak
Masa nak bungkus, x leh laki ada dirumah - takut x manis dan berair
Wanita datang bulan x leh bungkus - nanti tapai jadi merah.
Masa nak bungkus, muka kena senyum - baru tapai jadi manis

Jika hendak memulakan perjalanan jauh, jangan pusing balik jika tertinggal barang
- nanti akan mendapat musibah dalam perjalanan.

Jangan memukul, mendera atau mencederakan mana-mana binatang, dikhuatiri anak yang bakal lahir mengalami kecacatan
- Bagi mengelakkan penganiayaan kepada haiwan.

Kalau pakai inai,jgn bagi ayam nampak..
kerana - x merah la inai..

Jangan mencaci atau menceritakan kecacatan, dikhuatiri anak yang bakal lahir juga akan cacat.
-Agar menjaga pertuturan agar tidak melukakan hati orang lain.

Jangan bergaduh dengan ibu mentua, dikhuatiri mengalami kesulitan ketika melahirkan anak
-Bagi menjaga kenteteraman keluarga, terutamanya apabila tinggal bersama mertua selepas melahirkan anak.

Jangan melihat gerhana, dikhuatiri anak mendapat tompok hitam atau bermata juling.
-Melihat matahari sewaktu gerhana mampu menyebabkan mata menjadi buta.

Ibu hamil tidak boleh melintas bawah ampaian, nanti anak gagap.
-Disebabkan penyidai biasa rendah, dikhuatiri ibu hamil akan tersendung dan jatuh, dan boleh membahayakan kandungan

Dilarang (orang lelaki) kencing atas busut, dikatakan buruk kemaluan
-Untuk mengelakkan lelaki berkenaan ditegur makhluk halus ataupun penunggu busut berkenaan

Jangan duduk di atas bantal kerana dipercayai boleh naik bisul
- Supaya menjaga bantal daripada dipecah atau dikoyak, dan tidak sopan kalau perkakas yang digunakan untuk melapik kepala diletakkan di bawah punggung

Jangan bergendang dalam rumah, nanti harta habis dicuri oleh orang
- Larangan ini untuk mengelakkan bising di rumah, tambahan lagi bergendang (dengan mengetuk lantai rumah yang dibuat dari papan) boleh merosakkan barang-barang yang bergantung di dinding yang boleh jatuh dan pecah.

Jangan menjahit pada waktu senja, nanti mata engkau akan buta
- (a) Untuk menjaga kesihatan mata supaya tidak menjadi kabur dan rosak
(b) mengelakkan jarum daripada tercucuk tangan

Orang lelaki baru berkhatan tak boleh pijak tahi ayam nanti anunya x keputihan. -
- sebenarnya tak bagi budak tu jalan jalan kat luar rumah. Bila jalan, lambat sembuh. Takut terbuka bahagian
yang di potong tu

Jangan keluar dengan pasangan selama 40 hari sebelum diijabkabul.
- Untuk mengelak berlaku tohmahan masyarakat. Selain itu, ia bertujuan untuk mengawal nafsu. Ia juga untuk menimbulkan perasaan rindu dendam. Perasaan yang timbul akan membuatkan wajah pengantin lebih berseri.

Jangan tidur di rumah orang lain takut terkena ilmu.
- Ia juga untuk menjaga nama baik keluarga.

Jangan membuang air kecil dan air besar serentak di dalam air contohnya dalam sungai, kolah kerana ia boleh melemahkan organ seks.
- Terdapat hadis dalam perkara ini.


like page petua dan resepi fb.

16 comments:

  1. kak,

    tp semua nie dah hilangkan kak? anak2 pon tak tau dah petua nenek moyang nie:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. benar tu amiiza mak-mak masakini pun xberapatau pantang larang lama ni..tq

      Delete
  2. dah lama tak dengar petua2 ni..mengimbau kenangan waktu kecil dulu..thanks for sharing..

    ReplyDelete
    Replies
    1. saja2 hendak memperingatinya ...generasi baru ramai yg xtau...tq nohas.

      Delete
  3. dibalik petuah itu pasti terdapat nasihat yang bermaksud kepada kebaikan ya...hampir sama petuah2 dan pantangan2nya dengan di daerah saya :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita kan serumpun jadi petua2 lama kita pun serupa...semuanya demi kebaikan....tq Jery Yanuarlan...

      Delete
  4. bab meniarap tu , saya senyum sendirian sbb saya sedang meniarap menghadap lappy di atas tilam ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. he..heh...lupa bab pantang larang ya...tq qv

      Delete
  5. Pasal nyanyi masa masak tu takut masakan masuk perisa tambahan ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. terlebih perisa rosak rasa kan....tq zumal...

      Delete
  6. Salam kenal! Saya dari team Kumpulbagi.
    Jika Anda mau share dan download files dengan gampang kunjungi page kami di: www.kumpulbagi.com
    Semuanya gratis, cepat dan tanpa limitasi. Anda bisa upload sebanyak files (audio, video, pdf, jpg, dll.), membuat koleksi berkas dan bagikan dengan lainya.
    Coba servis kami tanpa registrasi:)

    ReplyDelete
  7. tq Ania..bila2 akan singgah...

    ReplyDelete
  8. Mmg byk tu, PI..semua penah SB dengar masa kecik2 dulu.

    ReplyDelete
  9. yeke tahu juga yer...tq sue bee.

    ReplyDelete
  10. saya suka peribahasa.. sekarang tengah asah lagi nak menulis guna peribahasa sepenuhnya.. ^_^

    ReplyDelete
  11. sayangnya pantang larang ni banyak yg orang dah tak ikut... baik orang tua apatah lagi orang muda... bila dah jadi sesuatu baru lah nak salah kan orang lain...

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”