Wednesday, 24 September 2014

Syair Pahang indah..

Syair Pahang Darulmakmur negeriku...

1. Inderapura asal namanya, laut, sungai, jeram, mengairinya, bukit dan gunung menunjanginya, Pahang nan indah makmur darulnya.

2. Mulakan wisata jelajahinya, ke ibu negeri kita bermula, Kuantan berpusat tadbir dan niaga, Telok Cempedak pantai rekreasinya.


3. Sungai Pahang tenang mengalir, ke Pekan pula kita menghilir, bandar diraja elok ditadbir, sultan dan rakyat tidak bertabir.
4. Persisir laut sempadan Johor
ikan layarnya terbang masyhur,
udang galahnya sepit menjulur,
sawah padi di Rompin subur.

5. Muazam dulu hutan dara,
khazanah bernilai dimana ketara,
di dalam buminya permata tiara,
tasik Cininya naga berbicara.
6. Jalan lama kita lalui,
rimba dan paya kita lepasi,
bandar Maran kita singgahi,
ayam kampungnya enak sekali.

7. Ke Temerloh sudah tak jauh,
pekan sarinya di tepi lebuh,
segala jualan banyak ditaruh,
ikan patinnya amat jenuh.

8. Jalan-jalan pula ke Triang,
dalam hati berlagu riang,
indahnya tebing sungai Pahang,
tasik Bera melaut ruang.

9. walau selesa walau suka,
terasa hati hendak ke Jengka,
gunung Senyum menghapus duka,
wilayah felda di sini juga.
10. Jalan berbelok bak ular dipalu,
lebuhraya belum lalu,
bandar Jerantut agak ke hulu
ke taman negara teruja selalu.
11. Kuala Tahan jeram menderam,
berhati bersampan takut karam,
kiri kanan memandang tergamam,
flora dan fauna di taman alam.
12. Ke Kuala Lipis membawa diri,
di sinilah dulu kota negeri,
sejarah Pahang tertulis terpetri,
bandarnya maju rakyat bestari.
13. Emas diremas membuat lemas,
namun dilombong dengan kemas,
kayanya Raub tanah beremas,
makmur Pahang warganya ikhlas.

14. Bandar Bentong di penghujung,
bertali arus yg mengunjung,
bertanah tinggi dan bergunung,
Lata Lentang antara tersanjung.
15. Banyaknya bunga pelbagai warna,
strawberi, sayur mayur segar sempurna,
ladang tehnya meluas saujana,
Cameron Highland dinginnya suasana.

16. Indahnya Pahang tanah negeriku,
tinggalan moyang warisan teraku,
Ilahi suratkannya berlaku,
aman sentosa doa periku.




Semua pic google untuk hiasan...

26 comments:

  1. dah banyak kali ke Pahang..tp Cameron Highlands ja la..Kuantan baru sekali..

    ReplyDelete
    Replies
    1. SETIAP DAERAH DI PAHANG ADA KEISTIMEWAANNYA..TQ KHAMSIAH.

      Delete
  2. lama sangat tak pergi telok cempedak/cherating :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. cherating n telok chempedak semakin indah AMIZAA...TQ

      Delete
  3. assalamualaikum kak,
    hmm..syair negeri pahang. indahnya bait-bait, fotonya pun cantik-cantik. tapi yang paling best sangat2 ialah...kawan jati anak pahang, bangga-bangga...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam dik abuikhwan..terima kasih...anak pahang mesti berbangga dengan negerinya.

      Delete
  4. best syair ni... indah sungguh

    teringat baru balik dari terengganu ke johor...teringat lalu pekan2 di Pahang

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih...rokiah abdul hamid..kalau lalu daerah di pahang ni memang nyaman pandangannya.

      Delete
  5. Indah syairnya. Kalau dapat dengar orang yang bersyair ni mesti lagi indah bunyinya. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. merdu sekali kalau dengar rahimah simen bersyair di radio singapura suatu ketika dulu...tq Faarihin.

      Delete
  6. Darultakzim tumpah darahku
    Danga Bay-Lido lama bersatu
    Johor indah, makmur dan maju
    penduduknya hidup bersatu-padu

    ps: tak mahu kalah nak kenalkan Johor juga pada PI hihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah pandai kakzakie bersyair..
      darultakzim nama negeri,
      indah sekali tiada terperi,
      negeri termaju ekonomi lestari
      justeru rakyatnya tegar berdikari...kak dah lama juga tak ke Johor.

      Delete
  7. kalau pahang baru sampai genting.
    tapi kalo pahang dah banyak kali berulang alik..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada beza pahang di genting tu ya...dgn pahang yg selalu ulangalik tu...tq Nick Nashram

      Delete
  8. dari kampung untuk mengenali
    ke bandar di jelajahi
    ada blog saling mengunjungi
    berkawan tak kira negeri heee :)

    lama dah tak ke pahang last ke kuala gandah ja...

    ReplyDelete
  9. ke kuala gandah menunggang gajah ke heh..heh...tq babYpose....pandai juga bersyair ya.

    ReplyDelete
  10. PEKAN MMG BEST...TQ ACIK AKU PENGHIBUR.

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”