Tuesday, 23 September 2014

SIAPA PAK ENGKU?

ASSALAMUALAIKUM...

SIAPA PAK ENGKU? ITULAH PERTANYAAN MUHAMMAD KHAIRUDIN LIM BLOGGER
http://kakitravelkhairuddin.blogspot.com/ KEPADA PI. DAN PI TERPAKSALAH MERISIK TANYA KEPADA PAK ENGKU RAKAN FB PI YANG SERING PI MUAT NAIK KARYA-KARYA PANTUN PERBIDALANNYA YANG UNIK BERSENI.

INILAH PROFILE DIRI PAK ENGKU.


  • Profile Saya....... Nama Penuh: Kamaruzzaman Osman Umur: 66 tahun Lahir: Pukul 12 t/hari, Hari Jumaat, 11 April 1948. Tempat Lahir: Kg Kuala Sawah, Rantau. N.S. Dari umor 6 tahun menetap bersama keluarga (ayah, ibu dan adik beradik di Kg Pantai, Seremban Rumah tua masih ada di kampung itu. Pekerjaan: Pesara guru (Bersara pada tahun 2004) Guru Biasa di Sekolah Rendah. Pengalaman Jadi Guru: 34 Tahun - Dari tahun 1970 - 2004 Pendidikan: 1954 - 1957 : Sekolah Kebangsaan Pantai, Seremban. N.S. (Sekolah Melayu) Darjah 1 hingga Darjah 4.

    1958 - 1960 : King George V (Primary) School, Seremban. N.S. (Sekolah Inggeris) Special Malay Class 1, Special Malay Class 2 and Standard 6. 1960 - 1965 King George V (Secondary) School, Seremban. N.S (sekolah Inggeris) Form 1 to Form 5. 1967 - 1999: Maktab Perguruan (Pusat Latihan Harian), Seremban . . Beristeri. Anak 4 orang. 2 lelaki dan 2 perempuan. Anak lelaki (anak nombor 3) meninggal pada tahun 2006 ketika berusia 26 tahun dan masih bujang.

  • Pak Engku
    Pak Engku Lupa pula:: Moyang sebelah ayah berketurunan Raja dari tanah Minangkabau. Moyang saya bernama Raja Ibrahim. Tapi datuk dan adik beradiknya hilangkan title Raja itu kerana takutkan pihak British pada suatu masa dahulu. Sampai kubur pun diwasiatkan oleh adik beradik datuk dan moyang saya supaya tidak dibubuh nama pada batu nesan mereka. Begitulah ceritanya. Kerana saya berketurunan Raja maka saya gunakan gelaran Pak Engku.tu. Ini ceita sejarah yang sahih. Ada alat2 kebesarannya berserta cap mohornya sekali yg diiktiraf oleh Mufti Negeri sembilan sebagai benar dan sah.


    Sekarang menetap di Taman Matahari Heights, Senawang. N.S.
  • Hobi: Suka Menyanyi, Mengarang Pantun, Syair, Sajak dan Bercorat-coret di FB.

  • BUKAN SEBARANGAN ORANG PAK ENGKU KITA NI..
  • CORAT CORET PAK ENGKU..

    PANTUN-PANTUN PERBIDALAN PAK ENGKU

    SEDARI PAGI MENGANYAM ROMBONG,
    KELARAI LONGGAR BUAT SAMBILAN;
    BERCAKAP TINGGI BEGITU SOMBONG,
    BAGAI TAGAR DI PULAU SEMBILAN.

    Perbidalan: Bagai tagar di Pulau Sembilan.
    Maksudnya:Percakapan yang terlalu tinggi dan sombong.

    BUANG KE LEMBAH SI UBI GANYUT,
    LEMBAH MENGHALA SAWAH SEJENJANG;
    SELANGKAN BAH KAPAR TAK HANYUT,
    INIKAN PULA KEMARAU PANJANG.

    Perbidalan; Selangkan bah kapar tak hanyut, inikan pula kemarau panjang.
    Maksudnya::Sedangkan semasa ada pencarian tidak sampai sesuatu maksud
    (yang dihajati) apalagi sewaktu tida berpencarian.
    ('Selangkan' sama maksudnya dengan 'Sedangkan'.)

    POKOK SEMBUNG TUMBUH DI LATAH,
    AKAR BERSAUR BANYAK GUNANYA;
    SEMASA REBUNG TIDAK DIPATAH,
    DAH JADI AUR APA GUNANYA.

    Perbidalan: Tatkala lagi rebung tidak dipatah, ketika sudah jadi aur apa
    gunanya.
    Maksudnya: Mengajar seseorang itu hendaklah ketika ia masih kecil, kalau
    sudah besar tidak akan berhasil lagi.
    ('Latah' adalah Sampah (daun dll) yang di bawah tumbuh-tumbuhan (di hutan dll).

    HANYUT TERAPUNG SI DAHAN KASAP,
    DAHAN YANG MATI MENIMPA PERAHU;
    TERBAKAR KAMPUNG KELIHATAN ASAP;
    TERBAKAR HATI SIAPA YANG TAHU.

    Perbidalan: Terbakar kampung kelihatan asap, terbakar hati siapa tahu.
    Maksudnya: Kesusahan sseorang jarang dipedulikan oleh orang lain kerana
    tidak kelihatan olehnya.

    IKAN SELIGI SI IKAN TALANG,
    DIBELI NYONYA BARANG SEKATI;
    AKAN MENGAJI SURATLAH HILANG,
    AKAN BERTANYA GURULAH MATI.

    Perbidalan: Akan mengaji suratlah hilang, akan bertanya gurulah mati.
    Maksudnya: Keadaan sulit yang tiada dapat diselesaikan lagi kerana
    punca untuk menyelesaikannya sudah tidak ada lagi

    TERBANG KE PANGKIN SI BURUNG PERLING,
    BURUNG SEKENDI DI DAHAN MERLIMAU,
    MANAKAN MUNGKIN ANAKNYA KAMBING,
    BOLEH MENJADI ANAK HARIMAU.

    Perbidalan: Anak kambing tak akan jadi anak harimau.
    Maksudnya: Orang yang pengecut atau bodoh tidak akan menjadi orang
    yang berani atau pandai.

    DI ATAS LANGKAN DUDUK MENCUPAK,
    DITUAI AKAN PADI YANG RUNDUK;
    JIKA DIIRINGKAN DIA MENYEPAK,
    DIKEMUDIANKAN DIA MENANDUK.

    Perbidalan: Diiringkan menyepak, dikemudiankan menanduk.
    Maksudnya: Perihal sesuatu yang serba menyusahkan atau serba salah.

    SEKIAN. TAMMATUL AL KALAM.

20 comments:

  1. sesepuh nya orang malaysia nih yah .... :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. sesepuhnya? apa maksudnya tu ...kak yg xfaham...tq Fiu .S

      Delete
  2. ikut nyimak aja mbak soalnya gak paham hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih walau menyimak saja...tq Abdul Kholik Hasan.

      Delete
  3. hebat pantun pantunnya ... kagum ^_^

    ReplyDelete
  4. pantun2 perbidalan berbeza drpd pantun biasa perlu arif n lbh teliti mampu menciptanya...tq acik Aku Penghibur.

    ReplyDelete
  5. Begitu yer sàlasilah insan bergelar Pak Engku ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. salahsilah n susur galur keturunan pak engku yg ada nilai sejarahnya...tq zumal

      Delete
  6. assalams saya tertarik dengan profile pak engku & arwah moyang yg berkurunan raja. Mesti banyak sejarah disebalik nama 'raja' - moyang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam...kak rasa pun begitu citer moyang nya yg berkuturunan raja minangkabau yg terpaksa disembunyikan identiinya kerana bimbangkan tindakan British ada nilai sejarahnya...tq AMIIZA.

      Delete
  7. Seorang sasterawan yg punya bakat dan menghasilkan hasil seni satera yg indah dan bernilai tinggi! Tabik Pak Engku!

    ReplyDelete
  8. Pak Engku ni sasterawan yg xpernah menonjolkan dirinya dlm media massa.. kini sedang berusaha untuk menerbitkan buku pantun2 perbidalan lama. Pak Engku ada pelawa kak join usaha beliau tapi kak ni xreti bab2 pantun perbidalan ni heh...heh..tq BM

    ReplyDelete
  9. Singgah jenguk ari ni bila ada masa sikit. Tq terus support KA yer. Tq berkongsi infor sama yer kak, baru kenal pak engku lebih dlm

    ReplyDelete
    Replies
    1. sudah ada masa bw ya...baguslah urusannya yg bz dh semakin usai...insya Allah kak sentiasa akn support spt KA yg xjemu support kak sejak lama...selamat kenali pak engku...tq Kesuma Angsana.

      Delete
  10. Sebaiknya semua pantan dan hasil karyanya dibukukan atau dijilidkan buat tatapan ramai.
    Hargai selagi hayatnya ada bukan bila dah tak ada baru tercari-cari
    Kakak suka karyanya sangat indah.

    ReplyDelete
  11. benar tu susah kita nk temui penulis yg benar2 mahir tentang pantun2 perbidalan lama spt Pak Engku ni n beliau juga sdg berusha mengumpul semua karyanya untuk dibukukan....tq kakzakie.

    ReplyDelete
  12. yang pasti beliau mmg pencinta sastera...

    ReplyDelete
    Replies
    1. benar tu pencinta sastera lama budaya kita...tq anies.

      Delete
  13. Kagum jugak dgn Pak Engku..bkn sebarangan org tu

    ReplyDelete
  14. ya beliau mmg seseorang yg mahir pula dgn ilmu sasteranya...tq Sue Bee

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”