Monday, 5 May 2014

KASIH ABADI BAWA KE SYURGA..

ASSALAMUALAIKUM..
CORAT CORET PAK ENGKU..

Ini secebis dari kisah hidup den disuatu waktu yang sudah lama berlalu.
Waktu itu den bujang trang tang-tang. Waktu selepas kematian bakal 
tunang yang amat den sayang dan cintai itu. Kami diwaktu itu sama- 
sama belajar dalam satu unit di maktab perguruan.

Selepas dua tahun kematiannya den telah jatuh cinta dengan seorang
gadis. Berkulit hitam manis dan berambut keriting. Bentuk badannya
comel lote. Kebetulan gadis ayu ini adalah adik kepada kakak ipar den.
Orang Kg Simpang Tiga, Parit Buntar, Nibong Tebal.

Setelah hampir setahun bercinta dan memadu kasih, kami berjanji untuk
berkahwin dan hidup bersama. Sewaktu sakan bercinta tu, den, setiap dua
minggu sekali akan pergi ke tempat tinggalnya. Di Canning Garden, Ipoh.
Dan dia pada waktu itu bekerja sebagai Telephone Operator di Jabatan Telekom,
Ipoh.

Nak dijadikan cerita, omak den dah tercium bau akan hubungan
den dengan gadis ini. Pada suatu malam, sewaktu den dan omak den duduk
di meja makan berdua, omak den telah bertanya kek den, "Botul ko kau nak
kahwin dongan pompuan tu?" 


Den diam tak menjawab sepatah pun apa yang omak den tanya tu. Lalu dia
menyambung, "Tak dibuek orang doh, monghabihkan sorai sorumpun.
Ado banyak betino lain lagi!"
Den terus menyepi lagi. Tanpa berkata apa-apa. Den hanya tertunduk bisu.
Lalu omak den berkata lagi, "Kalau kau kahwin dengan betina tu, kekal
bahagia hidup kau, nanti kalau omak dah mati, kau koncingkan kubo (kubur)
omak!"

Berdesing telinga den mendengar kata-kata yang terakhir dari omak den tu.
Ia bagaikan halilintar yang membelah bumi berbunyi! Den terus memandang
tepat ke muka omak den. Dengan spontan dan pantas den menjawab," (Jawapannya akan den beri nanti selepas kawan-kawn memberi pandangan dan pendapat masing-masing).

Kalau kawan-kawan berada di kasut den, berada di dalam situasi yang den
ceritakan tadi,,, Apakah tindakan dan keputusan yang akan kawan-kawan ambil?
Adakah ianya sama dengan keputusan yang den telah buat pada ketika itu?
Sama-sama den nak lihat!


Den nak sambung balik cerita den yang semalam. Tentang cinta dan hasrat den
yang terhalang disobabkan tak direstui oleh omak den..
Sebaik habis omak den bercakap begitu, den terus berkata, "Baiklah mak,
kalau dah macam tu cakap omak, saya dah buat keputusan, mulai saat dan
detik ini saya akan putuskan hubungan dan lupakan perempuan itu. Tetapi
saya mintak omak jangan paksa-paksa saya kahwin atau carikan pasangan
untuk saya berkahwin. Biarlah jodoh saya datang sendiri."
Omak den diam tanpa berkata apa-apa. Den bangun dari tempat duduk di meja
makan itu dan terus keluar. Den betul nekad untuk memutuskan hubungan
dan melupakan kekasih hati den tu. Dan mulai detik itu den tiada lagi berhubungan
dengan dia. Berpuluh-puluh surat yang dia hantar kek den den tak jawab pun.
Den tak balas pun. Lepas habis baca, surat-suratnya itu den bakar. Hampir setahun begitu, akhirnya dia tidak lagi mengutus surat kek den lagi.
Ada beberapa sebab kenapa den membuat keputusan yang amat drastik tu.
Pertama kerana den teramat sayang kat omak den. Den juga tahu omak den amat menyayangi den. Yang keduo, den tak hendak jadi anak yang derhaka dengan
melawan kata atau nasihat omak den tu. Sebab yang lain ialah kata-katanya yang terakhir itu, " Kalau kau kahwin dengan betina tu, kekal bahagia hidup kau,
nanti kalau omak mati, kau koncingkan kubor omak!"

Inilah kata-katanya yang tak dapat den telan. Den tak tergamak melawan cakapnya yang macam itu. Den jadi teramat takut! Kerana den tahu, cakap omak itu
adalah satu doa juga!
Memang selepas itu lama juga, omak den tak nak tanyo den tontang mencari pasangan hidup ni. Namun ada juga sekali omak den terlepas cakap tanya den,

"Kau nak tak kahwin dongan Ano anak Tuan Kadi tu?" Nama gadis montok putih
gebu itu ialah Nor Aziah. Memang terkenal cantik kek kampung den.

Den jawab, 'Oii ai den tak nak anak tuan Kadi doh mak oiii!!!"
Dan den buktikan kek omak den, bila Allah temukan jodoh, barulah den beritahu
dio den nak berkahwin dengan seorang gadis. Yang putih gebu gak. Gadis mengikut cita rasa den.
Sepanjang hayat omak den, den sayang kek dio. Selama hampir setahun dia sakit terlantar tidak boleh bangun kerana diserang penyakit angin ahmar, denlah
yang akan mengendung dia setiap lepas tengah hari untuk dibawa ke bilik air supaya kakak den boleh memandikannya.

Setelah selesai mandi, den akan kendung dia balik dan baringkan dia di atas katil semula. Setiap malam den empat beradik lelaki akan bergilir-gilir menjaga dia. Hingga disaat terakhir omak nak pergi meninggalkan dunia yang fana ini den juga sempat mengajarnya mengucap dua kalimah shahadah sehingga dia menghembuskan nafanya yang terakhir.
Itulah pengorbanan den untuk membalas kasih sayang omak den kek den.
Sampai sekarang ni den masih dan tetap menyanyangi omak den. Semoga Allah letakkan dia bersama-sama orang-orang yang Dia kasihi, bersama orang-orang
yang soleh dan orang-orang yang beriman.
Den merindui omak den.
Sekian. Tamattul Al Kalam.

23 comments:

  1. Assalammualaikum akk..sy baca cerita ni pai abes..betapa sygnya pak engku tu kat mak dia..sedih sya baca.. :'(

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam adrianna...pengalaman hidup pak engku yg kak kongsikan utk kita semua agar mengambil contoh betapa tingginya kasih sayang pak engku terhadap ibunya walau ibunya menghalang kehendak yg x disetujuinya kerana pandangan sorang ibu tu jauh n demi kebaikan anak2 kesayangannya...tq adrianna syaz.

      Delete
  2. Replies
    1. cerita sedih n sayu tapi beribu erti...tq Muhammad Khairuddin Lim.

      Delete
  3. ceritanya sangat mengharukan sekali sist :'( menetes air mata saya membaca cerita nii ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebak membacanya ya...lembut hatinya ni....tq kampungjasa incku.

      Delete
  4. Kasih ibu dan restu ibu...tanpanya, tak bahagia hidup didunia...

    ReplyDelete
    Replies
    1. benar tu kasih n restu membawa bahgia hingga ke syurga...tq Bin Muhammad.

      Delete
  5. kasih ibu sejati abadi...tq Jie Susanos.

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. sayu, pengajaran untuk semua.

    ReplyDelete
  8. betul tu cerita yg membawa contoh baik...tq babYpose.

    ReplyDelete
  9. sayangnyer seorang anak pada seorang ibu, segala2 untu ibu... syurgalah tempat kamu nanti kan !

    ReplyDelete
  10. ya ibu adalah yg paling utama...anak2 yg menyintai ibunya insya Allah ke syurga. tq Kesuma Angsana.

    ReplyDelete
  11. Kak...kadang kadang keputusan yang kita buat disatu ketika dulu...membuatkan kita TERKILAN sehingga kehari ini..... itulah kadang kadang perasaan sering mengalahkan kita jika tidak betul betul kuat...

    ReplyDelete
  12. Betul tu kesilapan walau sedikit yg kita lakukan sentiasa menghantui kita n membuat kita banyak kali berfikir...tapi harus redha kerna sesuatu yg xkita ingini xakan berlaku selagi takdir kita xbegitu yg Allah izinkan...tq ANAK KUALA.

    ReplyDelete
  13. Bukan mudah nak dpt anak yg taat seperti ini. Panjang fikir dan bertindak tak mengikut nafsu. Beruntung mak dia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. INSYA aLLAH MUDAHAN KITA JUGA MNDAPAT REZEKI ANAK YG BEGITU...TQ Kakzakie.

      Delete
  14. berbahagianya si ibu dpt ank sebegini

    ReplyDelete
  15. bertuah sungguh kan...tq Khairin anies.

    ReplyDelete
  16. ada hikmah kalau ikut cakap Mak yg melahirkan kita.

    ReplyDelete
  17. ya benar tu Liza Licha...tq

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”