Tuesday, 11 March 2014

MIANG-MIANG KELADI....

ASSALAMUALAIKUM...

KELADI TERLALU BANYAK JENISNYA....ADA YANG MIANG/GATAL,  ADA YANG DIJADIKAN TANAMAN HIASAN. ADA YANG BOLEH DIJADIKAN SAYURAN/SUMBER MAKANAN BERSAMA UBINYA. JENIS KELADI YANG GATAL ADA CARA MENGHILANGKAN KEGATALANNYA DENGAN MEREBUSNYA BERSAMA PINANG DAN ASAM GELUGUR. SETELAH LEMBUT AIR REBUSANNYA DIBUANG DAN BOLEHLAH DISAYURKAN IKUT RESEPI KESUKAAN. SUSAH SANGAT PILIH SAJA KELADI YANG TIDAK GATAL SEPERTI KELADI KUNING ATAU KELADI ULAM. SENANG NAK MEMPROSESNYA.

UBI KELADI YANG BOLEH DIMAKAN SELALUNYA DIGORENG, DIMASAK BUBUR DAN DIJADIKAN AISKRIM..AISKERIM KELADI SANGAT SEDAP.

RESEPI GULAI MASAM TEMPOYAK SANGAT FEMES DI PAHANG KERANA KESEDAPANNYA.
RESEPI DARIPADA BLOG KONGSIRESEPI.COM
TERIMA KASIH BERKONGSI RESEPI YA..

GULAI MASAM TEMPOYAK KELADI
by: izah

bahannya

3 batang keladi bersama ubinya
sejemput ikan bilis
10 biji cili padi
1/2 inci kunyit hidup
2 keping asam gelugur
3 sb tempoyak @ ikut suka
garam n gula jika perlu

caranya:
Keladi dibuang kulit, potong sederhna kecil dan basuh dengan air garam bagi hilang lendir.
Batang keladi dibuang kulit dengan cara menyiat kulitnya. Rendam kejap ngan air garam. 
Tips diberi oleh kakak, kalau dlm batang keladi tu ada anak keladi batang kecil putih, buangkan. Sebab itu lah yang datang miang time makan. 
Dah basuh kedua2nya, masukkan dalam periuk. Ketepikan.

Tumbuk kunyit dan cili. Masukkan ke dalam periuk tadi.
Masukkan air tinggi dari aras keladi. Banyakkan sikit sebab keladi menyerap air.
Masukkan ikan bilis, tempoyak n asam keping.
Masak hingga keladi n btgnya empuk.
Rasakan garam n gula.
Hidang.

KELADI GAJAH SERING DIPILIH SEBAGAI HIASAN LANSKAP YANG MENYENANGKAN PANDANGAN.


PIC GOOGLE UNTUK HIASAN.

KEBANYAKAN KELADI HIASAN TUMBUH MELIAR DI KAMPUNG MERATA CERUK SEHINGGA MENJADIKAN MANGSA SABITAN KERANA MENYEMAKKAN SAJA. TAPI JENIS TUMBUHAN BERUBI INI WALAU DITEBAS BERULANGKALI TETAP TUMBUH JUGA.



KELADI BUNTING
CANTIK SEKALI KELADI BUNTING TANAMAN AKUATIK MENGHIASI KOLAM KECIK DI RUMAH.

11 comments:

  1. wonderful world....eit..flower..hehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. dunia indah penuh flora fauna warna-warni.....tq aldino sya.

      Delete
  2. kak ada satu lagi jenis keladi yang tak gatal....malah batangnya di buat ulam cicah sambal kelapa dan boleh juga dimask lemak...sedap kak KELADI LAMBOK..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Keladi Lambok agaknya keladi ulam kot...tapi yg kak tau keladi ulam tawar sedikit berbanding keladi hitam yg gatal tu..tapi jikalau dimasak caranya ikut resepi yg disukai tentu sedap...tq Anak Kuala...hai lama xupdate blog dik..

      Delete
  3. lela suka ubi keladi goreng celup tepung,,,

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap sangat tu lela...kegemaran sy juga tu.....tq shbtku Noorlaila Ghafar.

      Delete
  4. wah lompong, makanan kesukaanku nih

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke..masakan keladi mmg sedap sangat ramai yg suka....tq Jagad Kawla.:

      Delete
  5. aiza suka makan gulai keladi kak.. tapi kat sini susah nak dapat keladi..

    ReplyDelete
  6. susah nak dapat ya aiza...nampaknya kenalah beli keladi n gulaikan sendiri..heh..heh..mesti sedap gulai keladi aiza....tq Mizz Aiza.

    ReplyDelete
  7. Betul kak...keladi lambok yang tawar tu..... nanti kak sebok sikit skrg ni.....kena up date jugak tu

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”