ASSALAMUALAIKUM....
SITUASI 1
DIA GEMAR SEKALI MEMBACA KISAH-KISAH SOSIAL MASYARAKAT YANG DITULIS DALAM AKHBAR ARUS PERDANA KEGEMARANNYA SETIAP MINGGU. PAPARAN KISAH SEORANG ISTERI YANG DITINGGALKAN SUAMINYA KERANA BURUK RUPA SETELAH WAJAH JELITANYA DISAMBAR API DALAM KEJADIAN RUMAHNYA TERBAKAR KERANA LITAR PINTAS BEGITU MENYENTUH HATINYA.
FIKIRNYA WANITA ITU TIDAK MAHU NASIB MERUBAH RUPANYA JELEK BEGITU APA LAGI MEMINTANYA, TAPI TAKDIR YANG MENENTUKANNYA BEGITU. TEGA SEKALI SUAMI WANITA ITU MEMBUANGNYA HANYA KERANA PARAS RUPANYA TIDAK LAGI SECANTIK DULU. APAKAH PERCINTAAN PASANGAN ITU KEPADA ISTERINYA SELAMA INI HANYA DIDASARKAN DARIPADA KECANTIKAN LAHIRIAHNYA SEMATA.
DAN DIA BERDOA AGAR NASIB BURUK ITU TIDAK TERJATUH DI LORONG HIDUPNYA.
TAPI NASIB KITA BUKAN KITA YANG MENETAPKANNYA BEGITU BEGINI. MALANG MENIMPANYA TIKA BERSAMA SUAMI DAN ANAK-ANAKNYA DALAM PERJALANAN KE SUATU DESTINASI. KERETA YANG DINAIKI REMUK HANCUR KEMALANGAN DILANGGAR LORI. KESEMUA AHLI KELUARGANYA TERSELAMAT. SYUKUR ALHAMDULILLAH.
NAMUN RUPA WAJAH KESAYANGANNYA ROSAK BAGAI TIN KENA PIJAK. WALAU DIA BERUSAHA MEMBAIKINYA AGAR PULIH SEDIAKALA TETAP TIDAK BANYAK PERUBAHANNYA. SUAMINYA ASYIK MEMANDANG KE ARAH LAIN...AKHIRNYA DIA DITINGGALKAN SENDIRIAN MENANGISI NASIB DIRINYA.
SITUASI 2.
DIA MENZIARAHI SEORANG KENALANNYA YANG BARU LEPAS BERSALIN ANAKNYA YANG KE SEMBILAN. TERKEJUT SEKALI MELIHAT TEMANNYA ITU TIBA-TIBA TELAH MENJADI LEMAH UPAYA SELEPAS MELAHIRKAN BAYI KECILNYA. APA MASALAHNYA YA? DIA TERTANYA-TANYA. DIA MELIHAT TERUK SEKALI TEMANNYA HENDAK MENGURUSI BAYINYA DENGAN KEADAAN DIRINYA YANG LEMAH BEGITU....MUJUR ADA ANAK-ANAKNYA YANG BESAR SEDIKIT DAN RAJIN MEMBANTU.
BAGAIMANA PULA JIKA DIRINYA JUGA AKAN ALAMI SITUASI YANG SAMA SEPERTI ITU. PASTI TIDAK TERDAYA MENGHADAPINYA KERANA TIDAK ADA ANAK-ANAK YANG TELAH BESAR SEDIKIT UNTUK MEMBANTUNYA. ANAK-ANAKNYA MASIH KECIL BARU BERUSIA 4 DAN 2 TAHUN. DIA BERHARAP AGAR NASIB YANG DIALAMI KENALANNYA TIDAK AKAN DIRASAINYA. HARAPANNYA BERSERTA DOA-DOA YANG DIPANJATKAN KE HADRAT ILAHI.
TIBA MASANYA TIBALAH SAATNYA MELAHIRKAN ANAK YANG KETIGA. TEKANAN DARAHNYA NAIK TINGGI MENYERBU KEPALANYA MENYEBABKANNYA PENGSAN DAN TERUS KOMA. NAMUN BAYINYA SELAMAT DILAHIRKAN. KEHIDUPANNYA KINI HANYA DI ATAS KATIL TERBARING LUMPUH. SAHABAT YANG DULU DIZIARAHI KINI MENZIARAHINYA MENGONGSI RASA DERITA YANG TIDAK PERNAH DIJANGKA NENIMPA SAHABATNYA. MUDAH-MUDAHAN MASA AKAN MERUBAH NASIB SAHABATNYA ITU DAN AKAN KEMBALI PULIH SEDIAKALA..
BERTUAH PULA KERNA MEMILIKI SUAMI YANG SANGAT PENYABAR MENGURUSI DIRINYA DAN ANAK-ANAK TANPA KELUH KESAH DAN SETIA DI SISINYA. IBUNYA YANG TURUT MENJAGA KEBAJIKANNYA BEBERAPA KALI MENGANJURKAN AGAR MENANTUNYA BERKAHWIN LAGI NAMUN SUAMI ANAKNYA ITU MASIH MAHU MENJADI SUAMI YANG BERTANGGUNG JAWAB TERHADAP ANAK ISTERINYA SEMASA SENANG MAHUPUN SUSAH...
PS..
HANYA DUA KISAH YANG DAPAT DITULIS...SEBENARNYA TERLALU BANYAK IRONI YANG KITA TIDAK MAHU TAPI TETAP BERLAKU WALAU KITA BERUSAHA MENGELAKNYA...MUNGKINKAH ITULAH SURATAN TAKDIR YANG TERTULIS SEJAK AZALI LAGI...
selamat pagi sist nice picture sist saya suka sama kata-katanya ..
ReplyDeleteselamat pagi..terima kasih banyak Nucky P.rayanta Natalius kerana menyukai pic n kata2nya.
Deletetrimakasih sdh mengingatkn :)
ReplyDeleteya sama2...hanya kisah2 biasa yg perlu diperhatikan...tq Jagad Kawla
ReplyDeleteBegitulah suratan takdir tiada siapa menjangkakan. Siapa kita mampu melihat qad' dan qadar kita. Namun apa yg boleh dibuat adalah doa dan andai terjadi yg kurang baik redha mohon keampunan mungkin ada salah-silap kita sebagai penghapus dosa...
ReplyDeletebetul tu anggap ianya ujian hidup kita tanda hikmah Allah utk menghapus dosa2 kita in sya Allah..tq Kakzakie.
Deletekita tidak mampu untuk melawan takdir.. apa yang boleh kita lakukan hsnys berdoa dan berusaha untuk menjadi yang terbaik..
ReplyDeleteya in sya Allah...doa bersungguh hati disamping mungkin mampu merubah takdir...tq Mizz Aiza
Deletedari situ kita da boleh mengagak...siapalah kita utk menidakkan takdir
ReplyDeletekita berusaha mengelak sesuatu dgn lbh berwaspada tapi takdir yg tersurat xberdaya dielak...tq Khairin annies.
DeleteAllah...itulah rencah2 kehidupan, penuh dengan pancaroba dan ujian...
ReplyDeleteasam garam kehidupan, kadang terlalu masin kadang terlalu masam...hadapi saja dgn redha ya....tq BUNDA a.k.a KN
ReplyDelete