Thursday, 27 February 2014

MUHAMMAD ALI DAN MANCIS...

                                                  ASSALAMUALAIKUM....

                                             SALAM JUMAAT YANG MULIA....


PENYAKIT MUSIM PANAS

ASSALAMUALAIKUM..

Penyakit musim panas



Keletihan akibat kepanasan menyebabkan tubuh mula menjadi kering, pening dan mengalami kekejangan otot. - Gambar hiasan
TIDAK kira sama ada musim sejuk atau panas, kedua-dua keadaan cuaca tersebut boleh memberi implikasi kepada tubuh badan sekiranya individu tidak memberi perhatian pada penjagaan yang sewajarnya. Sebagai contoh, cuaca panas atau kemaru yang melanda negara ketika ini menyebabkan ramai mengadu tidak selesa, selain peningkatan bagi kes demam, penyakit ruam mahupun penyakit-penyakit lain seperti batuk dan selesema yang memakan masa berhari-hari.

Perkara ini diakui perunding kesihatan dari Hospital Pakar Ampang Puteri Kuala Lumpur, Dr. Mat Rifin Jusoh yang ditemubual MEGA baru-baru ini.

Dr. Mat Rifin berkata, kebanyakan penyakit yang sering terjadi pada musim panas adalah seperti ruam panas.

Menurutnya, ruam panas sering terjadi bukan saja di kalangan bayi malah orang dewasa dan warga emas juga.

Keadaan tersebut berlaku apabila cuaca panas dan individu tidak menggunakan pakaian yang sesuai seperti fabrik yang menyerap peluh, warna fabrik yang lembut dan tidak meminum air yang cukup.

"Apabila panas terperangkap dalam badan, kilang peluh menjadi tersumbat dan tersekat. Apabila itu terjadi, pada permukaan kulit akan dilihat sedikit membengkak dan akan menimbulkan rasa tidak selesa.

"Dalam sesetengah kes, apabila berlaku jangkitan maka boleh berlaku demam. Pemakaian adalah elemen penting dalam memastikan tubuh tidak terkena ruam panas pada musim panas ini," jelas Dr. Mat Rifin.

Selain ruam panas, individu yang terdedah pada cuaca panas melampau juga berisiko terkena penyakit yang dinamakan heat edema.

Golongan ini menurutnya, adalah mereka yang bekerja dan berdiri dalam cuaca panas untuk satu tempoh yang agak lama.

"Dalam kes heat edema ini adakalanya boleh menjurus kepada simptom yang lebih serius lagi seperti keletihan akibat kepanasan (heat exhaustion).
"Apabila ini berlaku, tubuh mula menjadi kering atau dehidrasi dan gejala lain seperti haus, pening dan kekejangan otot. Otot yang berisiko menjadi kejang seperti abdomen, kaki dan tangan.

"Untuk mengelakkan heat exhaustion ini, individu tersebut perlu memberi keutamaan kepada pemakaian yang betul terutama dari segi pemilihan warna. Elakkan pakai pakaian berwarna hitam kerana ia memang kuat menyerap haba," pesannya lagi.

Strok panas

Dr. Mat Rifin berkata, keadaan paling kronik melibatkan cuaca panas ini ialah heat stroke atau strok panas. Walaupun setakat ini kes seperti itu jarang berlaku di Malaysia, risikonya tetap ada.

"Heat stroke ini kita pernah dengar berlaku di kalangan jemaah haji dan ada kalanya turut melibatkan kematian.

"Punca utama ialah apabila tubuh hilang banyak air dan invividu tersebut tidak minum air yang cukup. Memang adakalanya mereka tidak berasa haus, tetapi sebenarnya apa yang mereka tidak sedari ialah dalam tubuh memang sudah kekurangan air.

"Jika heat stroke ini berlaku risikonya individu boleh hilang ingatan sementara. Sebab itu kadangkala kita ada jumpa warga emas yang sekali sekala bercakap yang sukar difahami kerana salah satu faktornya mereka ini sangat kurang minum air.

"Kerosakan otak boleh berlaku sekiranya air yang diminum tidak mencukupi," kata Dr. Mat Rifin yang menyarankan pada musim ini individu sepatutnya minum air sebanyak dua hingga tiga liter sehari atau lebih.

Beliau mengakui pada sesetengah pekerjaan agak sukar untuk mengelak berada di cuaca panas terutama mereka yang bekerja di tapak pembinaan.

Salah satu cara yang boleh dibuat ialah dengan penjadualan semula, tetapi jika keadaan tersebut juga sukar dilakukan maka disarankan mereka mandi dengan kerap.

Selain itu, perhatian juga perlu diberi pada kanak-kanak dan warga emas supaya tidak dibiarkan lama dalam bilik sempit tanpa pengudaraan atau dalam kenderaan tertutup.
Dalam dua situasi ini haba tidak boleh keluar dan bila terlalu panas, kanak-kanak atau warga emas tadi boleh terkena simptom heat exhaustion atau keletihan panas dan mula menjadi keliru.

Mereka sukar menjerit, seakan khayal dan fungsi untuk meminta pertolongan menjadi lemah.
"Disarankan juga kepada mereka yang mampu untuk memasang pendingin hawa di kediaman masing-masing bagi mengurangkan kepanasan.

"Jika perlu keluar, pastikan memakai topi atau payung untuk kurangkan pendedahan panas tersebut pada kulit.

"Pada musim panas ini juga penyakit selesema juga bertambah dan untuk mengelak penyebarannya pastikan memakai topeng mulut," nasihatnya.

Panas dan denggi

Dr. Mat Rifin juga berkata, terdapat kajian yang telah dijalankan oleh University John Hopkins mendapati bahawa pemanasan global memang ada kaitan dengan penyebaran penyakit termasuk denggi.

"Penyebaran penyakit pembawaan vektor nyamuk ini termasuk denggi dan malaria. Dalam kajian tersebut juga mendapati cuaca panas menjadikan nyamuk lebih aktif dan lebih banyak serta cepat membiak.

"Jika pada musim selain panas, nyamuk aedes menghisap darah selang sehari tetapi kajian menunjukkan pada musim panas, nyamuk aedes menghisap darah setiap hari dengan itu risiko penyebaran penyakit denggi lebih tinggi.

"Kebelakangan ini kes denggi yang dilaporkan meningkat sehingga 200 peratus di Selangor dan Kuala Lumpur. Di Hospital Pakar Ampang Puteri juga menerima ramai pesakit yang menghidap demam denggi sejak dua tiga bulan lalu," jelasnya.

Lazimnya beliau berkata, sekitar lima hari selepas gigitan nyamuk, mangsa akan mula mendapat demam panas dengan perkembangan segala bentuk jangkitan denggi.

Ini termasuk sakit tekak, simptom seakan-akan selesema, ruam, sakit belakang dan perubahan darah adalah petanda klasik demam denggi," katanya.

Demam denggi berdarah terdiri daripada tiga fasa berbeza. Pada fasa pertama atau fasa febril (hari pertama hingga hari ketujuh), mangsa turut mengalami kehilangan selera makan, loya selain demam dan sakit seluruh badan.

"Jika demam, disertai sakit sendi-sendi, rasa lemah dan muntah-muntah segeralah ke hospital. Demam denggi tidak semestinya timbul bintik-bintik merah, kes sebegini hanya 30 peratus sahaja.

"Oleh itu, penting untuk mangsa denggi hadir untuk diagnosis awal agar rawatan bersesuaian boleh diberikan segera. Biasanya pergantungan kepada cecair intravena hanya untuk memperbetulkan dehidrasi tubuh selain kebanyakan simptom lain," tambahnya sambil menjelaskan bahawa penambahan produk darah mungkin diperlukan dalam kes-kes serius.

Di hospital ini terdapat pengesan denggi seperti NS1 antigen yang boleh mengesan denggi pada tahap apa dengan lebih tepat berbanding kiraan ujian darah. - NOOR FAZRINA KAMAL
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my

Wednesday, 26 February 2014

RUMAH IDAMAN...

ASSALAMUALAIKUM...

REPUBLISH..

Rumah adalah keperluan yang sangat utama dalam kehidupan kita.Tidak ada sesiapa yang mampu menafikannya.

Agaknya apakah bentuk rumah/kediaman idaman anda? Mungkin ramai yang berangan-angan hendak miliki rumah besar yang indah lengkap semua isi yang diingini. Apalagi pabila menjelang hariraya tatkala semua ahlinya yang merantau jauh untuk memenuhi tuntutan hidup kembali mengisinya.

Cita-citaku dulu pun begitu juga. Dan mata pun mulai meninjau-ninjau bentuk rumah yang mungkin dibina. Bersama teman hidup; melawat sebuah rumah cantik bertingkat dua milik saudaranya. Selesai melawat ruang di bawah yang menempatkan dapur dan beberapa buah bilik kaki pun melangkah ke tingkat atas pula.

Rupanya ruang atas tidak lagi diguna. Hanya dipenuhi sawang sarang labah-labah. Mungkin suatu ketika dulu digunakan anak-anak kepada pasangan pemilik rumah ini. Setelah anak-anak dewasa dan punyai kehidupan sendiri, mereka pun meninggalkan sarang mereka.

Tinggallah pasangan ibubapa ini yang tidak terdaya menguruskan rumah yang terlalu besar tanpa bantuan anak-anak dengan mengambil jalan mudah menggunakan saja ruang bawah.

Aku rasa aku tidak mahu rumah bentuk begini. Manatahu kut-kut umur panjang menyusahkan aku kelak untuk mengemasnya. Maklum kala tua tenaga sedikit saja sisanya.

Seorang ustaz pernah bercerita dalam ceramah agama yang diberikannya bagaimana sepasang suami isteri saudaranya kini tinggal di pondok dalam kebun getah meninggalkan rumah agam mereka. Apa yang ada di dalam minda dan hati mereka tidak siapa boleh membacanya kenapa keputusan mereka begitu.

Mungkin mereka lebih selesa dengan kehidupan yang seadanya sambil mengenang kembali nostalgia kesusahan kehidupan lalu dan mencari ketenangan jiwa.

Kini aku juga sedang berfikir untuk membina rumah chalet yang kecil untuk diri sendiri justeru penat sangat mengemas rumah idamanku semasa muda sebelum.berpindah ke bilik 3 X 6 kaki seperti dialog Aziz Satar dalam filem SENIMAN BUJANG LAPUK...




Tuesday, 25 February 2014

SEDAPNYA BUBUR/PENGAT/SERAWA...

ASSALAMUALAIKUM..

RAMAI YANG MENYEBUT MAKANAN BERKUAH MANIS ADALAH BUBUR. TAPI JANGAN TERKEJUT KALAU ADA YANG MENGATAKANNYA PENGAT ATAU SERAWA.

MUSIM PANAS/KERING BEGINI MEMANG SEDAP SANGAT KALAU DAPAT MAKAN JENIS MAKANAN BEGINI SAMAADA PANAS ATAU SEJUK.

BANYAK JENIS BAHAN MAKANAN YANG BOLEH DIMASAK BUBUR/PENGAT/SERAWA SEPERTI LABU, KACANG HIJAU, JAGUNG, PISANG, KELEDEK, KELADI, UBI KAYU, SUKUN DLL.

BAHAN ASASNYA HANYA GULA, SANTAN KELAPA, GULA KABUNG/GULA MERAH, SECUBIT GARAM, DAUN PANDAN UNTUK MEWANGIKANNYA. KALAU SUKA BOLEH JUGA DIMASUKAN SAGU HALUS/KASAR.

BUBUR KACANG HIJAU.

RESEPI https://www.google.com.my/url

Bahan-bahannya[sunting]

  • 250 gram kacang hijau
  • 250 ml santan
  • 25 gram sagu
  • 2 cm gula melaka
  • air secukupnya
  • sehelai daun pandan
  • garam dan gula secukupnya

Cara menyediakannya[sunting]

  • Rebus kacang sehingga kembang.
  • Masukkan daun pandan.
  • Masukkan sagu dan biar hingga sagu kembang.
  • Masukkan santan dan gaul hingga sebati.
  • Masukkan pula gula melaka dan kacau sehingga gula hancur.
  • Akhir sekali, masukkan gula dan garam secukup rasa.

Sumber WIKIBOOK.

CARA MENYEDIAKAN BUBUR DI BAWAH INI JUGA SAMA CUMA PERLU  DIREBUS SEDIKIT DENGAN SANTAN KEMANCAR SEHINGGA LEMBUT BAHAN UTAMA IAITU LABU/JAGUNG/KELADI  SEBELUM DIMASUKAN GULA, SANTAN PEKAT, SECUBIT GARAM GULA MERAH/GULA KABUNG.

BUBUR LABU
BUBUR KELADI

BUBUR JAGUNG.

Monday, 24 February 2014

AWESOME FLOWERS....

ASSALAMUALAIKUM....

TERLALU BANYAK BUNGA-BUNGA YANG CANTIK DIJADIKAN ALLAH DI ALAM DUNIA INI TAPI PADAKU ROS TETAP JADI PILIHAN.

KECANTIKANNYA SUBHANALLAH. MUNGKIN LANTARAN ITU WANITA YANG CANTIK DIUMPAMAKAN SEBAGAI ROS/MAWAR YANG INDAH, HARUM LAGI MEKAR

PIC TIMELINE










SEMANGAT DAN TERUS BERSEMANGAT...

ASSALAMUALAIKUM...

CONTOHI SEMANGAT HIDUP SAHABAT FBKU HASNAH RAHIMAH ABD.RAHIM YANG DIKONGSI STATUSNYA LEWAT WALL FB.  JELAS KEPADA KITA BELIAU INI BERSEMANGAT TINGGI DALAM MENGHARUNGI KEHIDUPANNYA IBARAT KATA BUJUR LALU MELINTANG PATAH. JUSTERU KEHIDUPAN KINI CABARANNYA AMAT GETIR DENGAN UJIANNYA YANG PELBAGAI DAN RENCAM.






Saturday, 22 February 2014

SEGMEN RAMAIKAN FOLLOWER RAIKAN UKHWAH...

ASSALAMUALAIKUM...


SESEKALI JOM KITA RAMAI-RAMAI SERTAI SEGMEN ANJURAN RAKAN-RAKAN BLOGGER NI...PI SEBENARNYA TIDAK ARIF DENGAN SEGMEN-SEGMEN NI...TAPI SERONOK JUGA CUBA SESUATU PENGETAHUAN BARU...


Syarat-syarat :


1. Follow Lorong Cinta
2. Buat Entri  Segmen : Ramaikan Follower,Raikan Ukhuwah..
3. Tampal Banner dan link kepada Lorong Cinta
4.Copy URL dan Paste dalam ruangan komen
5.Bermula 7 Januari dan berakhir 28 Februari 2014(Diteruskan)

http://lorong-cinta.blogspot.com/

SEGMEN REVIEW BLOG DIARI JEJAKA HANGAT SAMPAI LEBAM...

ASSALAMUALAIKUM...

TERINGIN JUGA NAK BERSEGMEN DENGAN RAKAN-RAKAN BLOGGER YANG MENGANJURKANNYA TAPI SELALU TAK MENEPATI SYARAT...KALI NI BANTAI SAJALAH...JOM RAKAN-RAKAN KITA BERSAMA JOIN SEGMEN NI UNTUK MERAMAIKAN LAGI KENALAN....

Klik banner untuk join.
http://www.diarijejakahangat.com/

Friday, 21 February 2014

CANTIKNYA GUBAH-GUBAHAN...DAN UKIRAN BUAH-BUAHAN...

ASSALAMUALAIKUM

RAMAI YANG BERMINAT MENGUKIR BUAH2AN SEPERTI INI. TAPI ADA YANG MENGATAKAN MENGUKIR BUAH-BUAHAN ATAU MENGGUBAH APA SAJA DALAM BENTUK BINATANG TIDAK DIBOLEHKAN AGAMA. ENTAHKAN BETUL ENTAHKAN TIDAK, TAK DAPAT PULA NAK DIPASTIKAN...





                                                    PIC TIMELINE...
                                          NAMUN BUAH-BUAHAN TETAP NAMPAK CANTIK SEGAR DALAM KEADAAN SEMULAJADINYA WALAU TIDAK DIGUBAH ATAU DIUKIR
                                       

SEDAPNYA DAPAT MAKAN BUAH-BUAHAN YANG MENGANDUNGI BANYAK SERAT DAN PELBAGAI KHASIAT UNTUK KESIHATAN BADAN TERUTAMA DALAM CUACA PANAS KERING SEKARANG.




Thursday, 20 February 2014

USMAN MEMBELI SYURGA...

PARA sahabat Nabi mempunyai bermacam-macam ragam. Ada yang kaya, ada juga yang miskin. Namun begitu, semangat untuk menyumbang kepada dakwah Islam menyatukan mereka.


PIC TIMELINE HIASAN

Antara sahabat Nabi yang kaya ialah Usman bin Affan. Beliau sangat mahir berniaga, justeru berjaya menjana pendapatan yang cukup banyak. Harta yang beliau miliki sepenuhnya digunakan untuk pelaburan akhirat. Beliau bertekad “membeli" syurga dengan harta yang beliau miliki.

Berkata Abu Hurairah: “Usman bin Affan telah membeli syurga daripada Rasulullah SAW sebanyak dua kali. Kali pertama apabila beliau membeli perigi rumah. Dan kali kedua apabila beliau membiayai pasukan usrah (perang Tabuk)." (riwayat Al-Hakim dalam Al-Mustadrak)

Perigi rumah

Perigi rumah adalah satu-satunya sumber air bersih di Madinah apabila kaum muslimin berhijrah ke kota itu. Menurut Ibnu Abd. al-Bar dalam kitab al-Isti’ab, sumur ini milik seorang Yahudi. Beliau tidak membenarkan kaum muslimin mengambil air daripadanya melainkan dengan bayaran.

Rasulullah SAW bersabda: “Siapa yang membeli perigi rumah lalu menyerahkannya kepada kaum muslimin, maka ia akan memiliki telaga di dalam syurga."

Apabila mendengar cadangan Nabi ini, Usman segera mendatangi pemuda Yahudi itu. Setelah tawar-menawar berlaku, orang itu bersetuju menjual setengah bahagian sahaja. Harga yang ditetapkan ialah 12,000 Dirham.

Usman bersetuju membeli setengah bahagian itu. Kedua-duanya sepakat menetapkan satu hari milik Yahudi dan satu hari yang lain untuk Usman. Pada hari milik Yahudi, tiada siapa yang datang untuk mengambil air. Sebab mereka telah mengambil air untuk persediaan dua hari pada hari milik Usman.
Melihat perkara ini, Yahudi itu berkata kepada Usman: “Engkau telah merosak perniagaanku." Ia lalu menjual bahagiannya kepada Usman pada harga 8,000 Dirham.

Perang Tabuk

Adapun perang Tabuk, maka peperangan ini ialah peperangan terakhir yang dihadiri oleh baginda Nabi SAW. Pasukan Islam mesti keluar ke Tabuk untuk menghadang pasukan Rom yang dikhabarkan telah bersiap-siaga menyerang Madinah.

Persiapan perang kali ini sangat mencabar. Cuaca pada masa itu sangat panas. Kendaraan dan bekalan juga sangat minimum. Justeru, al-Quran menyebut peristiwa ini sebagai: sa’at al-’usrah (saat-saat sukar).

Abdurahman bin Khabbab bercerita: Aku menyaksikan Rasulullah SAW menggalakkan manusia untuk berinfak bagi peperangan ini. Usman lalu berdiri dan berkata: "Wahai Rasulullah, aku menjamin 100 ekor unta dan keperluannya."

Baginda lalu menggalakkan infak sekali lagi. Usman kembali berdiri dan berkata: "Wahai Rasulullah, aku menjamin 200 ekor unta dan keperluannya."

Baginda menggalakkan infak sekali lagi. Usman kembali berdiri dan berkata: "Wahai Rasulullah, aku menjamin 300 ekor unta dan keperluannya."

Abdurahman berkata: aku melihat Rasulullah turun dari mimbar sambil bersabda: “Tidak akan membahayakan Usman apa yang akan ia lakukan setelah ini." (riwayat al-Tirmidzi).
Sabda ini menunjukkan bahawa dosa-dosa Usman telah diampuni oleh Allah kerana sumbangan besar beliau untuk dakwah Islam.

Ukuran iman

Usman bin Affan patut menjadi teladan seluruh umat Islam terutama yang memiliki kelebihan harta. Pandanglah harta sebagai titipan Allah yang mesti diserahkan apabila diminta. Permintaan itu tidak lain ialah apabila dakwah dan umat Islam memerlukan bantuan anda.

Rasulullah SAW pernah menyatakan bahawa seorang Mukmin yang kuat lebih baik dan dicintai Allah SWT berbanding Mukmin yang lemah. Kekuatan ini bukan hanya dalam tenaga sahaja, akan tetapi meliputi juga aspek ekonomi, politik dan ilmu pengetahuan.

Siapa yang memiliki salah satu kelebihan ini, hakikatnya tengah diamanahkan tanggungjawab untuk membela Islam menerusi amanah tersebut. Dan ukuran iman seseorang ditentukan oleh sikapnya dalam menjalankan amanah ini dengan baik.

Semoga kita boleh menjadi seperti Usman bin Affan. Seorang sahabat Nabi yang telah dijanjikan syurga semenjak beliau masih hidup lagi. Amin Ya rabbal ‘alamin
PENULIS kini sedang menyambung pengajian peringkat doktor falsafah (PhD) di Universiti Malaya (UM)


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my

Wednesday, 19 February 2014

JALA EMAS

ASSALAMUALAIKUM....

KUIH JALA EMAS NI BAHAN UTAMANYA CUMA TELOR ITEK, TELOR AYAM DAN GULA. RASANYA MANIS. RUPANYA KUNING TERANG. SANGAT TERKENAL DISEBELAH PANTAI TIMUR SEPERTI DI KELANTAN, TERENGGANU DAN PAHANG. MUDAH DITEMUI DALAM MAJLIS PERKAHWINAN KERANA SERING DIGUNAKAN SEBAGAI HANTARAN PERKAHWINAN.

JOM CUBA BUAT JALA EMAS PULA BUKAN JALA BIASA.

Jala Emas Raja 



Bahan-Bahan:
10 biji telur itik
2 biji telur ayam (ambil kuningnya sahaja)
1 cawan gula pasir
2 kuntum bunga cengkih
2 helai daun pandan
Cara:
Campur kuning telur bersama air jernih dalam kulit telur dan kacau di dalam mangkuk besar sehingga kembang. Tapis perlahan-lahan dengan kain jarang.

Masak gula bersama dua cawan air, daun pandan dan bunga cengkih. Bila mendidih dan pekat sedikit masukkan bancuhan telur secara mengurai di dalam air gula (cara ini memang rumit sedikit dan orang yang telah biasa sahaja dapat membuatnya).

Bila masak, angkat jala emas dengan batang buluh kecil dan lipat memanjang atau mengikut suka.
Tambahan:
Ambil air jernih yang terdapat di dalam kulit telur (bukan putih telur). Biasanya jika kita pecahkan telur dan keluarkan isinya, kita dapat melihat ada air jernih di dalamnya

RESEPI...
http://resepi.mesra.net/



Tuesday, 18 February 2014

ULAR SAWA DAN MELOR....

ASSALAMUALAIKUM...

MESTILAH KENAL DENGAN ULAR SAWA YANG PANJANG DAN BERLENGKAR KADANG-KADANG TU KAN...ADA YANG SERAM UNTUK MELIHAT ATAU MENDEKATI MAKHLUK INI...TERMASUKLAH PI JUGA NGERI SESUNGGUH HATI.

MELOR PULA TENTULAH BUNGA PUTIH YANG CANTIK BERKELOPAK TERSUSUN LAGI HARUM DAN BANYAK TUMBUH DI DESA-DESA.

APA KAITANNYA MELOR DAN ULAR SAWA NI?

BEGINI KISAHNYA...

MELOR SI GADIS DESA YANG SUKA MENYUNTING BUNGA MELOR DI RAMBUTNYA TINGGAL BERSAMA IBU DAN ADIK TIRINYA YANG SANGAT MEMBENCINYA. KEDUA-DUA IBU DAN ANAK ITU BERUSAHA UNTUK MENGHAPUSKAN MELOR YANG BAIK, CANTIK LAGI RAJIN MENGERJAKAN SETIAP YANG DIPERINTAHKAN KEPADANYA OLEH IBU DAN ADIK TIRINYA. NAMUN TETAP TIDAK BERPUAS HATI DAN KEKAL MEMBENCI MELOR.

MEREKA TERJUMPA SEEKOR ULAR SAWA YANG SEDANG TIDUR TIKA BERJALAN DI TEPI HUTAN LALU MEREKA BERUSAHA MENANGKAPNYA DAN MEMASUKKANNYA KE DALAM GUNI. GUNI BERISI ULAR SAWA ITU DIBAWA PULANG DAN DILETAKAN DI BILIK MELOR.

"INI ADALAH SUAMI KAMU...MALAM INI DIA AKAN TIDUR BERSAMA KAMU..." KATA IBU TIRI KEPADA MELOR. ADIK TIRINYA TERSENYUM SAJA. SEDANG MELOR KEHAIRANAN.

"NANTI KAMU KELUARKAN SUAMI KAMU DARI DALAM GUNI NI...SEKARANG NI DIA SEDANG TIDUR.."

'BAGAIMANA SUAMIKU BOLEH TIDUR DI DALAM GUNI PULA..' MELOR BERTANYA HATINYA.

NIAT KEDUA BERANAK ITU TENTULAH HENDAK MENGANIAYA MELOR. MEREKA BERHARAP SETELAH MELOR MEMBUKA GUNI ITU ULAR SAWA DI DALAMNYA AKAN MENJULUR KELUAR DAN MENELAN MELOR.

KALA MALAM TIBA MELOR MEMBERANIKAN DIRI MENDEKATI GUNI DAN MEMBUKA PENGIKATNYA. TERKEJUT SUNGGUH MELIHAT SESUATU MUNCUL DARI DALAM GUNI ITU. SEORANG PEMUDA YANG KACAK SIAP BERSAMPIN BERTANJAK BERDIRI DI HADAPANNYA LAKSANA SEORANG PUTERA RAJA.

IBU TIRI DAN ADIK TIRI MELOR TIDAK SABAR HENDAK MELIHAT MELOR BERADA DALAM PERUT ULAR SAWA SAMBIL MENGINTAI APA YANG BERLAKU TAPI TIDAK MELIHAT APA-APA.

SETELAH PAGI MELOR DAN ANAK RAJA ULAR NEGERI ENTAH BERENTAH ITU KELUAR DARI BILIK. KEDUA BERANAK YANG SUDAH BERSEDIA HENDAK MENOLAK PINTU ITU PULA YANG TERKEJUT MELIHAT MELOR TIDAK MATI DITELAN ULAR SAWA TAPI KINI BERSAMA SEORANG PEMUDA KACAK.

"SEKARANG BETA HENDAK PULANG KE NEGARA BETA KERANA SUMPAHAN KE ATAS BETA TELAH BERAKHIR KERANA BERTEMU DENGAN GADIS CANTIK YANG HARUM SEPERTI BUNGA MELOR...GADIS CANTIK INI AKAN JADI PERMAISURI BETA..."

"MAK SAYA PUN NAK KAHWIN JUGA DENGAN ANAK RAJA..." RENGEK ANAKNYA MENARIK-NARIK TANGAN IBUNYA...

"NANTI MAK CARIKAN LAGI ULAR SAWA YANG LEBIH BESAR DARIPADA SEMALAM...KALAU ULARNYA BESAR TENTU RAJA YANG AKAN MENJELMA LEBIH KAYA DAN HEBAT."

IBU TIRI MELOR PUN BERUSAHA MEREDAH HUTAN DAN PAYA MENCARI BAKAL SUAMI ANAKNYA SEEKOR ULAR SAWA BESAR. ADA REZEKINYA DAPATLAH SEEKOR.

"NAH SUAMI KAMU.." IBU ITU MENGUNCI PINTU BILIK ANAKNYA BERSAMA ULAR SAWA ITU.

"MAK SUAMI SAYA TELAN KAKI SAYA.." JERIT ANAKNYA.

"TAK MENGAPA ITU TANDANYA DIA SAYANG.." SAHUT IBUNYA.

"MAK SUAMI SAYA TELAN SAMPAI BADAN..." ADU SI ANAK.

SETIAP KALI ANAKNYA MENGADU, IBUNYA HANYA MENJAWABNYA DENGAN TAK MENGAPA. SUDAHNYA SELURUH TUBUH ANAKNYA BERADA DALAM PERUT ULAR SAWA YANG KEKENYANGAN MENELAN MANGSA YANG DISUAKAN KE MULUTNYA.


PIC GOOGLE HIASAN JER
...PS..
BAGAIMANA DENGAN CERITA RAKYAT YANG PI TULIS NI...CERITA NI SEBENARNYA DICERITAKAN MAK PI PADA ZAMAN KEGELAPAN DI DALAM KELAMBU MENIDURKAN KAMI ANAK-ANAKNYA.

BUAH-BUAHAN 4 MUSIM YANG TIDAK BERMUSIM DI MALAYSIA...

ASSALAMUALAIKUM...

MUSIM PANAS SEKARANG NI ELOK LEBIH BANYAK MAKAN BUAH-BUAHAN TEMPATAN ATAU LUAR NEGARA UNTUK MENAMBAH KANDUNGAN SERAT DAN AIR GIZI-GIZI TERTENTU DI DALAM BADAN.. NAMUN DI SINI JUGA TERDAPAT BUAH-BUAHAN DALAM CUACA 4 MUSIM BERJAYA DI TANAM DENGAN SUBURNYA  SEPERTI ANGGUR YANG BANYAK DITANAM DI PERLIS DAN EPAL PULA BANYAK DITANAM DI TANAH TINGGI BARIO, SARAWAK JUGA CAMERON HIGHLAND.. JADI EPAL DAN ANGGUR TIDAK PERLU DIIMPORT LAGI.  SEMENTARA STRAWBERI BANYAK DI TANAM DI BUKIT TINGGI, GENTING HIGHLAND JUGA CAMERON HIGHLAND. RASANYA PASTI ENAK LAGI SEGAR SEBAB BARU DIPETIK DARI LADANG....









DR MAHATHIR BIDAS BARAT...;;;;;


ASSALAMUALAIKUM...


Dr. Mahathir Mohamad ketika menyampaikan ucapan pada Majlis Pengajian Keamanan Global Mahathir bertajuk Keamanan Global dan Penyelesaian Konflik di Institut Hubungan Luar dan Diplomasi, Kuala Lumpur, semalam. - utusan/AZLAN HADI ABU BAKAR
KUALA LUMPUR 17 Feb. - Tun Dr. Mahathir Mohamad membidas negara Barat kerana memaksa negara lain menerima budaya songsang lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) sebagai syarat untuk dianggap sebagai negara demokratik.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, demokrasi pada pandangan mereka waktu ini bukan setakat memilih kerajaan melalui undi majoriti tetapi juga harus menerima kebebasan tersebut.

"Bagi mereka, demokrasi mesti termasuk LGBT, maka ini adalah kelayakan tambahan untuk menjadi negara demokrasi," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pengajian Keamanan Global Mahathir (MGPS) di Institut Hubungan Luar dan Diplomasi di sini hari ini.

Yang turut hadir, bekas Naib Presiden Indonesia, Yusuf Kalla.
Dr. Mahathir berkata, kelayakan tambahan tersebut kini sedang dipaksakan oleh Barat terhadap negara Islam termasuk mahu pemimpin yang menyokong kebebasan berkenaan.

"Kita boleh terima demokrasi iaitu memilih pemimpin dengan mengundi tetapi jangan memaksa kita untuk mengatakan kita bebas berjalan telanjang sebagai hak kebebasan," katanya.

Beliau berkata, demokrasi perlu mempunyai nilai toleransi seperti diamalkan di Malaysia apabila pelbagai kaum menghormati budaya dan pandangan kaum lain.

Katanya, mungkin demokrasi adalah sistem terbaik ketika ini tetapi ia tidak boleh dipaksakan untuk diamalkan ke atas sesebuah negara.

"Masalah di dunia sekarang, negara Barat memaksa semua orang mesti menjadi demokratik dan jika tidak mereka akan dibunuh," katanya.

Beliau berkata, negara Barat ketika ini mahu melakukan perubahan rejim terhadap negara-negara Islam agar menjadi pro-Amerika Syarikat.

"Di Syria, Malaysia dan di mana-mana negara sekali pun, Barat mahukan supaya kerajaan pro-Amerika. Kalau kita nak kerajaan pro-Amerika undilah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim," katanya.

Mengenai pelantikan Tan Sri Adenan Satem sebagai Ketua Menteri Sarawak, Dr. Mahathir berkata, langkah tersebut sememangnya sudah dijangka sejak dahulu.

"Memanglah, dulu pun apabila Adenan berhenti menjadi menteri, kita punya pendapat ialah dia akan menjadi Ketua Menteri Sarawak dan sekarang ini sudah berlaku," katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my

Sunday, 16 February 2014

KALAU JODOH TIDAK KE MANA...

ASSALAMUALAIKUM...

Setelah beberapa kali putus cinta dan berbaik semula, akhirnya pelakon Fizz Fairuz, 35, nekad untuk menikahi pelakon Almy Nadia, 28.

                                  PIC ROTIKAYA.
itu 

Majlis pernikahan pasangan
akan berlangsung pada 30 Mei ini di negeri kelahiran Almy, di Pulau Pinang.
“Setelah sekian lama bercinta dan melalui pelbagai cabaran, kami akhirnya akan bernikah. Setakat ini segala persediaan hampir 70 peratus persiapan sudah disiapkan oleh kedua-dua belah pihak keluarga saya dan Almy sendiri," kata Fizz ketika ditemui pemberita di lokasi penggambaran filem Cicak Man 3 di Kota Damansara, di sini hari ini


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my


DAN KITA BERSAMA MENDOAKAN APA YANG DIRANCANG MENCAPAI MATLAMAT YANG DIHARAPKAN...SEMOGA PASANGAN INI AKAN KEKAL BERBAHAGIA MENEMPUHI CABARAN HARI MUKA DENGAN YAKIN DIRI.

Saturday, 15 February 2014

ORKID-ORKID KESAYANGAN ...RINDUNYA...

ASSALAMUALAIKUM....

DAH LAMA JUGA TAK BALIK MENJENGUK RUMAH SENDIRI...RINDU SANGAT PADA KAMPUNG HALAMAN JIRAN TETANGGA YANG BAIK YANG SELAMA INI SEBAGAI SAHABAT DAN RAKAN YANG SANGAT PRIHATIN. MAKLUM BUKAN SENANG HIDUP SEGAGAI OKU JIKALAU TIDAK DIBANTU SERBA-SERBINYA.

TERAMAT RINDU PADA ORKID-ORKID YANG TERGANTUNG DI SERAMBI. BAGAIMANALAH KABAR FLORAKU ITU. MASIH RAJINKAH ORKID-ORKID KESAYANGANKU ITU BERBUNGA DENGAN PERTOLONGAN JIRAN-JIRANKU YANG RAJIN MENYIRAMNYA DAN KADANG-KADANG KAK FAUZIAH JIRANKU YANG JUGA PEMINAT ORKID ITU MEMBAJANYA.

BELIAU SUKA SEKALI MELIHAT RUMAHKU YANG TIADA PENGHUNI DIHIASI ORKID-ORKID YANG BERBUNGA CANTIK. AGAR BIAR NAMPAK SEPERTI ADA YANG TINGGAL DI DALAM TERATAKKU ITU KATANYA. BESAR SUNGGUH HATINYA MAHU MENOLONGKU. ALLAH JUGA YANG MEMBALAS BUDI BAIKNYA DAN JIRAN-JIRANKU YANG AMAT PRIHATIN ITU.

LAMBAT BETUL KAKI YANG PATAH INI BAIK SEDIKIT AGAR TIDAK MENYUKARKAN PERGERAKAN MELAKUKAN SESUATU. INI APA SAJA YANG HENDAK DIBUAT PERLUKAN BANTUAN ANAK-ANAK.
JIKALAU ANAK-ANAK TIDAK MENOLONG IBUNYA YANG SAKIT TERDUDUK INI BAGAIMANALAH JADINYA AGAKNYA...

SESUKA HATI PULA BERCERITA KISAH SEDIH DIRI SENDIRI YA...BUKAN APA-APA SEKADAR BERKONGSI PENGALAMAN BETAPA SUKARNYA OKU MENGALAMI SAKIT PATAH TULANG DALAM USIA YANG SEMAKIN LARUTNI...JADI KAWAN-KAWAN, ADIK-ADIK, ANAK-ANAK JAGALAH PERGERAKAN JANGAN SAMPAI KEMALANGAN SEHINGGA MENYEBABKAN PATAH TULANG. SIKSA AMAT MENAHAN SAKITNYA...

JANGAN LARUT DENGAN KESEDIHANKU ...JOM TENGOK ORKID-ORKID YANG MENGHIASI SERAMBIKU...
















CANTIK TAK KOLEKSI ORKID-ORKID PI?