Wednesday, 29 January 2014

ANTARA IKAT PERUT DAN BERMEWAH-MEWAHAN...

IBU,
Menangislah dengan air mata tua mu
Dari kemiskinan kita yang lebih tua
Aku lihat mereka menaburkan bunga
Dan ucapkan takziah yang berjela
Yang mengkagumkan sekali
Setelah kematian berdarah kami.
Ayah,
Bulan ini tiadalah lagi kirimanku
Beberapa ringgit dari gaji tak berbaki
(gajiku sepasang kasut seorang
menteri)
dan janjiku menggantikan atap
pondok
maafkanlah aku ayah
takkan tertunaikan.

Ini adalah petikan dari puisi Suara Dari Pusara ciptaan Sasterawan Negara Usman Awang tahun 1968. Puisi ini sebuah imbauan ke hadapan (flash forward) penyair tentang dirinya yang "tak bernama" mati dalam kemiskinan.

Suara Dari Pusara adalah puisi lama dan ceritanya juga cerita lama, hampir setengah abad lalu. Kata-kata Usman Awang waktu itu , "Gajiku sepasang kasut seorang menteri" mahu menunjukkan sesetengah pemimpin bermewah-mewah. Tetapi pada hari ini frasa itu positif.

Kalau gaji minimum sama dengan harga kasut menteri, itu sudah baik. Lagi mahal kasut menteri, lagi tinggilah gaji minimum. Itu kalau mengikut kefahaman kita dari puisi Usman Awang.

Isu yang banyak diperkatakan sejak akhir-akhir ini adalah peningkatan belanja sara hidup. Ini berlaku berikutan kenaikan harga barang keperluan. Bayangkan ikan kembung pun sudah menjangkau RM19 sekilogram.

Khabarnya banyak ikan yang ditangkap di perairan negara ini dieksport, kemudian kita mengimport ikan dari negara jiran. Sepatutnya ikan yang diimport lebih murah, sebab itu kita eksport ikan tempatan. Tetapi harga ikan tetap mahal.

Walaupun kadar gaji minimum sudah tinggi melebihi harga sepasang kasut menteri, kenaikan harga barang keperluan asas sangat dirasakan.
Sebenarnya ini adalah fenomena global, rakyat tidak sepenuhnya meletakkan tanggungjawab kepada kerajaan.

Cuma mereka mempersoalkan ketangkasan pihak berwajib dalam menangani pihak tertentu yang mengambil kesempatan daripada kenaikan ini. Tentulah tidak cukup dengan amaran yang retorik yang rakyat sudah boleh jangka isi kandungannya.

Apabila berlaku kenaikan harga barang, yang berhempas pulas adalah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK). Rakyat menyanjungi peranan KPDNKK tetapi meminta supaya bertindak dengan penuh strategi. Sebahagian besar punca kenaikan harga disebabkan oleh manipulasi pemborong dan pembekal, selebihnya barulah penjaja.

Penjaja di pasar mendapat barang daripada pembekal dengan harga mahal. Mustahil mereka akan menjual dengan harga murah terutama ayam dan ikan. Maknanya untuk membanteras manipulasi harga sasaran utama bukanlah penjaja di pasar semata-mata.

Tetapi yang diperlihatkan di televisyen dan surat khabar adalah penjaja terutama di pasar pagi di bandar-bandar. Ini bertambah pelik apabila orang kuat di kementerian kerap sangat membuat "rombongan Cik Kiah" ke pasar-pasar dan yang turut serta adalah ketua-ketua jabatan dan bahagian.

Berita tentang "rombongan Cik Kiah" menyerbu pasar begitu banyak disiarkan. Saya meragui keberkesanannya kerana lawatan itu begitu protokol dan kalau benar ada yang menaikkan harga, sudah pasti tidak sempat untuk diambil tindakan. Kecualilah ada penjaja yang hendak tumpang glamor masuk surat khabar.

Meninjau
Ini berbeza dengan cara pengasas Kumpulan DRB Hicom, Allahyarham Tan Sri Yahya Ahmad meninjau kelancaran perkhidmatan bas Intra Kota pertengahan 1990-an. Saya sendiri pernah terserempak dengan beliau yang menaiki bas Intrakota seorang diri ketika penumpang berpusu-pusu hendak pergi kerja. Beliau tidak membawa rombongan, jauh sekali orang media. Pemandu dan konduktor bas pun tidak perasan bahawa tuan punya bas ada bersama-sama mereka.

Saya mulai tertanya-tanya sejauh manakah kesan daripada "rombongan Cik Kiah" membanteras harga barang yang dinaikkan sesuka hati? Siapa pula yang tinggal di pejabat membuat perancangan dan strategi apabila sebahagian bos besar pergi ke pasar?

Bagaimanapun kita bertuah kerana kerajaan prihatin dengan sengsara rakyat berhadapan isu kenaikan harga barang. Buktinya kerajaan telah melancarkan 11 langkah penjimatan dan ini adalah keprihatinan yang boleh diungkapkan sebagai "hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah." Malah ini satu permulaan yang sangat baik.

Penjimatan ini adalah penting untuk menunjukkan kerajaan tidak boros dalam keadaan rakyat terpaksa "mengikat perut". Ada sesetengah dalam kalangan rakyat sudah tidak tahu apa itu berjimat. Mereka sering tidak cukup wang untuk berbelanja perkara asas.

Kempen berjimat perlu lebih ditekankan kepada kementerian, agensi dan jabatan kerajaan yang sebelum ini kelihatan mewah untuk perkara-perkara yang tidak banyak menyumbang kepada rakyat. Lihat sahaja setiap kali bulan Ramadan, pelbagai kementerian dan agensi kerajaan berlumba-lumba menganjurkan acara "berbuka puasa." Istilah yang tepat adalah acara makan bermewah. Nilai satu meja membolehkan petani dan nelayan menampung hidup selama setahun.

Mengundang sekumpulan anak yatim atau ibu tunggal tidak boleh memadam hakikat bahawa acara berbuka puasa itu mewah dan berlebihan daripada yang sepatutnya.
Apakah majlis berbuka puasa tidak boleh diadakan secara sederhana dan untuk membolehkan lebih banyak daripada golongan yang kurang bernasib menyertainya? Adakah sesebuah kementerian atau jabatan akan dipandang serong sekiranya tidak ada majlis berbuka puasa di hotel mewah?

Mengambil semangat baharu supaya berbelanja dengan berhemah, acara berbuka puasa tahun ini perlu lebih sederhana. Kerajaan mesti menunjukkan contoh yang baik supaya boleh diteladani oleh rakyat. Ini bukanlah mustahil untuk dilakukan.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my

21 comments:

  1. puisinya indah, karya pujangga lama ya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul...karya sastrawan lama :)

      Delete
    2. ya Kang Zeer-El- Watsi pun tau...tq joe n Kang Zeer.

      Delete
  2. ya puisi syahdu lagi indah seorang sasterawan negara, pujangga lama....tq joe.

    ReplyDelete
  3. walaupun rakyat disuruh berjimat cermat, namun pihak kerajaan jg perlu 'cakap serupa bikin' jg...

    ReplyDelete
  4. ya betul tu...kita jer yg disuruh ikat perut ya....tq Khairin annies.

    ReplyDelete
  5. saya yang dari indonesia seperti tidak asing dengan sastrawan ini :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya kah...sasterawan terbilang tu....tq Kang Zeer El-Watsi.

      Delete
  6. mmg ikuti karya dier sejak dulu lagi, mmg terbaik kan kak !

    ReplyDelete
  7. ya karyanya disenangi semua...indah sekali...tq Kesuma Angsana.

    ReplyDelete
  8. Hakikat dari puisi tersebut bertambah terserlah kini. Yg kaya terus bermewah manakala yg tak mampu terpaksa ikat perut. Pagi ini kakak dengar berita nak adakan kempen turunkan harga barang. Bayangkan kalau kos membeli dah mahal macam manalah penjual nak turunkan harga. Pusing-pusing balik asal. Kata keluarga kakak. Ngomong orak nganggo untu (cakap tak gunakan gigi memang senang tak takut tergigit lidah)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betullah tu bercakap xgunakan gigi xtergigit lidah...apapun kita tengok dulu keberkesanan tindaka mrk yg bijak2 ini...manatahu berjaya syukur alhamdulillah...tq Kakzakie.

      Delete
  9. puisi yg indah..penuh dgn pngertian dan maksud tersendiri..

    macam mana pun, saya percaya langkah utk membentras masalah *global kenaikan barang* tlah di ambil oleh kerajaan..sama ada bkesan atau tidak..bgntung kpada keadaan semasa..dan sikap kita.. stuju dgn komen kakzakie..nak x nak trun naik, p sana p sini.. klau harga asal dibeli oleh penjual dah mahai.. memng akhirnya harga akan dtrima oleh pembeli akan mahal juga.... it fact :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. puisi indah nukilan penyair yg memahami...
      setuju dgn kakzakie n sobri harga barang yg dijual peruncit menurut harga pengedar...n pengedar atau org tengah akan mnrma tekanan kerana krjaan akn mengmbil peranan mrk utk mnstabilkan harga dipasaran. kita tengok saja keberhasilan tindakan krjaan itu..biar keras sedikit bkrja demi kepentingan rakyat...

      Delete
  10. entri yang sangat indah,,. puitis dan indah memang terbaik.. kagum dengan beliau

    ReplyDelete
  11. ya puisi indah nukilan sasterawan negara pada era 60-an n relasinya dgn kehidupan kini...tq Acik Aku Penghibur.

    ReplyDelete
  12. Saya suka krya beliau..
    Rega barang2 skrng ni mmng melambung tinggi. Kalau stkat bawak rm50 ke pasar..dpat seciput jer barang.

    ReplyDelete
  13. ya karya beliau dekat di hati...mmg bgtu realiti hdup sekarang ni tq Mulut Payau.

    ReplyDelete
  14. selamat siang, berkunjung dalam rangka blogwalking..

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”