Saturday, 28 September 2013

JOM MASAK DAUN-DAUN KAYU ....RESEPI KAMPUNG.

MASAK TEMPOYAK DAUN KAYU

RESEPI DAPUR TANPA SEMPADAN:

KEBANYAKAN ORANG KAMPUNG MASAK GINI JUGA, TAK PAYAH TULIS RESEPI PUN. LAGIPUN MEMANG MASAKAN ORANG KAMPUNG. PELBAGAI JENIS PUCUK-PUCUK DAUN KAYU YANG BOLEH DISAYURKAN ATAU DIBUAT ULAM TUMBUH DI SEKELILING RUMAH. HENDAK DIGUNAKAN IKUT KEPERLUAN MAIN PETIK SAJA. MUDAHNYA.

Terima kasih kepada penyumbang-penyumbang resepi masakan google...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cekak pucuk ubi, cuci dan toskan
5 helai daun kunyit muda
1/3 cawan isi petai
1 liter santan
1 keping asam gelugor
1 genggam ikan bilis, dibersihkan dan rendam
2 camca besar penuh tempoyak
Garam secukup rasa

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
6 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 cawan cili padi kampung (cm campur hijau dan merah)
3/4 inci kunyit hidup
4 batang serai, hiris halus

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Pucuk ubi dan daun kunyit, dimayang halus seperti bunga rampai, petai dipotong dua setiap satu dan ikan bilis ditos, perah dan tumbuk kasar. Ketepikan
  2. Panaskan kuali, masukkan bahan kisar halus, tempoyak, ikan bilis dan santan, kacau rata dan biar mendidih dengan api sederhana. Kacau hingga kelihatan pekar sedikit. Masukkan petai dan masak sekejap. Tambah daun pucuk ubi dan daun kunyit. Gaul rata.
  3. Masukkan asam gelugor, perasakan dengan garam secukupnya. Masak dengan api sederhana sambil dikacau hingga pekat (seperti dalam gambar). Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi panas dan ikan goreng......sedapp okehh!..



MASAK PEDE/BUDU DAUN KAYU


RESEPI VILLAKIMIKASAMAWA/BLOGSPOT.
Bahan-bahannya:
3 biji kelapa - perah untuk dapatkan pati santan (pekat)
1 ikat daun kesum
6 helai daun kunyit
10 helai daun kaduk
100 gm terung pipit
2 ikat pucuk ubi
20 tangkai cili padi - boleh kurangkan @ tambah
2 botol budu - botolnya macam yang kat dalam gambar tu
2 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
2 inci kunyit hidup
5 batang serai
3 keping asam keping - boleh juga digantikan dengan belimbing buluh (Sarah lupa nak bawa so guna asam keping jer lah...)

Cara-cara
  • Bawang besar, bawang putih, kunyit, cili padi dikisar halus
  • Semua daun-daun dihiris-hiris, jangan halus macam bunga rampai taw
  • Serai dihiris tipis-tipis
  • Pucuk ubi yang dah dihiris tadi ramas-ramaskan ia kemudian cuci dan toskannya- nak keluarkan getahnya.
  • Pucuk mengkudu pulak lepas dihiris masak sekejap untuk mengurangkan kadar kepahitannya. Kemudian tos.
  • Masukkan semua bahan yang dihiris tadi, terung, serai, asam keping, santan dan budu dalam periuk kemudian masak hingga mendidih dan kuahnya agak pekat tapi kalau nak banyak kuah boleh lebihkan santan cair.
  • Bila sudah masak bolehlah diangkat dan dihidang dengan nasi panas.
*budu tak perlu diisi hingga habis 2 botol...rasa dulu yer

7 comments:

  1. Sedapnya..yg masak tempoyak selalu juga makan, yang budu tak pernah makan lagi..

    Makan dengan nasi panas..terangkat ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masak budu ni memang resepi orang Pahang nohas...susah juga nk jumpa kecuali kat kampung-kampung....tq nohas

      Delete
  2. yang ini mmg sedap, tq share resepi kak

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama2 KA kak memang suka cara masakan orang kampung ni...kat Pahang femes sgr n disukai ramai....tq KA

      Delete
  3. MOHON SHARE...xde pun gambar botol budu sebagai contoh..??

    ReplyDelete
  4. SHARELAH BUDUNYA IKUT RASA SELERA KITA...TERLEBIH ISI MASIN PULA BOB KLANANG...TKSH.

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah..jumpa juga resepi sambal pede ni.saya teringin nak makan.pernah makan dulu waktu zaman remaja..ikut kawan balik kg di termeloh..kenangan sangat makan sambal pede dgn nasi panas berserta lauk ikan masin talang goreng berbawang.
    Allah..bertambah2 saya makan.
    Kawan saya tak dapat resepi ni sebab wan dia meninggal kemalangan sewaktu dia ditahun akhir peperiksaan.
    terima kasih pn share resepi.☺️

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”