Monday, 30 September 2013

DURIAN CREPE, LASAGNA AYAM, KEK MOIST COKLAT INA SAZA LINA...

SELALU TERPANDANG INA SAZA LINA SEORANG RAKAN FB MEMPAMERKAN PRODUKNYA DALAM STATUSNYA.

NAMPAK MACAM SEDAP SANGAT. TERINGIN PULA NAK MENGODER. NAK MERASA JUGA KUIH-KUIH YANG PELIK-PELIK NAMANYA DAN ASING SEKALI BAGI ORANG KAMPUNG MACAM AKU.

CEPAT SAJA JEJARI MENGKLIK PM DAN DENGAN YAKIN BUAT TEMPAHAN.

SEKALI INA SEDIA TERIMA TEMPAHAN DAN SANGGUP MENGHANTAR KUIH/KEK YANG DITEMPAH KEESOKANNYA. CEPAT SUNGGUH. AKU PULA BELUM BERSEDIA DENGAN DUITNYA DAN DAH MULA MENGGELABAH. KATA INA "TAK APA KAK BANK IN SAJA DUIT TU."

AIKK! SEMUDAH ITU. SUDAHLAH TEMPAHAN DIHANTAR SENDIRI KE RUMAH. BAYARANNYA BOLEH DIKEMUDIANKAN PULA. LAGIPUN PENGHANTARAN DARI KELANG KE SELAYANG JAUH JUGA.

MUJUR DAPATKU SEDIAKAN DUIT BAYARAN SEMUA KUIH-MUIH YANG DIODER SEBAIK INA TIBA. JADI TIDAKLAH INA KECEWA KERNA BAYARAN TITIK PELUHNYA TERTANGGUH PULA.

DAPATLAH BERTEMU PERTAMAKALI DENGAN RAKAN FB YANG SEORANG INI. RAMAH DAN BAIK TUTUR BICARANYA DAN NAMPAKNYA MEMANG MENGENALIKU LEWAT TULISANKU DI BLOG.

INA CEPAT SAJA PERMISI PULANG UNTUK MENGHANTAR TEMPAHAN LAIN ALASANNYA. BETULLAH TU. ORANG BISNIS MEMANG SIBUK DAN MASA BEGITU BERHARGA SEKALI.

AGAKNYA INA BELUM LAGI JAUH TAPI LASAGNA AYAMNYA SEBEKAS SUDAH HABIS DISELESAIKAN CUCU-CUCU BERDUA. SEDAP SANGAT KATA MEREKA.

APA KATA SEMPENA IDIL-ADHA ATAU APA SAJA KERAIAN YANG BAKAL DIADAKAN ODER SAJA PRODUK MAKANAN INA SAZA LINA. BELIAU TURUT MENYEDIAKAN BERJENIS-JENIS KEK DAN BISKUT DLL. BOLEH PM BERTANYA FB INA SAZA LINA.

KEK MOIST COKLAT


DURIAN CREPE


LASAGNA AYAM

Utk order bole pm/phne 0132275345

4 comments:

  1. Sedap-sedap nampaknya..durian crepe..gemuk2..puas makan macam ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang sedap nohas...boleh oder kalau nak cuba. dulu ingatkan crepe durian ni mcm ketayap bungkus isi durian, rupanya lain pulak...

      Delete
  2. semua sdp2 cuma KA tak makan crepe doyan hehehe

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”