Sunday, 13 July 2014

TAK LAPOK DEK HUJAN TAK KERING DEK PANAS....

ASSAMUALAIKUM..
Republish.


 APA KENA MENGENA PULAK YE DENGAN PEPATAH DI ATAS? BUKANNYA APA CUMA NAK MENGGAMBARKAN BETAPA EVERGREENNYA KUIH-KUIH TRADISI MELAYU KITA YANG SENTIASA DISUKAI WALAU TERDAPAT PELBAGAI RESEPI KUIH-KUIH, KUKIS-KUKIS DENGAN RESEPI TERKINI.

TAMBAHAN KITA SUDAH 14 HARI BERPUASA, ELOK JUGA BERFIKIR TENTANG JUADAH HIDANGAN RAYA KELAK. SETAKAT NAK MENYEDIAKAN KUKIS DALAM SEHARI 5 ATAU 6 JENIS SEKEJAP SAJA.

TAPI KALAU NAK MASAK KUIH-KUIH LAMA SEPERTI DODOL DAN BAHULU MEMANG MEMAKAN MASA. SETENGAH HARI BELUM TENTU SIAP MENGACAU DODOL WALAU BAHANNYA CUMA TEPONG PULUT, GULA DAN SANTAN.

DODOL

BAHULU PULA BAHAN ASASNYA CUMA TELOR, TEPONG GANDUM DAN GULA. TAPI NAK MENGEPOK TELOR, MENJEMUR TEPONG KEMUDIAN MENGADUN DAN MEMBAKARNYA BERPELUH JUGA.
BAHULU

ORANG-ORANG DULU SETIAP KALI RAYA TIDAK LUPA MENYEDIAKAN KUIH PUTU KACANG, PUTU BERAS, KARAS, BANGKIT, KUIH LOYANG, HALWA MASKAT, WAJIK DLL.
PUTU KACANG
KARAS

PUTU BERAS DIJADIKAN DARIPADA BERAS PULUT YANG DIGORENG DIKISAR MENJADI TEPONG DAN DIGAUL BERSAMA GULA KEMUDIAN DITERAP DENGAN ACUANNYA. PUTU KACANG PULA MENGGUNAKAN KACANG HIJAU YANG DIGORENG, DIBUANG KULITNYA, DIKISAR HALUS DAN DIGAUL DENGAN GULA, JUGA DITERAP MENGGUNAKAN ACUANNYA.

SUSAH KERJANYA DAN PERLUKAN KEMAHIRAN, WALAU BAHAN ASASNYA TIDAK BANYAK.

HENDAK MENGGORENG KUIH LOYANG DAN KARAS PUN KENA ADA CARANYA. KALAU TIDAK MEMANG GERENTI TAK MENJADI.

KUIH LOYANG

KUIH KARAS MENGGUNAKAN TEPONG BERAS DAN GULA SAHAJA. TEPONG DIULI BERSAMA GULA SEHINGGA GULANYA SEBATI KEMUDIAN ADUNAN ITU DICAIRKAN DAN DIGOYANG GUNAKAN ACUAN TEMPURUNG KELAPA YANG DILUBANGKAN HALUS TAPI BANYAK. SUSAH JUGA NAK DICARI ACUANNYA YANG DIJUAL KECUALI DIBUAT SENDIRI.
KUIH KARAS

KUIH ROS ATAU KUIH LOYANG RANGUP SEKALI DENGAN BAHAN ASASNYA TEPONG BERAS, SEBIJI TELOR, SECAWAN GULA DAN SANTAN UNTUK CAIRKAN ADUNAN TAPI MELEKAT PADA ACUAN YANG DIRENDAMKAN TERLEBIH DULU DALAM MINYAK YANG PANAS.

MANISNYA WAJIK DAN HALWA MASKAT TENTU TIDAK DISUKAI PENGIDAP DIABETIS TAPI RASANYA YANG LEMAK MANIS SENTIASA DIGEMARI PENGGEMARNYA.
WAJIK DIBUAT MENGGUNAKAN BERAS PULUT YANG DIKUKUS DAHULU, DISEJUKAN DAN DIMASAK SEMULA DENGAN SANTAN PEKAT BERCAMPUR GULA.DAN GULA MERAH.

KESIMPULAN TULISANKU INI ADALAH KUIH-KUIH LAMA NI BAHAN ASAS SEDIKIT DAN MUDAH MENDAPATKANNYA TAPI TIDAK MUDAH MENGHASILKANYA CANTIK TERBENTUK LAGI ENAK KECUALI MEMILIKI KEMAHIRAN MEMASAKNYA. MAKSUDNYA KENA BELAJAR BERGURU. SETAKAT IKUT RESEPI GOOGLE , GIIGLE KOT...

10 comments:

  1. semua sedap2 tu kak kuih2 yang lama ni , antara feveret KA

    ReplyDelete
  2. kuih2 lama ni mmg sedap KA sebab susah nak membuatnya....tq KA

    ReplyDelete
  3. unik tekap kuih tu
    kuih loyang tu kami adik beradik panggil kuih sarang tebuan
    hehe

    ReplyDelete
  4. ye mmg unik irfa, tp xramai yg simpan acuan ni lagi....tq irfa

    ReplyDelete
  5. peminat kuih dulu2 ni ya..tq Hans.

    ReplyDelete
  6. tengok karaih tu memang tekak kata sedap heee

    ReplyDelete
  7. karaih mmg sedap cicah kopi...tq babYpose.

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”