Saturday, 12 July 2014

KUIH RAYA KUKIS-KUKIS...

ASSALAMUALAIKUM...

Banyak sungguh kuih raya dan kukis-kukis yang ada di pasaran menanti pembeli yang meminatinya lantaran kesibukan menangani tugasan-tugasan dan tidak berkesempatan membuatnya sendiri. Raya sudah semakin dekat tibanya.pic razalela.




Tapi bagiku setakat nak membakar kukis/biskut tidaklah terlalu susah asalkan mahu. Mudah saja mengadunnya mengikut resepi yang tersedia.

bahulu Ikan

Kecuali kalau nak buat kuih-kuih lama seperti dodol, bahulu, putu kacang, putu beras, bangkit, karas, loyang dll yang perlukan kemahiran, kerajinan dan komitment yang tinggi. Bukan senanglah nak membuatnya setakat mengikut resepi saja. Mesti terlebih dahulu kena berguru dengan yang pakar.
kuih loyang


Sekarang ni teringin nak makan kuih apapun samaada baru atau lama cuma siap duit saja. Tak payah nak susah-payah nak belajar. Lagipun kan semua tu lambat.
putu kacang

Samalah dengan penulisnya pun. Setiap kali nak raya asyik mengoder segala macam kuih dan kukis-kukis. Sementelah tangan tinggal sebelah dan ilmu masak-memasak sudah tidak dapat nak dipraktikkan lagi.

Kesian kan...

12 comments:

  1. aduhai, buat or beli bukan yg utama, yg penting niat ikhlas nak jamu tetamu yg dtg berkunjung nnti !

    ReplyDelete
  2. tapi kuih yang dibuat sendiri lebih sedap rasanya kot KA...apapun penting menyediakan kuih muih hidangan utk tetamu tika raya..

    ReplyDelete
  3. ikut tahap kerajinan...mcm mak saya buat kuih mana yg anak2 dia mkan je.. yg lain smua beli..
    skarg nak jmpa kuih tradisonal yg betul sedap payah nak jmpa :)

    mnbung :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. mestilah tu..mak akan buat kuih2 kegemaran anak2nya...tq sobri rajin menabung.

      Delete
  4. Tapi ikut pemerhatian kakak org beraya sekarang macam tak kisah sangat nak makan biskut. Biasa tetamu dtg at least kita goreng mi atau spaghetti simple. Bebudak yg dtg berkunjung nak duit raya pun cuma minum air dan lebih kepada kerepek-kacang...

    Kakak belum buat pun biskut. Entahlah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi biskut n kek tetap terhidang sama kan...lambat lagi raya ...nk buat kukis sekejap saja kakzakie...tq.

      Delete
  5. perayaan hari raya. memang selalu terhidang macam2 kue ya kak.. :)

    ReplyDelete
  6. kebiasaannya begitulah Purnomo Jr...tq

    ReplyDelete
  7. Tahun ni zumal buat sendiri semua... Hehe ;)

    ReplyDelete
  8. YEKE..BAGUS TU RAJIN ZUMAL..TQ

    ReplyDelete
  9. Owh.. baru tau nama-nama biskut ni.. dulu tau makan je xD

    ReplyDelete
  10. yeke...oklah tu lambat tau xmengapa asal rajin ambil tahu...tq Yun Sing.

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”