Sunday, 1 March 2015

GULAI KETAM TUMIS DARAT...

ASSALAMUALAIKUM...


Follow · 17 hours ago 


Soalan:

apakah hukum memakan ketam nipah? ada dua pendapat yang pertama hukummya boleh dimakan oleh orang islam dan pendapat kedua mengatakan hukumnya haram dimakan oleh orang islam kerana hidup di dua alam yakni darat dan air.. Minta jelaskan. sekian..tq




Jawapan :

Ketam Nipah bukanlah daripada jenis reptilia dan amfibia, tetapi ia adalah dari jenis crustasia iaitu sama golongan dengan udang dan kerang. Keseluruhan edaran hidupnya adalah di dalam air dan mempunyai sistem pernafasan melalui insang dan bukan paru-paru. Ia bernafas menggunakan oksigen dalam air sebagai pelarut. Kehidupan ketam Nipah di darat hanya dalam tempoh masa yang singkat sahaja iaitu lebih kurang 2 atau 3 hari, kerana dalam insangnya mempunyai satu ruang pintu yang boleh ditutup dan mengandungi sedikit air. Ia menggunakan air tersebut untuk pernafasan dan sekiranya air itu kering ia akan mati. Oleh itu dari segi hukum Ketam Nipah adalah binatang yang boleh dimakan.

sumber : http://kemusykilan.islamgrid.gov.my/questions/view/1672



NAK MAKAN KETAM PUN KENA TAHU HUKUM HAKAMNYA YA. SEBAB RAMAI YANG GEMAR MAKAN KETAM SAMAADA DIGORENG, DIREBUS DIGULAI, DISAMBAL TUMIS ATAU LAIN-LAIN CARA MASAKANNYA TAPI HARUS TAHU DAN KENAL JUGA YANG MANA SATU HALAL DIMAKAN. TAMBAHAN DI HARI-HARI CUTI BERKUMPUL SEKELUARGA. TERASA TERSANGATLAH ENAKNYA DAPAT BERLAUKAN KETAM.

DULU-DULU SUKA JUGA MENCARI KETAM NIPAH TIKA MUSIMNYA BERSALIN KULIT. MUSIM KETAM JELUMU KATA ORANG-ORANG UTARA. KETAM INI SANGAT LEMBUT KERNA KULIT CENGKERANGNYA SUDAH BERTUKAR MENGIKUT EDARAN MASA HIDUPNYA. JADI SENANGLAH KITA MENGELUARKANNYA DARIPADA LUBANGNYA DI TEPI PANTAI.

HENDAK KENALI LUBANG KETAM NIPAH KENA LIHAT TANDA-TANDA PROSES KETAM BERSALIN KULIT TELAH BERLAKU BARULAH YAKIN MENYELOK TANGAN UNTUK MENGAMBIL KETAM JELUMU TERSEBUT. TIKA INI SEPIT KETAMNYA LEMBIK JADI TIDAKLAH SAKIT TANGAN KITA JIKALAU DISEPITNYA.

TAPI LEBIH SELAMAT MENGGUNAKAN BESI PANJANG YANG DIGUNAKAN PENCARI KETAM UNTUK MENGELUARKANNYA SEBAB BIMBANG JUGA SANG ULAR BERADA DI DALAMNYA TERLEBIH DULU MENANGKAP MANGSANYA.

KETAM YANG BARU BERSALIN KULIT INI BOLEH DIMAKAN KESELURUHANNYA. BIASANYA DIMASAK SAMBAL TUMIS ATAU DIGORENG RANGUP. SEDAPNYA DIMAKAN BERSAMA NASI PANAS.

KINI KETAM JELUMU TIDAK PERLU BERSUSAH PAYAH MENCARINYA DALAM LUBANG-LUBANG DI TEPI PANTAI KERNA SUDAH ADA TEMPAT YANG MENJUAL KETAM ITU SETELAH MEREKA BERJAYA MELAKUKAN PROSES KETAM BERSALIN KULIT MENGIKUT SISTEM YANG EFISIEN...




GULAI KETAM TUMIS DARAT.
KHAIRINA.BLOGSPOT.

bahan-bahan:
- ketam
- nenas
- rempah ikan
- bawang besar n bawang putih yg diblend
- santan
- garam n gula secukup rasa


cara-cara :
- campurkan kesemua bahan2 di dalam periuk, masak hingga mendidih n tutup api. (tak guna minyak n tak perlu menumis sbb nti nak tumis darat)
- masukkan bahan2 tumis darat n tutup periuk.





pic copy paste

3 comments:

  1. nice share.. saya kalau ketam ni setakat boleh makan je la.. xde la minat sangat.. hehehe...

    ReplyDelete
  2. yeke..kak minat ketam ni sedap sgt rasanya...tq pha is.

    ReplyDelete
  3. x terliur lg sbb kelmarin da dpt mkn ketam msk lemak ;-)

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”