ASSALAMUALAIKUM...
Republish.
Dia memperlihatkan keuzuran mental n fizikal
yang merisaukan ahli keluarganya.
Tidak sudah-sudah masalah yang menggelutinya
ekoran niat baiknya hendak menghentikan
penagihannya terhadap dadah. Rupanya bukan
semudah yang disangkanya untuk menganggap pengambilan pelbagai jenis dadah sebagai kesilapan masa remaja yang ingin dilupakan.
Sudah dihantar untuk rawatan pemulihan di PERSADA Sg. Besi selama dua tahun dan hasilnya dia berjaya mengekang dirinya daripada mengambil najis itu namun jiwanya seakan rosak. Seolah bukan dirinya yang sebenar lagi.
Sanggup dia menebang pokok-pokok buah-buahan di sekeliling rumahnya dan menjadikannya lapang seperti negeri yang dilanggar geroda. Emaknya hanya mampu memandang saja dengan kesal menyesak dada. Melarangnya masakan terdaya. Emak bimbangkan golok di tangan anaknya akan menebang dirinya pula.
Selesai kerjanya menebang pokok dia membongkar pula longkang simen di sekeliling rumahnya. Bukan ringan dan mudah untuk mengangkat longkang yang sangat berat itu tapi dia mampu melakukannya.
Kerosakan-kerosakan yang dilakukan si anak seolah dirinya kerasukan itu tidak dibiarkan emak lagi setelah menentang mata anaknya yang merah menyala bak saga.
Akhirnya anak emak itu dibawa berubat ke Taman Permata Gombak. Perawat-perawat di sini adalah ahli Persatuan silat Malaysia dan kebanyakan terdiri daripada guru-guru juga staff kerajaan atau swasta.
Mereka ini merawat pesakit dengan menggunakan keris kecil yang ditusuk di tapak kaki pesakit.
pic google untuk hiasan.
Bahan-bahan yang sangat diperlukan untuk proses pengubatan anak emak ini adalah daun durian belanda, limau nipis dan kelapa.
Dengan izin Allah anak emak telah sembuh dengan bantuan perawat-perawat yang ramah, berbudi bahasa dan sangat baik.
arwah sepupu pernah terlibat dgn najis ini dan yang menghairan kami semua ialah kudrat yang dia ada..boleh menebang kawasan tanah terbiar di belakang rumah emaknya dan menukarkan kawasan itu hingga jadi kebun pisang yg sgt luas..dia seolah hidup dalam dunia sendiri.
ReplyDeleteakhirnya diusia belum cecah 30an dia meninggalkan dunia ini..alfatihah buat arwah
alfatihah buat arwah sepupu irfa tu kak tumpang bersedih. dikampung kak ni ramai yg ketagih najis tu meninggal dunia tika usia msh muda..nk salahkn siapa? ibubapa puas menasihati tp xpduli...
ReplyDeletetusuk ke tapak kaki? tak berdarah ke? tak sakit ke?
ReplyDeleteHEH..HEH..TERASA JUGA SAKITNYA TU QV...TQ
DeleteKenapa boleh jadi macam tu? Bukan dia dah sembuh ke lepas keluar dari pusat rawatan? .__.
ReplyDeleteITULAH YG KITA XFHM DGN SAKIT BEGINI YUN SING...TQ
ReplyDelete