ASSALAMUALAIKUM..
Hari itu dia sibuk bersiap-siap untuk perjalanan yang telah dirancang dan dipersetujui bersama suaminya.
Anak-anaknya yang bertiga itu telah dipersiapkan serapi-rapinya.Tinggal sikecilnya yang belum imandikan lagi. 'comelnya sikecilku ini; getus hatinya. Sikecilnya itu baru saja berusia 50 hari. Sewaktu melahirkannya dia langsung tidak mengalami sebarang komplikasi. Tidaklah sesusah tika dia mahu melahirkan abang-abang dan kakaknya dahulu. Semuanya terpaksa dilahirkan di hospital. Tapi sikecil ini tidak langsung membawa masalah kepadanya.
Dengan bantuan seorang bidan kampung dan seorang jiran yang baik dia melahirkannya di rumah saja tanpa perlu berangkut ke hospital.
KakZi memang jirannya yang sangat baik dan rapat dengannya semenjak dia mula tinggal dipertempatan ini. Seringkali kak Zi dan suaminya membantu dia kerana dia yang banyak bermasalah berbanding dengan pertolongannya kepada pasangan itu walau ada juga sesekali.
Kadang-kadang dia merasa sangat menyusahkan jirannya kerana terpaksa menjadi kaunselor kekeluargaan kepadanya. Hanya dia yang mengerti situasi yang melengkungi kehidupannya. Walau pada pandangan yang lain hidupnya umpama sebuah tasek yang tenang, biru dan nyaman.
Sudah terasa jeran dan bosan kepadanya kerana setiap tahun ada saja masalah yang mengganggu kehidupannya bersama suami yang sangat dicintai itu. Dan terpaksa diuraikannya Namun dia masih bersabar sehinggalah hari ini dan mungkin seterusnya.
Masalah yang didepaninya bukanlah datang kepadanya setelah berkahwin malah dia dirumiti tika sedang bertunangan lagi. Mengapalah dia masih sanggup menyertakan dirinya ke dalam hubungan yang serba kalut itu tidak difahaminya.
Dia mungkin telah diberi petunjuk Allah akan kecurangan tunangannya dersama seorang gadis yang didakwa berkhalwat dengannya masih juga dia tidak sedar. Pelik sungguh, masih juga ada kasih sayang di hatinya terhadap lelaki yang mencuranginya. Mudah sekali menerima ajakannya untuk segera bernikah. Sedangkan bakal suaminya itu akan didakwa di mahkamah syariah bersama si gadis yang menggilainya itu, Kata lelaki itu kepadanya hanya dirinya seorang yang dicintainya. Bukannya gadis itu. Maka berkahwinlah mereka dengan akad dan janji-janji manis yang belum tentu tertunai
Betul la cinta itu buta yer akak...
ReplyDeletecinta menggelapkan fikiran agar berfikir jernih...tq zumal.
ReplyDelete