Thursday, 26 November 2026

SASTERAWAN NEGARA

 ASSALAMUALAIKUM





pic google (c)


BERITA DUNIA

.

Aku teringat suatu ketika dulu dalam tahun 70-an, emakku amat gemar menonton Berita Dunia Jam 10 malam disiarkan TV 1 RTM. TV dihidupkan menggunakan bateri besar yang terpaksa dicaj setiap minggu di kedai. Ketika itu bekalan eletrik masih tiada. Hendak menonton TV terpaksa menggunakan kuasa bateri. Aku menonton TV jika ada siaran kartun, drama, filem dan hiburan. Maklum usia masih remaja. Tapi emakku minatnya berbeza denganku. Begitu asyik sekali menonton siaran berita dunia mengikuti perkembangannya yang penuh kemelut dan krisis. Kini aku pula mewarisi minat emakku mengikuti cerita dunia pelbagai citra. Tapi sudah belasan tahun tidak menonton TV. Aku hanya mengikuti segala berita melalui media sosial. Lebih mudah dan tiada gangguan iklan.

.

Hari Wanita –

bateri televisyen

berita dunia

 

SASTERAWAN NEGARA

 

Aku menulis sekadar bermain-main menyusun aksara mengisi masa. Tapi insya-Allah berpeluang juga bertemu dengan beberapa sasterawan terkenal ketika turut sama berada dalam acara sastera walaupun sekadar memandang dari jauh. Pernah bertemu Sasterawan Negara, Usman Awang ketika aku mengikuti kursus penulisan anjuran DPMP di Temerloh. Sasterawan Negara A Samad Said dapat kupandang wajahnya tika beliau turut hadir dalam majlis pelancaran antologi penulis puisi Malaysia dan Russia di premis kebudayaan kedutaan itu.

Kini Sasterawan Negara yang pernah melintas pandanganku telah mendahului langkah menemui-Nya. Dan  meninggalkan timbunan karya bernilai sebagai warisan  khazanah negara. Kehilangan sosok tokoh sasterawan terbilang itu amat dirasai ketiadaannya. Hanya doa dikirim semoga kedua-dua Sasterawan Negara itu dicucuri rahmat kecintaan-Nya ganjaran budi amal ibadahnya tidak terhingga.

.

kemboja putih -

Sasterawan Negara

hijrah abadi


No comments:

Post a Comment

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”