Friday, 9 October 2026

PUTERI SYURGA IRENE SOFIA

 ASSALAMUALAIKUM

SALAM JUMAAT MULIA



PUTERI SYURGA – IRENE SOFIA

.

Hadirnya nanti dengan munajat

Irene Sofia melakar seri

Allah kabulkan doa berhajat

sujud tawaduk bersyukur diri

 

Di belai kasih bonda mengandung

sepenuh sayang tarbiah ramu

aral musibah ditangkis lindung

ayah merias permata ilmu

 

Malang menimpa  sukar dijangka

sikap durjana zalimnya hati

parah berdarah seksa terluka

didera  kejam  nafasnya henti

 

Damai solehah tenang semadi

bersua cinta mengurai rindu

bertaut salam santun abadi

berbahagia hapuslah sendu

.

Tinggalkan  fitnah sarat pesona

taman firdausi langkah diatur

lintas dugaan tuju ke sana

biarkan fana bermain catur                      


                    BADAI LALU . Menabur angin menuai badai tanah beradat dilanda debar lerai simpulan memandai-mandai bicara kalut fitnah disebar . Tiada cakna kerumitannya citra sebenar bukan begitu angkara khilaf memahaminya kemulut kusut dibelit buntu . Aturan asal cuba dibuang tikai segala telingkah terus undang luaknya bulat perjuang tekad berada di jalan lurus . Percikan api bahang membara biar menyala bakar emosi rentunglah hati jantung negara mudarat rata segenap sisi . Usaha padam segala resah cerana aqil bijak bestari siraman embun dingin membasah keruh dibuang jernih berseri

     

No comments:

Post a Comment

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”