Thursday, 15 October 2026

DEWAN PEPERIKSAAN

 ASSALAMUALAIKUM



ISTILAH

.

Diksi  samar bayang

makna pudar erti

jauh tafsir beza

.

Jelas  terang serlah

sisih buang durja

fitnah salah ramu

.

Sengketa  cetus tikai

faham masih waham

gelut konflik kacau

.

Hanya  kerana istilah

punca krisis gusar

sasar sentuh rusuh

.

Pandang  sinis resah

marhaen fakir ilmu

biar segera lalu

.

Naratif  sastera jelata

tulis ayat mudah

terus hadam lumat

 

BAHASA ALAM



Buana alam semesta

erbahasa dalam isyarat

baca iktibar nyata

 

mega mendung merundung

bayu bergolak ribut

lintasan kilat berserak

 

gema dentuman guruh

sela ruang gerhana

antara derai hujan

.

Arus sungai mengalir

limpah tebing darat

ampuh tanah hanyut

.

sebalik wujud  petanda.

Bisik nyata suara

bertukar ketika semi

.

rahmat Pencipta sempurna.

cari pedoman selirat

maksud hakiki firasat.

 

 

 

DEWAN PEPERIKSAAN

.

Helai  kertas soalan

atas meja kecil

calon memegang kalam

.

Merenung  tanda tanya

jawapan telah sedia

susun aksara senarai

.

Berlari  dengan masa

mencari makna tepat

persembah pada Pemeriksa

.

Capai  bayang gentayang

keliru hujung pangkal

mana satu pilihan

.

Dering  loceng penggera

tamat waktu gelisah

ujian universiti kehidupan

.

Sunyi dewan luas

dalam teka teki

keputusan-Nya hakiki nanti


2 comments:

  1. Akhir tahun dah musim peperiksaan kan kak

    ReplyDelete
  2. Teringat jaman amek spm dulu.
    Duduk kat dewam peperiksaan, semua tak boleh nak jawab.

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”