ASSALAMUALAIKUM
MENEKA SU
ASANA
.
Teka warna hari
tafsir biru jingga
indigo hijau kuning
.
Tiba mega kelabu
gelap gumpal gelita
hujan renyai gerimis
.
Celah jerebu ruang
bahang hangat suam
siang muram kembali
.
Sirna lingkung pelangi
menanti takdir mencorak
alam hayat fana
.
Gulir roda saat
Ogos jelang akhir
sajak merdeka ukir
.
Serap suasana jelma
lonjak asa tingi
suara laung gema
PARIDAH ISHAK
Desa Melor Serendah
18/8/026

Gulir tu perkataan baru bagi saya...
ReplyDeletetksh sueann gulir tu macam roda yg berpusing
DeleteIndah sungguh nukilan sajak Kak PI ni.Bila agaknya bait puisi puitis macam ni bakal dijadikan buku kompilasi?
ReplyDeletetksh syaz sokongannya ebtahlah bila nk terbit kompilasi puisi
DeleteBanyak juga perkataan yg uncle terpaksa gugel untuk faham....
ReplyDeletetksh uncle xpa gugel tambah ilmu
DeleteKarya2 hebat PI ni patut dibukukan
ReplyDeletetksh wp sokongannya entah bila nk bukukan huhu
Deletesemuanya mcm menggambarkan perubahan hidup yg sentiasa berputar...
ReplyDeletetksh anies perubahan kehidupan ikut ars masa
Delete