Thursday, 25 June 2026

BUBUR ASYURA

 ASSALAMUALAIKUM


SELAMAT HARI ASYURA




BUBUR ASYURA
.
Di kampungku dahulu, apabila tibanya awal Muharam, jiran-jiran mula merancang untuk mengacau bubur asyura. Masing-masing berpakat menyediakan bahan mengikut kemampuan. Penduduk di kejirananku memilih untuk memasak bubur asyura cara utara yang terkenal dengan rasa manis dan pelbagai ramuan.
Antara bahan yang digunakan ialah kelapa, gula merah, gula pasir, tepung beras, kacang hijau, pisang, keledek dan jagung. Apabila tiba hari yang ditetapkan, jiran-jiranku berkumpul di rumah Kak Poziah dan Abang Din. Tiga tungku didirikan bagi menampung kawah besar yang sarat dengan bahan bubur asyura. Api dinyalakan menggunakan kayu yang disusun bersilang.
Bermulalah kerja mengacau bubur secara bergotong-royong. berseli canda dan gelak tawa. Setelah masak, setiap keluarga menerima setalam bubur asyura untuk dibawa pulang. Selebihnya dihantar ke surau bagi dinikmati oleh para jemaah selepas menunaikan solat Maghrib dan Isyak.
Tradisi itu bukan sekadar menyediakan juadah, bahkan menjadi lambang muafakat dan eratnya hubungan sesama jiran.
.awal Muharam -
bubur aneka bahan
kesepakatan

No comments:

Post a Comment

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”