Monday, 18 May 2026

UNTA MASUK DALAM LUBANG JARUM

 ASSALAMUALAIKUM



Imej paparan unta masuk ke dalam lubang jarum. Menyatakan makna, sesuatu perkara sukar atau hampir mustahil dilakukan. Secara logik unta yang besar masakan boleh masuk dalam lubang jarum yang kecil. Secara kiasan, “unta” melambangkan masalah kompleks, manakala “lubang jarum” anologi jalan penyelesaian sempit. Situasi gambaran tentang suatu perkara amat susah dicapai kejayaannya.Tanpa usaha dan ilmu kejayaan besar yang hendak dicapai ibarat unta masuk dalam lubang jarum.
Kiasannya juga dikaitkan dengan kesukaran amat ketara untuk melaksanakan rencana, Surah Al-A'raf ayat 40, juga menjelaskan betapa mustahil mereka yang mendustakan ayat-ayat Allah dan bersikap sombong tidak akan masuk ke syurga sehingga unta masuk dalam lubang jarum..
Memang sesuai dihubungkan dengan pelbagai situasi semasa kerana banyak perkara hari ini kelihatan mudah, tetapi sebenarnya sukar dicapai tanpa usaha. Contohnya seperti dalam situasi kini. Kos sara hidup melonjak. Rakyat marhaen tertekan. Sukar berbelanja justeru pendapatan amat sedikit. Terpaksa menghadapinya berterusan.
Dalam aspek pendidikan, pelajar ingin berjaya tanpa belajar bersungguh-sungguh, kejayaan semata impian sehingga unta masuk dalam lubang jarum. Meninjau sudut alam sekitar, usaha memulihkannya setelah pencemaran dan kerosakan dilakukan juga sangat mencabar. Jika masyarakat masih tidak menjaga alam,
Menjengah media sosial pula, usaha membezakan berita benar dan palsu semakin sukar kerana terlalu banyak maklumat menggunakan imej AI (Bijak Palsu) meragukan.
Dalam konteks polemik United States dan Iran, boleh difahami sebagai usaha sukar meleraikan sengketa kedua-dua negara kerana mempunyai sejarah permusuhan, politik dan saling curiga. Amerika Syarikat menekan Iran melalui sekatan ekonomi dan ketenteraan.
Rundingan damai antara kedua-dua pihak tidak berjaya.. iran manfaatkan Selat Hormuz, menjadikannya dominan terhadap ekonomi dunia terutama minyak dan perdagangan laut.
Maka, usaha mencapai perdamaian antara Amerika Syarikat dan Iran memerlukan kompromi dan diplomasi.
Mungkin juga sehingga unta masuk dalam lubang jarum baru selesai permasalahannya. Insya-Allah. Sesuatu kejayaan besar tidak dicapai dengan mudah tanpa kesungguhan, kebijaksanaan dan kesabaran
♦️ KOMENTAR
~ rangkap #1 > *kejayaannya.Tanpa - selepas tanda nkotah, hendaklah dijarakkan ayat perkataan berikutnya.
~ rangkap #1 > "unta" tak perlu tanda baca petikan.
-----

No comments:

Post a Comment

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”