ASSALAMUALAIKUM
.
Adi Zaman lalu denai hidup
pancaroba
hadap silih ganti
bahang
panasnya cuaca redup
pahit getirnya
menyulam erti
.
Allah kurnia nikmat usia
berkat rezeki
doa ibadat
wujud ternyata
sarat rahsia
merungkai padu
terlalu padat
.
Lari masa tinggal jauh kenang
tulis puisi
riwayat langkah
selak membaca
tangis berlinang
binaan cinta
semakin rekah
.
Masih berdiri jua di sini
berjejak tapak
meskipun runsing
gemala minda
jiwa kersani
terbiar lesu
kian terasing
.
Tokoh nusa itu hanya satu
menghela nafas
meniti saat
hadir suatu Allah
penentu
dengan
makrifat raih manfaat
MANTERA SIHIR
.
Jampi mantera pawana sihir
hembus ruangan
dunia fana
luasa fitnah
curiga zahir
nawaitu hitam
panah laksana
.
Berdendang lagu lunak suara
perdaya makna
hasrat terlukis
sembunyi balik
susun aksara
tafsiran benar
kian terhakis
.
Mengocak damai cipta akibah
menyisih
pandang arah utama
cetus sengketa
derita gubah
terkedu kata
gejolak atma
.
Kekejamannya
normalisasi
mendera wujud
nafas bernyawa
mencemar aman
memagar sisi
lakar derita
korbankan jiwa
HAKIKAT
SEBENAR
.
Jelas hakikat wajib percaya
kebenarannya
nyata terserlah
patung
bergerak berbagai gaya
pemain pakar
ligat mengolah
.
Di mana-mana telah berada
jarah selamba
jajah fikiran
menguasainya
lingkar persada
menuju tentu
pasti sasaran
.
Bebas merdeka nusa berdaulat
semata-mata
sekadar nama
tafsirkan erti
terkulat-kulat
kusut simpulan
selama-lama
.
Masih merasa terlalu kerdil
dipergunakan
biar sahaja
padam sinaran
cahaya kandil
gelap gelita
susah mengeja
.
Diulit harta mewah segala
hindar
sengsara daif membelit
ikut mahunya
arus sehala
hendak
menongkah teramat sulit

peringatan bahawa setiap perjalanan hidup itu ada hikmah yg tersembunyi...
ReplyDeletetksh anies ya perjalanan hidu berliku sarat duga
Deletesetiap perjalanan kita memang penuh dengan liku liku
ReplyDeletetksh dik liku hidup sedia hadap duganya dgn tabah
Delete