ASSALAMUALAIKUM
SEMANGAT TAHUN BAHARU 2026
Nama dia Puan wani Wani.
Jadi memang biasa lah, student datang jumpa bukan nak bawa hadiah, tapi nak bawa masalah.
Wani ni datang jumpa aku lebih kurang 6 bulan lepas. Muka blur. Nada suara pun blur. Hidup pun blur.
Bisnes A gagal.
Bisnes B sangkut.
Bisnes C tinggal kenangan.
Akhirnya dia tanya aku ayat paling biasa orang tanya
“Cikgu KJ, saya patut buat apa sebenarnya?”
Aku pandang dia lama sikit. Aku tanya satu soalan je.
“Awak pandai masak tak?”
Dia angguk. Angguk yang perlahan. Angguk orang tak yakin dengan diri sendiri.
Aku tak ceramah panjang. Aku hulur satu kilo kambing dekat dia.
“Masakkan kari. Masak yang paling sedap awak pernah masak. Saya lapar.”
Tanpa banyak soal, dia terus masuk dapur.
Aku tunggu. Badan penat, perut kosong, hati pun kosong sikit masa tu.
Bila kari siap, aku makan depan dia. Diam-diam. Sudu demi sudu.
Aku senyum. Dia pandang aku macam orang tunggu keputusan SPM.
“KJ, boleh tak bantu saya. Apa yang saya boleh buat untuk bisnes saya?”
Aku terus hulur satu senarai nama. Nama pelanggan aku yang selalu cari orang masak kambing.
Aku cakap kat dia,
“Saya tak ambil satu sen pun. Tapi syarat aku satu, jujur dan amanah. Sebab semua ni pelanggan aku. Nama aku taruh kat situ.”
Dia pandang senarai tu.
Terus pucat.
“Banyaknya KJ. Tak mampu saya buat. Saya tak pernah buat katering, saya datang minta nasihat biz saya yang dah jatuh.”
Aku pandang balik muka dia. Nada aku masa tu memang tak lembut.
“Tadi awak merungut sebab tak ada bisnes.
Sekarang saya bagi bisnes, awak merungut lagi. Sebenarnya awak nak apa?”
Aku jenis tegas.
Dengan anak murid, aku memang pantang alasan. Bukan sebab aku kejam. Sebab dunia luar lagi kejam.
Aku sambung
“Anggap ni cabaran. Buang semua alasan. Mulakan tindakan.”
Dan dia buat.
Order pertama dia buat sorang. Order seterusnya, suami masuk bantu. Lepas tu mak ayah pula turun dapur.
Dapur kecil bertukar dapur besar. Satu kawah jadi sepuluh kawah. Satu team golek jadi tiga team jalan serentak.
Dari pelanggan aku, dia mula ada pelanggan sendiri.
Hari ni, alhamdulillah, aku ada 5 panel katering.
Yang dulunya tak pernah terfikir pun nak masuk dunia katering. Semua dari bekas pelajar aku
Selalu orang tanya aku
“KJ kenapa tak buat katering sendiri? Kan untung lebih?”
Jawapan aku senang je. Kalau kita kejar semua, kita penat. Cukup aku jaga kambing. Rezeki aku di situ.
Setiap rezeki kita
Ada rezeki orang lain terselit sama. Kalau kita lapangkan, Allah luas-luaskan.
Tadi Wani datang jumpa aku. Tak bawa envelope. Tak bawa hadiah mahal.
Dia bawa sekarung beras.
Tanda terima kasih.
Aku senyum. Bukan sebab beras tu. Tapi sebab dia tak lupa.
Tak lupa guru yang garang.
Yang tegas.
Yang berprinsip.
Dan insyaAllah, target aku bukan nak kaya sorang-sorang. Target aku, 10 panel katering di bawah aku.
Semua bermula dari bawah. Dan semua ni, aku serah balik pada Allah.
Kalau semua tak keberatan boleh tak kita doakan pada Puan Wani
Insyallah asbab doa kita semua dia lebih berjaya
Ya Allah
Tuhan Yang Maha Pemurah, Maha Meluaskan Rezeki.
Aku serahkan urusan Puan Wani sepenuhnya ke dalam penjagaan-Mu.
Kau yang membuka jalan rezekinya dari dapur kecil, Kau jugalah yang berkuasa meluaskan langkahnya ke medan yang lebih besar.
Ya Allah
Berkatilah setiap masakan yang keluar dari tangannya
Jadikan ia asbab kegembiraan pelanggan,
dan saksi kepada rezeki yang halal lagi diberkati.
Kurniakan kepadanya kekuatan tubuh dan ketenangan hati, lapangkan fikirannya saat penat
Dan jauhkan dia daripada fitnah, khianat, serta ujian yang melemahkan semangat.
Ya Allah
Peliharalah kejujuran dan amanahnya dalam berniaga, kerana dengan sifat itulah Engkau angkat darjat hamba-hamba-Mu.
Jadikan usahanya bukan sekadar mencari rezeki, tetapi medan pahala, tempat menyara keluarga,
Dan jalan untuk memberi manfaat kepada orang lain.
Jika dalam perjalanannya ada jatuh dan luka, Engkau bangunkan dia dengan hikmah.
Jika ada kejayaan
Engkau pelihara hatinya dari rasa sombong dan lupa diri.
Dan akhirnya Ya Allah
Jadikkan kejayaan Puan Wani kejayaan yang mendekatkan dirinya kepada-Mu, berjaya di dunia dengan rezeki yang halal
Dan berjaya di akhirat dengan redha-Mu.
Amin Ya Rabbal ‘Alamin.

No comments:
Post a Comment
Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”