ASSALAMUALAIKUM
HADIAH 2025
Alhamdulillah, aku amat bersyukur ke hadrat-Nya atas kurnia yang mengizinkanku terus bernafas, meniti kehidupan dan menikmati rahmat yang melimpah hingga ke hari ini. Terlalu banyak nikmat untuk disenaraikan satu per satu.
Sepanjang tahun 2025, aku menerima rezeki berupa hadiah ilmu yang bermanfaat daripada Sifu Tabir Alam yang tidak jemu memberi bimbingan dalam menghasilkan karya kesusasteraan. Tanpa terduga, insan yang amat kukagumi ini sudi pula menziarahiku pada Aidilfitri lalu bersama Puan Isteri dan anak muda kesayangan, Tidak ketinggalan membawa penganan istimewa. Terima kasih, Sifu, atas budi dan kesudian. Kunjungan yang mengejutkan menitiskan air mata syahdu dan rasa terharu.
Rakan-rakan penulis seperti Hanna Sophia Hannafi dan Nizam Wahid turut mengunjungiku dengan membawa hadiah buku. Cikgu Nazim Mohd Subari, Cikgu Mustafa Siraj serta Akademi Sanggar Nurimas pula sudi mengirimkan buku karya masing-masing. Aku amat berterima kasih atas segala kesudian yang tidak terhingga nilainya.
Kenalanku di laman blog, iaitu Blogger Notie, Blogger Abe Kie dan Blogger Annies, turut mengirimkan pelbagai hadiah atas kemenangan segmen anjuran mereka kusertai. Alhamdulillah. Terima kasih banyak, sahabat-sahabat blogger.
Selamat menyambut tahun baharu 2026. Semoga tabirnya terbuka, menyerlahkan sinar kebahagiaan yang didambakan semua.
MERONDA KAMPUNG
.
Aku baru saja belajar
membawa motorsikal kepunyaan bapaku. Walaupun aku tidak begitu cekap
menunggangnya, aku beranikan hati umtuk membawanya ke mana saja meronda
kampungku. Aku singgah di rumah kawanku pada suatu petang. Mengajaknya
mengikutiku. Aku merasa Fazilah telah menaiki motorsikal dan berada di
belakangku. Aku pun menggerakkan motorsikal kerana injinnya tidak kumatikan.
Meluncur sedehana kelajuannya di atas jalan kampung beraspal. Aku bertanyakan
sesuatu pada kawanku itu. Tapi dia tidak membalasnya. Aku pula tertanya-tanya,
kenapalah kawanku itu berdiam saja. Hendak menoleh memandangnya, aku bimbang
akan terlanggar sesuatu kerana terlepas pandang. Setelah puas meronda, jalan
akhirnya ialah berpatah-balik ke rumah Fazilah. Aku terkejut melihat kawanku
itu tersengih di tangga rumahnya memandanhku.
“ Hang tak naik motor
ka tadi. Aku ni puas bersembang dengan hang.” Fazilah tertawa.
.
motosikal bapa –
sepetang semi redup
luncuran sunyi
Alhamdulillah.. kenangan manis tahun 2025 :)
ReplyDelete