ASSALAMUALAIKUM
Artikel;
Prof Dr Salmah Amir
POLEMIK MARTABATKAN BAHASA MELAYU
Kita sering
mendengar frasa “Martabatkan Bahasa Melayu”.
Ahli bahasa berjuang, semangat membara, melahirkan rasa cinta kepada bahasa
ibunda ini. Namun, persoalannya, adakah semua benar-benar peduli?
Bagaimana dengan para menteri dalam kabinet, guru Bahasa Melayu, masyarakat
Melayu sendiri, media Melayu yang berpengaruh, syarikat tempatan, atau keluarga
berstatus tinggi?
Sayangnya,
masih tiada yang benar-benar serius menggunakan Bahasa Melayu dengan penuh
hormat dan kesedaran. Sudah 68 tahun kita merdeka, namun jentera kerajaan masih
belum sepenuhnya mengutamakan penggunaan Bahasa Melayu. Lihat dan dengar
sendiri ketika sidang di Dewan Rakyat , wakil rakyat sendiri tidak menggunakan
Bahasa Melayu sepenuhnya. Sepatutnya, hanya mereka yang fasih dan mampu
menggunakan Bahasa Melayu layak bersidang di Parlimen Malaysia, negara yang
menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa utama.
Perlu
ada pemantauan dan tindakan terhadap mereka yang tidak menggunakan Bahasa
Melayu dalam urusan rasmi kerajaan mahupun di sekolah. Rakyat Malaysia
sepatutnya berbahasa Melayu seperti rakyat Indonesia yang hanya menggunakan
Bahasa Indonesia di khalayak, atau rakyat Singapura yang berbahasa Inggeris di
ruang awam.
Sebaliknya, Malaysia kini menjadi negara rojak bahasa termasuk bahasa
Bangladesh, Pakistan, Myanmar, Nepal dan pelbagai lagi.
Pernah terjadi, ketika berbelanja di emporium, sukar berurusan dengan pekerja
asing kerana mereka tidak faham Bahasa Melayu.
Ironinya, mereka masih dibenarkan bekerja di negara yang kononnya mengutamakan
Bahasa Melayu.
Agensi
yang membawa mereka masuk sepatutnya diwajibkan memberi kelas Bahasa Melayu,
sebagaimana Jepun mewajibkan pelajar atau pekerja asing belajar Bahasa Jepun
selama 2 minggu hingga 6 bulan sebelum menetap di sana.Penggunaan Bahasa Melayu
perlu bermula dari pucuk pimpinan sehingga anak prasekolah.
Kesedaran mesti disemai sejak awal dengan dasar penggunaan seratus peratus
Bahasa Melayu, terutama di tempat awam, demi memartabatkan bahasa
kebangsaan.
Kerajaan
harus menggunakan kuasa yang ada untuk menegur dan menghukum mereka yang
mengabaikan Bahasa Melayu termasuk di
Parlimen.
Setiap ketua jabatan kerajaan perlu menjadi contoh utama.
Papan tanda di seluruh negara, termasuk tandas awam, mesti ditulis dalam Bahasa
Melayu. Ambil contoh di Jepun, setiap tanda dan maklumat awam dalam bahasa
mereka sendiri.
Itulah
cara sebenar mereka memartabatkan bahasa ibunda: bukan oleh individu atau
persatuan, tetapi oleh seluruh jentera kerajaan. Di Malaysia, ejaan dan
tatabahasa pada papan tanda sering tidak mengikut Kamus Dewan Bahasa dan
Pustaka (DBP). Tiada tindakan diambil walaupun kesalahan tergantung lama. Malu
rasanya jika pelancong luar melihatnya.
Lebih menyedihkan, ramai di kalangan jiran dan kenalan sendiri lebih selesa
bertutur dalam Bahasa Inggeris, seolah-olah lupa bahasa asalnya.
Sedangkan di United Kingdom, rakyatnya berbangga menggunakan Bahasa Inggeris.
Lucunya, ada rakyat Malaysia yang baru dua minggu di sana pulang dengan loghat
Inggeris yang tebal!
Perbezaannya, ada yang menggunakan Bahasa Inggeris untuk
memperkukuh ilmu, dan ada pula yang melakukannya kerana rasa bangga berlebihan.
Kini wujud pula
fenomena “bahasa campur”:
“Kedai Spek” —
bukan kedai cermin mata,
“Kafe” — bukan kedai kopi.
Jika benar ingin memartabatkan Bahasa Melayu, perlu ada undang-undang yang
tegas terhadap penyalahgunaan bahasa.
Di
Singapura dan Indonesia, sistem pendidikan dilaksanakan sepenuhnya dalam bahasa
utama negara masing-masing.
Saya sendiri pernah bersekolah di Singapura pada tahun 1961 — kami diwajibkan
bertutur dalam Bahasa Inggeris sahaja.
Setiap perkataan dalam bahasa lain dikenakan denda lima sen.
Peraturan itu turut dimaklumkan kepada ibu bapa dalam buku peraturan sekolah.
Lima sen ketika itu besar nilainya, cukup untuk membeli air atau kuih.
Saya pernah berjalan kaki sejauh lima kilometer pulang ke rumah kerana denda
itu menggunakan duit tambang bas saya.
Namun itulah pengajaran berharga. Hasilnya, sehingga kini, orang Melayu di
Singapura fasih berbahasa Inggeris tanpa rasa kekok. Mereka terbiasa sejak
kecil kerana dasar pendidikan yang konsisten.
Malaysia
sudah merdeka 68 tahun. Tapi individu atau persatuan tidak mampu berjuang
sendiri tanpa sokongan kerajaan.
Kerajaan mesti menggubal dasar dan strategi yang jelas untuk memartabatkan
Bahasa Melayu berdasarkan Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka.
Hanya melalui dasar kerajaan yang tegas, barulah Bahasa Melayu benar-benar
menjadi bahasa utama dan dihormati.
Saya
sendiri baru memiliki Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka selepas terlibat dalam
penulisan. Sebelum itu, hanya Kamus Oxford dan Collins yang saya gunakan.
Bahasa Melayu saya terbentuk daripada apa yang saya dengar daripada ibu, ayah
dan persekitaran.
Dalam
bidang kejururawatan pula, bahasa yang digunakan sering bercampur antara
istilah Melayu dan Inggeris bukan agar pesakit faham.
Tujuannya tetap sama sebagai komunikasi dan memberi kefahaman. Kesimpulannya, hanya
kerajaan yang mempunyai kuasa dan keupayaan untuk menjadi penggerak utama
dalam memperkukuh penggunaan Bahasa Melayu.
Tanpa tindakan tegas dari peringkat tertinggi, frasa “Martabatkan Bahasa
Melayu” akan terus tinggal sebagai slogan kosong semata-mata.

Begitulah Bahasa Melayu, pasti terpalit juga bahasa camuran tu..Perlu benar2 dipandang Bahasa Melayu Bahasa Kebangsaan.
ReplyDeletetksh cikgu ya bahasa jiwa bangsa mesti mertabatkannya setinggi nilainya
Deletelama dulu allahyarham TS P Ramlee bagitau .. "Bahasa menunjukkan bangsa!"
ReplyDeletetksh ustaz ya pandangan TSP Ramlee bijaksana
DeleteTahniah Sis Salmah Amir. Suara berani. Terima kasih sahabatku Ida.
ReplyDeleteTKSH LELA PANDANGAN SAL MMG BERNAS.
Deletesuatu ketika dahulu bahasa melayu menjadi lingua franca... kalau kena caranya tak mustahil ia boleh berulang kembali...
ReplyDeleteSaya pernah kuliah di penang 4 tahun. Teman2 Saya kebanyakan foreigners saat itu tp ada juga orang malaysia, hanya saja chinese. Krn waktu itu saya kuliah di college swasta, jd students kebanyakan orang asing ataupun chinese malaysia
ReplyDeleteCuma yg saya heran, teman2 chinese malaysia say, tidak bisa bahasa melayu. Merekanhanya bercakap dengan bahasa mereka sendiri atau bhs inggris jika bicara dengan saya.
Saya sempat heran juga, krn chinese Indonesia, semua lancar bicara bhs Indonesia , bahkan kebanyakan mereka tidak lagi bisa bicara bahasa nenek moyangnya. Benar2 sudah menyatu bahasa Indonesia dlm hidup mereka.
Ada bagusnya juga malaysian lancar bicara bhs Inggris. Tp memang sebaiknya bahasa melayu harus tetap dikuasai oleh semua warga negaranya. Just my two cents. Jika bukan warga negara yg mencintai bahasanya sendiri, siapa lagi kan.