ASSALAMUALAIKUM
FARDU KIFAYAH
.
Jelaslah hukum fardu kifayah
walau semua tidak mengena
namun anggapan tiasa payah
.
Dalam ibadah kala laksana
gugur melerai hukuman Allah
kerana aral rintang persona
.
Menuntut ilmu dakwah risalah
beroleh jaya saling membantu
daya usaha usai masalah
.
Nasib suratan sudah tertentu
namun berbeza sapa siapa
tiba takdir-Nya mengetuk pintu
.
Jatuh sengsara terkapa-kapa
merenung murung runsing membelit
malanglah diri bertimpa-timpa
.
Pandangan Allah liput semua
susah dan senang berkait jua
Setuju sangat
ReplyDeletetksh syaz sokongannya
DeleteSusah itu satu ujian, senang pun ujian juga.
ReplyDeletetksh amie selagi hidup reda ujianNya
DeleteMencari rezeki, menjaga keluarga bertanggungjawab pada makan dan minum keluarga adalah fardu kifayah juga..Terima kasih ingatan ya
ReplyDelete