Tuesday, 26 August 2025

CEMPURIAN NANGKADAK

 ASSALAMUALAIKUM



CEMPURIAN NANGKADAK

.

 

Tahukah tentang cempurian? Aku pun baru tau setelah membaca catatan Blogger Warisan Petani dalam laman blognya. Beliau turut sertakan gambar cempurian tersebut. Rupanya cempurian ialah hasilan campuran antara gen cempedak dan durian. Tapi peliknya tidak menjadi durian berbentuk cempedak. Masih juga berupa biasa seperti cempedak. Mungkin bergabung rasa dan aroma kedua-duanya. Aku pun teruja hendak merasainya. Selain cempurian beliau juga menulis tentang buah nangkadak. Buah apa pula tu? Nangkadak ialah hasilan gen buah nangka campur cempedak. Jadilah nangkadak. Rajin betul sahabat blogger mantan pegawai awam ini berusaha memajukan dusunnya dengan pelbagai produk pertanian.

 

.

petani moden -

cantuman gen cempedak

jana idea 

 


8 comments:

  1. SA pun baru first time dengar tentang Cempurian ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tksh SA sedap rasa cempedak campur durian tu

      Delete
  2. Assalamualaikum kak, sihat2 selalu.. nangkadak tu biasa, sempurian tu baru lani dengar.. macamna lah rasa agaknya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam amiin tksh ustaz mesti cuba rasa cempurian.

      Delete
  3. samalah kak PI, saya pun tahu dari perkongsian Wak di WP , teringin juga nak merasa kan , mudah-mudahan satu hari nanti ada rezeki nak rasa, aamiin

    ReplyDelete
  4. Kalo rumah saya dekat dengan Wak WP, dah pasti saya nak beli hasil kebunnya juga kak 😍😄. Penasaran sangaaat dengan persilangan buah2 ini. Lain macam kan. Pasti sedaaap. Juga. Terbayang aromanya semakin wangi

    ReplyDelete
  5. Baru tahu, hebat ni..sungguh luar biasa..ada napak gambar rasa nak tanya tapi ada rasa segan..ni lah pula kan..

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”