ASSALAMUALAIKUM
SESAT
“Lama kau tiada, ke mana?”
“Aku ke Indonesia.”
“Jalan-jalan tengok tempat orang ya?”
“Tak! Aku dengan kawan-kawan pergi kejar hantu.”
“Hah? Pelik tu. Tapi kau memang pelik pun. Suka buat kerja yang
pelik-pelik.”
“Memang dah hobi aku gitu. Hobi kita masing-masing kan berbeza.”
“Ya aku tau. Tapi dapat tangkapkah hantu yang dikejar?”
“Tak dapat. Hutan di Indonesia tebal. Kawan-kawan aku ada yang
sesat. Aku pula terpaksa cari mereka. Hilanh
cerita nak kejar hantu.”
“Hmm gitu pulak! Tapi kau nak buat apa dengan hantu? Lebih baik
kau duduk rumah tanam sayur, bela ayam atau buat kerja yang berfaedah daripada
kau buang duit keluar Negara cari hantu. Masa ni harga barang semua mahal. Tariff
letrik naik. Kau pun bukan mahakaya. Marhaen macam aku juga."
“Itulah kau tak tau. Kejar hantu dah jadi kerjaya aku untuk cari
duit nak bayar segala kos hidup kini. Sebagai penggiat media video.”
“Jangan sebab nak cari duit dengan kejar hantu kau makin
tersesat jauh hingga tak jumpa pulang
sudah. Hantu syaitan ni kerjanya memang menyesatkan kita,”
saya kadang-kadang pelik dengan hobi yang pelik macam ni kak PI , macam tak bermanfaat dan buang masa je kan hehe :)
ReplyDeletetksh ana ya hobi orang la ni pelik2 kan
DeleteMacam2 aktiviti orang2 paranormal sekarang ni
ReplyDeleteKenapa saya JD ingat case influencer Malaysia yg pura2 hilang di hutan Jawa Barat yaa 😅. Hanya utk konten ternyata. Tp bersyukur lah mereka hanya pura2 hilang . Sebab hutan di sini memang masih banyak yg bahaya.
ReplyDelete