Friday, 21 February 2025

SANTAN KELAPA

 ASSALAMUALAIKUM



SANTAN KELAPA


Harga santan kelapa kini semakin mahal, seiring dengan peningkatan kos sara hidup. Walaupun santan bukanlah bahan masakan harian bagi kebanyakan orang, permintaannya meningkat terutama menjelang Ramadan dan musim perayaan.

Aku juga tidak terkecuali daripada membeli santan bagi memudahkan urusan memasak, meskipun di sekeliling rumahku terdapat banyak pokok kelapa. Dahulu, aku sering menggunakan kelapa sendiri, malah mesin pemarut kelapa tersedia di sudut dapur. Namun, itu hanyalah kenangan. Kini, aku terpaksa meninggalkan rumah di kampung kerana keuzuranku.

Pokok kelapa yang kutanam masih berbuah, tetapi hasilnya kini menjadi rezeki jiran-jiranku. Aku rela dan menghalalkannya buat sesiapa sahaja yang mengambilnya. Bagiku, rezeki adalah anugerah Allah yang melimpah-ruah. Mustahil  untuk kita cempung semuanya.

 

buah kelapa

pohon keliling rumah –

amal rohani


7 comments:

  1. dulu kak faridah tinggal di mana? sekarang tinggal di mana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak duk jengka la ni di serendah dgn anak2

      Delete
    2. oo.. semoga akak sentiasa dalam keadaan sihat2 sokmo. ameennn

      Delete
  2. itu lah...mengeluh bila tengok harga santan skrg. sampai rm18 sekilo! Sudahnya sy guna santan kotak aje biar pun kurang sedap sikit rasanya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yala cikgu mahal sungguh rega santan la ni

      Delete
  3. Saya dah lama tak pakai santan kalau memasak kak PI. JD memang tak tahulah harga santan skr ini berapa.

    Tapi kalo nak masak yg memakai santan, saya ganti dengan fiber creme atau terkadang susu. Sedap juga bagi saya. 😅.

    ReplyDelete
  4. Harga kelapa pun dah naik melambung sekarang.
    Macam manalah nanti pada bulan ramadan dan menjelang syawal.

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”