Sunday, 22 September 2024

KESUKAAN

 ASSALAMUALAIKUM

KESUKAAN

 


Dulu aku memang suka membeli pinggan mangkuk, periuk belanga dan pelbagai alatan dapur. Sekiranya hendak berkenduri secara kecil-kecilan tentulah tidak perlu bersusah-payah meminjamnya pada sesiapa. Kini setelah norma hidupku berubah terpaksaku tinggalkan kesukaan itu.  Aku menyesuaikan minatku dengan kondisi diri. Tidak lagi bersibuk dengan peralatan dapur memasak itu ini. Tapi merencah karya sastera aneka rasa. Hasilannya pelbagai antologi berbeza genre dapatku himpun menjadi khazanah peribadi. Sudah melebihi seratus jumlahnya.   Insya-Allah.

 

pinggan bunga ros -

antalogi sastera

norma kondusif


2 comments:

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”